Waktu solat KL & yang sewaktunya: Imsak 05:39 | Subuh 05:49 | Syuruk 07:06 | Zohor 13:15 | Asar 16:28 | Maghrib 19:20 | Isyak 20:31
Isnin , 20 Mei 2013,

Sukan SEA 2011


PEMAIN Malaysia menaiki kereta perisai ‘Baracuda’ meninggalkan stadium selepas aksi final.
  • PEMAIN Malaysia menaiki kereta perisai ‘Baracuda’  meninggalkan stadium selepas aksi final.
  • IBU SEGALA PINGAT... PEMAIN Malaysia meraikan kejayaan menewaskan Indonesia pada perlawanan akhir bola sepak Sukan SEA di Stadium Bung Karno, Jakarta, Indonesia, sebentar tadi. Harimau Muda menang 4-3 pada penentuan penalti selepas perlawanan terikat 1-1. - Foto EPA
  • KHAIRUL Fahmi menyelamatkan sepakan penalti Ferdinan Sinaga yang membuka laluan kejayaan Malaysia, malam tadi. - Foto Osman Adnan
  • PEMAIN Malaysia meraikan kejayaan menewaskan Indonesia pada perlawanan akhir bola sepak Sukan SEA di Stadium Bung Karno, Jakarta, Indonesia, sebentar tadi. Harimau Muda menang 4-3 pada penentuan penalti selepas perlawanan terikat 1-1. - Foto EPA
  • PEMAIN Malaysia merai jaringan penyamaan Asraruddin Putra Omar (tengah) ketika aksi final acara bola sepak menentang Indonesia di Stadium Gelora Bung Karno, malam tadi. - Foto Osman Adnan
  • RIBUAN penyokong Indonesia ‘menyambut’ ketibaan skuad Malaysia di perkarangan Stadium Gelora Bung Karno, malam tadi. - Foto Osman Adnan
  • RATU trek berbasikal negara, Fatehah memperaga tiga pingat emas yang dimenanginya. - Foto Hairul Anuar Abd Rahim
  • ATLIT renang berirama, Zylane (tengah) bersama rakan sepasukan menjulang jurulatih, Long Yan selepas mencapai kejayaan besar. - Foto Yazit Razali
  • PEMAIN bowling kebangsaan, Adrian memperaga empat pingat emas yang dimenanginya. - Foto Osman Adnan
  • ATLIT berbasikal (dari kiri) Fattah Amri Zaid, Edrus Yunos, Hafiz Sufian, Adiq Husainie dan Ahmad Fakhrullah Alias bersama pingat yang dimenangi pada hari terakhir, semalam. - Foto Hairul Anuar Abd Rahim
  • NUR Jannah Batrisyah kecewa hanya mampu meraih pingat gangsa kategori Clean and Jerk 69kg. - Foto Yazit Razali
  • SKUAD Harimau Muda bimbingan jurulatih Ong Kim Swee bersemangat tinggi dan sudah bersedia mempertahankan pingat emas acara bola sepak temasya Sukan SEA XXVI menjelang perlawanan akhir bertemu Indonesia di Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta, malam ini. - Foto Hairul Anuar Rahim
  • PENYOKONG merai kejayaan pelumba basikal (belakang, dari kiri) Adiq Husainie, Amir Mustafa, Mohd Harif Salleh dan Mohd Akmal Amrun yang memenangi pingat emas  acara 4000m Kejar Mengejar Berpasukan. - Foto Hairul Anuar Abd Rahim
  • AZIZAH Fadzil gagal melakukan angkatan kategori 53kg. - Foto  Hasan Ismail
  • FRENCEAY  Titus gagal meneruskan saingan kategori 58kg wanita. - Foto Hasan Ismail
  • PERENANG berirama memperaga pingat emas Rutin Bebas Berpasukan. - Foto BERNAMA
  • KEVAN Cheah (kanan) dan Tai Cheau Xuen mengucup pingat emas masing-masing. - Foto Imran Makhzan
  • KIM Swee sekadar menjadi ‘penonton’ ketika Malaysia menentang Myanmar, kelmarin. - Foto Imran Makhzan
  • LUTUT kiri Izzaq Faris (bawah)  berbalut selepas menerima rawatan petang semalam. Dia mengalami kecederaan ketika membantu Malaysia mengatasi Myanmar, kelmarin. - Foto BERNAMA
  • AKSI Syahrul Azwari ketika menentang Myanmar. Dia mengalami kecederaan buku lali. - Foto Hairul Anuar Abd Rahim.
  • FATEHAH (kiri) menjadi pelumba trek wanita pertama negara menang emas Sukan SEA dengan catatan masa 36.843 saat, meninggalkan pencabar terdekat dari Filipina, Epingger Apryl (47.202s) manakala gangsa milik pelumba tuan rumah, Muzizah Uyan (46.951s). Sementara Harriff menguasai acara 10km perlumbaan mata untuk emas kedua dari velodrom, mengatasi Satjakul Sianglam dari Thailand (perak) dan Jan Paul Morales, FIlipina.
  • AHMAD Fakri  (dua dari kiri) merai jaringannya bersama rakan sepasukan ketika aksi separuh akhir menentang Myanmar.
  • HEIDI Gan (kiri) dan Kevin Yeap merai kejayaan mereka menerusi acara renang terbuka   10,000 meter di Pulau Puteri, semalam.
  • AKSI perenang berirama Malaysia yang memenangi emas  kategori Team Teknikal.
  •  GAYA Shareen   Hui  (kiri) dan Katrina Ann Abdul Hadi yang memangi emas duet rutin teknikal.
  • WIRA wushu, Lee Yang dikerumuni peminat dari Sekolah Menengah Pertama 13,  Jakarta Selatan sambil membelek pingat emas acara Taiji Jian.
  • ABDUL Azim  tetap ceria sekalipun hanya raih pingat perak acara angkat berat kategori melebihi 105 kilogram dan berpuas hati dengan angkatan 190kg.
  • AKSI Masziyaton Mohd Radzi dalam acara BMX final.
  • PENINJU wanita Malaysia, Lee Ai Jin (kanan) diasak lawan dari  Myanmar,  Thet Htar San dalam kategori 48kg pada saingan separuh akhir, semalam.
  • ‘ZORRO Malaya’ (dari kiri) Mohd Radhi Hasim, Yu Peng Kean, Nurul Ariezzat Ismail dan Liong Ming Chang memperaga pingat emas yang dimenangi menerusi  acara  Sabre berpasukan.
  • AKSI Diana Bong Siong Lin kategori Nan Quan.
  • THOR  Chuan Leong memberi tumpuan acara individu.
  • GAYA terjunan emas daripada Pandelela Rinong acara 10m platform wanita. - Foto Hasan Ismail
  • PEMANAH, Mohd Zaki Mahazan memperaga  anak panah yang membawa pingat gangsa, semalam.
  • AKSI Jawariah Nordin menentang Anna Clarice Patri dari Filipina. - Foto Yazit Razali
  • PRESIDEN Persatuan Renang Amatur Malaysia (ASUM), Datuk Seri Shahidan Kassim bersama penerjun Malaysia yang membolot lima pingat emas keseluruhan. - Foto Hasan Ismail
  • PENEMBAK, Mohd Hadafi Jaafar bersiap untuk acara 50m rifle 3 position. - Foto BERNAMA
  • ZUL Fadzli Shafiee raih pingat gangsa  acara Wall Climbing, semalam. - Foto Yazit Razali
  • ZANDRA Aziela (kanan) dan Jacqueline Sijore ketika aksi final bowling beregu wanita. - Foto Hairul Anuar Abd Rahim
  • SIOW Yi Ting memenangi pingat emas acara 200m kuak dada. - Foto BERNAMA
  • ISYARAT bagus daripada pelayar, Mohd Rozmi ketika  beraksi kategori Laser di pantai Ancol -Marina. - Foto Osman Adnan
  • PANDALELA Rinong (kanan) menang pingat emas dan Kam Ling Kar pula mendapat perak dalam acara 10m platform wanita di Stadium Akuatik, Kompleks Sukan Jakabaring, Palembang. - Foto Hasan Ismail
  • BEREGU snuker  negara, Sam Chong (kiri) dan Thor Chuan Leong berjaya meraih pingat emas selepas mengalahkan atlit dari Singapura di Pusat Konvensyen OPI, Jakabaring, Palembang. - Foto Yazit Razali
  • ATLIT bowling negara, Zandra Aziela (kiri) dan Jacqueline Sijore mengungguli dalam acara berpasangan wanita final pada Sukan SEA Indonesia ke-26 di Pusat Boling Jaya Ancol, Jakarta. - Foto Hairul Anuar Abd Rahim
  • ATLET terjun Yeoh Ken Nee (kiri) memenangi pingat emas dan Ahmad Ahsyar Ahmad (kanan) memenangi pingat gangsa pada acara 3m papan anjal lelaki akhir sempena Kejohanan Sukan SEA Ke-26 di Pusat Akuatik Jakabaring di Palembang. - Foto BERNAMA
  • ATLET lompat tinggi negara, Lee Hup Wei menerima pingat emas sempena Sukan SEA Ke-26 di Kompleks Atlatik  Jakabaring di Palembang. - Foto BERNAMA
  • ROSLINDA Samsu berjaya memperolehi pingat Emas dalam acara Lompat Bergalah di  Komplek Sukan Jakabaring Palembang. - Foto Yazit Razali
  • ATLET 400 meter lari berpagar wanita negara, Noraseela Mohd Khalid memenangi emas dalam larian 400 meter berpagar akhir wanita akhir di Kompleks Atlatik  Jakabaring di Palembang. - Foto BERNAMA
  • ATLIT olahraga Noraseela Khalid (kanan) dan Lee Hup Wei sempat mengusik Roslinda Samsu yang memakai penutup muka bagi mengelakkan habuk semasa majlis menaikkan bendara menyambut kedatangan atlit Sukan SEA dari negara-negara ASEAN di perkampungan atlit di Kompleks Sukan Jakabaring, Palembang. - Foto Hasan Ismail.
  • PEMANAH, Cheng Chu Sian (kanan) dan  Khairul Anuar Mohamad pada majlis penyampaian pingat.
  • JURULATIH bola sepak, Ong Kim Swee (kanan) bersama penyerang, Izzaq Faris Ramlan ketika  sesi latihan, semalam.
  • ATLIT bowling, Sin Li Jane (kiri) tetap ceria sekalipun hanya menang pingat perak individu wanita, semalam.
  • PERENANG,  Khoo Cai Lin riang selepas memenangi acara 800m gaya bebas.
  • ATLET pelari acara 4x400meter (dari kiri) S.Kannathasan, Mohd Yunusn La Salleh, P.Yuvaraaj dan Schzuan Ahmad Rosely meraikan kejayaan mereka mendapatkan pingat emas untuk Malaysia di Kompleks Atlatik Jakabaring di Palembang. - Foto BERNAMA
  • BRYAN Nickson Lomas (kiri) dan  Tze Liang memperaga pingat masing-masing.
  • ATLIT memanah negara, Ching Su Sian (kanan) memenangi pingat emas manakala Khairul Anwar Mohamad mendapat pingat perak dalam acara Recurve lelaki akhir individu pada Kejohanan Sukan SEA Ke-26 di Jakarta. - Foto BERNAMA
  • ATLET memanah negara, Ching Su Sian (kanan) memenangi pingat emas manakala Khairul Anwar Mohamad mendapat pingat perak selepas majlis penyampaian hadiah acara Recurve lelaki akhir individu pada Kejohanan Sukan SEA Ke-26. Malaysia merangkul pingat emas dan perak sementara gangsa dimenangi oleh Thailand. - Foto BERNAMA
  • PENERJUN negara Cheong Jun Hoong (kanan) menang pingat emas dan Ng Yan Yee perak dalam acara 3m papan anjal wanita di Stadium Akuatik, Kompleks Sukan Jakabaring, Palembang. - Foto Hasan Ismail
  • JURULATIH Holloway Cheah (tengah)  mengendalikan sesi latihan skuad bowling negara menjalani latihan ringan pada hari latihan rasmi  di Pusat Bowling Jaya Ancol, Jakarta. Turut keilihatan,  Dayang Khairunisa (dua dari kanan) yang dipanggil untuk mengantikan Eshter Cheah yang cedera buku lali. - Foto Osman Adnan
  • ESTHER Cheah (kiri) dan Dayang Khairunisa Dhiyana Abang Jamalidon ketika  sesi latihan Skuad bowling negara pada hari latihan rasmi  di Pusat Bowling Jaya Ancol  sempena  Sukan Sea ke-26 Indonesia Jakarta 2011. Dayang Khairunisa (kanan) akan mengantikan Esther Cheah yang cedera buku lali.  - Foto Osman Adnan
  • PASUKAN karate wanita (kiri) kelihatan sedih apabila sekadar memenangi pingat perak setelah tewas kepada Indonesia pada aksi akhir acara katare wanita berkumpulan di Kejohanan Sukan SEA ke-26. Malaysia tewas pada Indonesia dengan kiraan mata 1-2. - Foto BERNAMA
  • LEONG Mun Yee (kiri) dan Traisy Vivien  memperaga pingat emas yang dimenangi menerusi acara 10m platform seirama, semalam.
  • ZAIRUL Zaimi Mohd Arshad ditenangkan rakan sepasukan selepas tumpas saingan suku akhir lawan pedang kategori foil.
  • NURUL Asfahlina Mohamed Johari menerjah kaki ke muka Leigh Anne Nuguid dari Filipina dalam saingan taekwondo kategori 46kg. Dia hanya mendapat pingat perak.
  •  KUARTET emas (dari kiri) Yunus Lasaleh, Kannathasan, Schzuan dan Yuvaraaj   meraikan kejayaan  di Kompleks Jakabaring, Palembang, semalam.
  • PENERJUN Malaysia Brian Nickson Lomas (kiri) dan Yeoh Ken Nee menang pingat emas dalam acara 3m papan anjal seirama lelaki di Stadium Akuatik, Kompleks Sukan Jakabaring, Palembang. - Foto Hasan Ismail
  • SOKONGAN padu... Penyokong Malaysia menaikkan semangat pemain di Jaka Baring Swimming Poo sempena kejohanan Sukan Sea ke-26 Indonesia. - Foto BERNAMA
  • KUMPULAN penyokong Malaysia yang sanggup mengeluarkan belanja sendiri untuk datang ke Palembang bagi menyokong menaikkan semangat atlit Malaysia yang bertanding di Sukan SEA Palembang. - Foto Hasan Ismail
  • PENERJUN 3m Springboard negara, Cheong Jun Hoong (kiri) dan Ng Man Yee bersama pingat emas pada Sukan Sea ke-26 di Jaka Baring Swimming Pool. - Foto BERNAMA
  • EMPAT peserta karate Malaysia  (dari kanan ke kiri) Shaharudin Jamaluddin, Yamini Gopalasamy, Loganesha Rao Ramarow dan Teagarajan Kunasarakan gembira setelah mendapat pingat Emas di Sukan Sea Jakarta 2011 di STadium Tertutup Tennis Senayan, Jakarta, di sini semalam. - Foto Imran Makhzan
  • WAN Zaharul Wan Zakaria diasak  pemain Kemboja, Phourng Soksana (kiri) dan Chhin Chhouen pada aksi  Kumpulan A  di Stadium Gelora Bung Karno, semalam.
  • TERJUNAN emas daripada Mun Yee (kiri) dan  Yan Yee di Palembang, semalam.
  •  LOGANESHAA terjatuh ketika diserang Nguyen Quong Phuc dalam aksi final.
  • CHOON Seng menerkam untuk memeluk jurulatihnya, legenda jalan kaki, V Subramaniam.
  • ATLIT karate, G Yamini menerima rawatan apabila tercedera ketika menentang Yen Phuong dari Vietnam.
  • AKSI Shaharuddin Jamaluddin (kanan) menerkam lawannya, Minh Phung dari Vietnam
  • JOSHUA Koh  dijulang rakan selepas menumpaskan Haerullah Muhammad dari Indonesia pada saingan akhir lawan pedang kategori epee, semalam.
  • JURULATIH memanah meneliti ketepatan bidikan anak buahnya.
  • IZZAQ Faris Ramlan menewaskan penjaga gol Kemboja, Sou Yaty pada aksi  Kumpulan A. Malaysia menang 4-1.
  • EMAS PERTAMA: Atlit menembak negara, Nur Suryani Taibi menggondol pingat emas dalam acara 50 meter Rifle 3 Position peringkat akhir di Kompleks Sukan Jakabaring, Palembang. - Foto Yazit Razali
  • MODA MODI... Maskot Sukan SEA muncul untuk kali pertama di khalayak ramai di Dewan Indoor Tennis Senayan di Jakarta, hari ini. Malaysia di wakili Chief De Mission, Datuk Naim Mohamad.  Negara  menghantar 872 atlit termasuk pegawai Kejohanan Sukan SEA 2011 berlangsung 11- 22 November disertai 11 buah negara Asean termasuk Timor Leste. - Foto BERNAMA
  • PINGAT PERTAMA NEGARA: Ahmady Radi dan Morren Urai Lian meraih gangsa bagi kategori Poomsae dalam acara taekwondo pada Sukan SEA ke-26, yang berlangsung di Gelanggang Olahraga Cibubur, Jakarta. - Foto Hairul Anuar Abd Rahim
  • ATLIT lompat jauh, Nurul Fatimatul Awang melakukan lompatan pada temasya Sukan SEA Indonesia 2011 di Kompleks Sukan Jakabaring, Palembang. - Foto Yazit Razali
  • PERCIKAN bunga api menerangi langit Palembang pada upacara pembukaan. - Foto BERNAMA
  • PERCIKAN bunga api menerangi langit Palembang pada upacara pembukaan. - Foto Hasan Ismail
  • KONTINJEN negara berarak masuk pada majlis pembukaan di Stadium Gelora Sriwijaya. - Foto Yazit Razali
  • ATLIT Indonesia, Susi Susanti membuat gimik dengan terbang membawa lembing berapi bagi upacara penyalaan obor Sukan SEA Jakarta ke-26 di Stadium Gelora Sriwijaya, Palembang. - Foto Yazit Razali
  • KONTINJEN  Malaysia berarak masuk pada upacara pembukaan di Stadium Gelora Sriwijaya, Palembang. - Foto Yazit Razali
  • TARIAN kebudayaan pada perasmian ‘simbolik’ di Jakarta. - Foto Osman Adnan
  • NATASHA Ines Wah Idris ketika sesi latihan pasukan ekuestrian di Arthayasa Stables and Country Club Depok, Jakarta. - Foto Osman Adnan
  • ATLIT mendayung negara, Abdul Halim Heesham dan Mohd Effendi Azaha (jersi hitam) berkayak di sisi pasangan Thailand, Piyaphan Phaophat dan Nathaworn Waenphrom selepas melepasi garisan penamat  acara kayak K2 1,000M. - Foto BERNAMA
  • ATLIT  memanah, basikal dan ping pong Malaysia ketika tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa  Sukarno Hatta, Jakarta. - Foto BERNAMA
  • ATLIT karate, G Yamini menjalani sesi latihan sambil diawasi ketua jurulatih, P Arivalagan di Dewan Tertutup Bola Keranjang, Jakarta. - Foto Hairul Anuar Abd Rahim
  • GADIS Palembang yang mengenakan pelbagai warna baju di pembukaan Sukan SEA di Stadium Gelora Sriwijaya dengan tema United & Rising. - Foto Yazit Razali
  • GIMNAS Malaysia (dari kiri) Farah Ann Abd Hadi, Nurhasleen Fatihin Hasnan, Tracie Ang dan Nur Eli Elliana selepas menjalani latihan di Dewan Gimnastik, Kompleks Sukan Jakabaring, Palembang. - Foto Hasan Ismail
  • SEORANG dari 325 pembawa beca, Beny Iskandar, 25, menunjukkan persediaan membawa para atlet dan petugas sukan SEA termasuk media di Komplek Sukan Jakabaring di Palembang, Indonesia. Perkhidmatan itu bermula lapan pagi hingga sembilan malam sepanjang berlangsungnya temasya Sukan SEA 26 ke-26 esok di Stadium Jakabaring hingga 22 November ini. - Foto BERNAMA
  • DUA maskot gergasi 'Modo dan Modi' menghiasi laluan utama di Jalan Jeneral Sudirman sempena  Sukan Sea ke-26 Indonesia 2011. - Foto Osman Adnan
  • MEMASYHURKAN warisan... sebanyak 325 buah beca menjadi pengangkutan rasmi untuk membawa para atlet dan petugas sukan SEA termasuk media di Komplek Sukan Jakabaring hari ini.  Perkhidmatan itu bermula lapan pagi hingga sembilan malam sepanjang berlangsungnya temasya Sukan SEA 26 ke-26 bermula esok di Stadium Jakabaring hingga 22 November ini. - Foto BERNAMA
  • ANTARA atlit Malaysia hadir pada upacara menaikkan bendera, semalam.
  • KAPTEN Malaysia, Baddrol Bahtiar (kiri) meledak untuk gol pertama pada perlawanan  Kumpulan A  menentang Thailand di Stadium Gelora Bung Karno, petang semalam. Malaysia menang 2-1.
  • ATLIT Renang (dari kiri) Hii Siew Siew, Christina Loh dan Erika Kong di Lapangan Terbang Sultan Mahmud Badaruddin II di Palembang, semalam.
  • ANGGOTA tentera menggunakan kereta perisai meronda di sekitar Kompleks Sukan Jakabaring, Palembang.
  •  UPACARA menaikkan bendera Malaysia di Taman Halaman Balaikota di Jakarta, semalam.
  • SKUAD takraw wanita bersemangat ketika tiba di Lapangan Terbang Sultan Mahmud Badaruddin II, Palembang, semalam.
  • KOW Jan ketika sesi latihan bersama anak buahnya di Kompleks Renang Lumban Tirta, semalam.
  • SKUAD takraw lelaki ketika tiba di Palembang semalam.
  • NUR Suryani begitu bersemangat pada majlis penyerahan bendera minggu lalu.
  • SEBAHAGIAN gadis kebanyakan penuntut yang bertugas sebagai pengiring jurugambar  bertugas.
  • GADIS penyambut tetamu berpakaian tradisional.
  • SEBAHAGIAN atlit bowling memanaskan badan pada sesi latihan  di Jaya Ancol Bowling Centre, semalam.
  • MENARA Berkembar Petronas menjadi sebahagian daripada reka bentuk kereta berhias Malaysia untuk upacara pembukaan, Jumaat ini.
  • SEKELOMPOK kecil penyokong bola sepak Malaysia di Jakarta, kelmarin.
  •  ATLIT kenu begitu bersemangat ketika berada dalam bas menuju perkampungan sukan sebaik tiba di Jakarta, semalam.
  • PEKERJA masih bergelut meneruskan kerja-kerja hiasan luaran stadium di Palembang, semalam.
  •  PETUGAS sibuk menyiapkan kerja-kerja akhir memasang peralatan dalam kolam renang di Stadium Akuatik, Kompleks Sukan Jakabaring, Palembang.

Untuk sebarang pertanyaan mengenai iklan teks, hubungi muzainy@mediaprima.com.my untuk maklumat lanjut.