Waktu solat KL & yang sewaktunya: Imsak 05:36 | Subuh 05:46 | Syuruk 07:05 | Zohor 13:14 | Asar 16:30 | Maghrib 19:20 | Isyak 20:31
Ahad , 26 Mei 2013,

Tsunami timur laut Jepun


SEBUAH bot ditemui terkandas dekat jalan utama di Natori selepas gempa bumi dan tsunami yang melanda sebahagian Jepun, minggu lalu. - Foto Sairien Nafis
  • SEBUAH bot ditemui terkandas dekat jalan utama di Natori  selepas gempa bumi dan tsunami yang melanda sebahagian Jepun, minggu lalu. - Foto Sairien Nafis
  • MANGSA gempa dan tsunami tidak dapat menahan kesedihan selepas mayat ibunya ditemui di bawah runtuhan di Onagawa, Miyagi. - Foto REUTERS
  • KEMUSNAHAN bandar  Minamisanrikucho, yang dilanda gempa dan tsunami minggu lalu. - Foto AP
  • HELIKOPTER tentera melepaskan air laut untuk menyejukkan reaktor nuklear Fukushima Daiichi, semalam. - Foto REUTERS
  • PERDANA MENTERI Malaysia, Datuk Seri Najib Razak dan timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin bersama Ahli Parlimen bertafakur mengenang mangsa gempa dan tsunami Jepun pada sidang Dewan Rakyat di Parlimen, semalam. - Foto Hasriyasyah Sabudin
  • USAHA...Kenji Sugawara menggantung foto isterinya yang masih hilang pada badannya ketika menjalankan operasi mencari di bandar Otsuchi, Iwate, semalam. - Foto AFP
  • SEORANG mangsa tsunami tidak dapat menahan sedih di hadapan runtuhan kediaman yang turut mengorbankan ibunya di Onagawa, Jepun, semalam. - Foto AP
  • DUA warga Jepun ini memeriksa senarai nama, alamat dan nombor telefon untuk dihubungi yang ditampal pada papan kenyataan di Dewan Majlis Perbandaran Natori sebagai usaha mencari ahli keluarga yang hilang dalam kejadian gempa bumi dan tsunami, baru-baru ini. - Foto Sairien Nafis
  • BERATUS penduduk tempatan beratur untuk membeli minyak untuk kenderaan mereka dan keperluan lain di stesen minyak di Sendai, semalam. Senario ini menjadi rutin harian penduduk di sini selepas kejadian gempa bumi dan tsunami yang melanda utara Jepun, baru-baru ini. - Foto Sairien Nafis
  • DALAM kesejukan suhu -1 darjah celcius peniaga mengambil kesempatan menjual bunga hidup sebagai tanda simpati kepada mangsa gempa bumi dan tsunami sambil memaparkan keratan akhbar kejadian tersebut untuk menarik orang ramai di bandaraya Sendai. - Foto Sairien Nafis
  • PASUKAN Pertahanan Jepun membuat persediaan bagi operasi gempa bumi dan tsunami di Lapangan Terbang Sendai. - Foto Sairien Nafis
  • PASUKAN Pertahanan Jepun membuat persediaan bagi operasi gempa bumi dan tsunami di Natori. - Foto Sairien Nafis
  • NEGATIF RADIASI... Kakitangan perubatan memeriksa tahap pendedahan radiasi pada warga tempatan yang tiba di pusat perlindungan awam bandar Hitachi, Ibaraki, hari ini selepas dibawa keluar dari lingkungan 20km dari loji nuklear Daiichi Fukushima. - Foto REUTERS/Asahi Shimbun
  • MANGSA tsunami, gempa mengambil  hidangan tengah hari  di pusat perlindungan   Ofunato, Iwate. - Foto AP
  • SEBILANGAN mangsa terselamat di pusat perlindungan di Minamisanriku, melakukan senaman. - Foto AP
  • LALUAN dari Sendai ke Fukushima ditutup hanya dilalui trak tentera, polis dan penyelamat saja. - Foto Sairien Nafis
  • DUTA Jepun ke Malaysia, Masahiko Horie sebak pada sidang media di pejabatnya, semalam.
  • ANGGOTA pertahanan Jepun memakai topeng sebagai persediaan menghadapi kesan pencemaran radiasi di Nihonmatsu, Fukushima. - Foto REUTERS
  • PELBAGAI barang keperluan habis dijual sebagai persediaan penduduk menghadapi sebarang bencana di Moriyama, Jepun, semalam.
  • ANGGOTA penyelamat Korea Selatan bersama polis Jepun membawa keluar mayat mangsa tsunami yang ditemui di Sendai, semalam. - Foto AFP
  • SEORANG bayi diperiksa tahap pendedahannya terhadap radiasi di Nihonmatsu, Fukushima hari ini berikutan tragedi letupan  loji nuklear no 3 di Daiichi Fukushima, semalam. - Foto AP/Kyodo
  • KEADAAN loji nuklear No 1 dan No 3 Daiichi Fukushima yang masih terbakar dan mengeluarkan asap selepas meletup semalam. - Foto DIGITAL GLOBE/REUTERS
  • KERJASAMA...Penduduk tempatan dan kakitangan perbandaran bersama-sama membawa keluar barangan bantuan dan keperluan dari helikopter untuk diagihkan kepada yang memerlukan di Onagawa, Miyagi, hari ini. - Foto AFP
  • PENDUDUK tempatan menyelamatkan diri dengan pergi ke tempat tinggi selepas amaran tsunami terbaru dikeluarkan di Higashimatsuyshima, Miyagi hari ini. - Foto AP
  • DUA lelaki lari menyelamatkan diri dalam kejadian tsunami berikutan gempa bumi bermagnitud 8.9 yang melanda Sendai, Jepun, baru-baru ini. - Foto AP
  • LETUPAN kuat merosakkan loji nuklear ketiga Fukushima, dengan asap tebal dan api menjulang di reaktor berkenaan, hari ini. Punca kejadian dipercayai disebabkan tekanan hidrogen. - Foto AFP/NHK
  • BEGINILAH keadaan di Arahama, di Bandaraya Sendai, Jepun yang dirakam satelit GeoEye sebelum (atas) dan selepas (bawah) kejadian gempa 8.9 magnitud yang mencetuskan tsunami , Jumaat lalu. Bandar pesisir pantai itu kelihatan pasir bersih yang memutih dengan deretan bangunan dan kediaman tetapi selepas tsunami ia ibarat 'padang jarak padang tekukur'. - Foto AP
  • GAMBAR dari udara oleh helikopter Jabatan Pertahanan Awam Jepun hari ini menunjukkan hampir seluruh pusat Bandar Minamisanriku, di Miyagi bertukar menjadi ‘padang jarak padang tekukur’ apabila musnah dibawa tsunami selepas gempa kuat 8.9 magnitud melanda Jepun, Jumaat lalu. - Foto REUTERS/Kyodo
  • KESAN kemusnahan sehari selepas gempa dan tsunami di Sendai, Jepun. - Foto Reuters
  • INILAH loji reaktor nuklear Fukushima Daiichi No 1  yang berlaku letupan pada sebahagian atas bangunan berikutan gempa bumi kuat,  Jumaat lalu. Gambar terbaru ini dikeluarkan Tokyo Electric Power Company (TEPCO) di loji nuklearnya di Fukushima, di utara Jepun, hari ini. Kebimbangan memuncak kemungkinan berlakunya kebocoran radiasi sehingga lebih 10,000 penduduk sekitar loji sudah dipindahkan setakat ini.  - Foto  Reuters/TEPCO
  • KERETAPI dan kenderaan antara yang musnah dalam kejadian gempa bumi yang turut menyebabkan Tsunami di Jepun, - REUTERS
  • MANGSA gempa bumi di Kesennuma, Jepun yang berada di bahagian atas sebuah bangunan menghantar isyarat kecemasan SOS bagi meminta tolong. - REUTERS
  • PEMANDANGAN dari udara menunjukkan stadium besbol di Soma, Fukushima yang rosak teruk dan berlumpur selepas dihempas gelombang tsunami setinggi 10 meter berikutan gempa bumi bermagnitud 8.9 pada skala Richter yang melanda utara Jepun, semalam. - Foto AP
  • MUATAN kontena bertaburan dan rosak teruk selepas dihempas gelombang tsunami terburuk dalam sejarah Jepun berikutan gempa bumi bermagnitud 8.9 pada skala Richter melanda Sendai, semalam. - Foto AP
  • DUA buah bot nelayan tersadai di jeti berdekatan pelabuhan Hachinohe, Aomori, hari ini selepas dibawa gelombang tsunami setinggi 10 meter berikutan gempa bumi bermagnitud 8.9 yang melanda utara Jepun semalam. - Foto AP
  • WANITA ini menangis kegembiraan selepas mengetahui ibunya terselamat dalam kejadian gempa bumi yang mengakibatkan tsunami di utara Jepun, semalam. - Foto REUTERS
  • MANGSA yang terselamat dalam kejadian gempa bumi yang mengakibatkan tsunami dibawa anggota penyelamat menggunakan helikopter keluar dari kediaman mereka di utara Jepun hari ini. - Foto REUTERS
  • ANTARA mangsa yang terselamat dalam kejadian gempa bumi yang mengakibatkan gelombang tsunami di utara Jepun semalam melihat kerosakan yang berlaku pada rumah mereka dan sekitarnya. - Foto REUTERS
  • PETA tenaga oleh National Oceanic and Atmospheric Administration (NOAA) menunjukkan anggaran kekuatan tsunami di Kepulauan Pasifik berikutan gempa bumi bermagnitud 8.9 yang melanda timur laut Jepun semalam. - Foto REUTERS
  • GEMPA bumi mengakibat gelombang tsunami ketika melanda pelabuhan Oarai Jepun, semalam. - Foto AP
  • PANDANGAN udara kemusnahan disebabkan tsunami akibat gempa bumi yang melanda Hitachinaka, Ibaraki Prefecture, Jepun, hari ini. - Foto AFP
  • ORANG ramai melihat gelombang bencana tsunami yang melanda Pelabuhan Kesennuma di Miyagi Prefecture, Jepun, hari ini. - Foto
  • PANDANGAN udara memperlihatkan keadaan tsunami yang melanda Lapangan Terbang Sendai, Jepun selepas gempa bumi berukuran 8.9 magnitud melanda, hari ini - Foto Reuters
  • PETUGAS Stesen Keretapi Shinagawa, Tokyo membersihkan lantai yang kotor akibat gempa bumi berukuran 8.9 magnitud yang melanda Jepun hari ini. - Foto AP
  • PENUMPANG keretapi menunggu di luar Stesen Keretapi Shinagawa, Tokyo selepas dilanda gempa bumi berukuran 8.9 magnitud melanda negara itu, hari ini. - Foto AP
  • RUMAH yang dihanyutkan tsunami berhampiran Lapangan Terbang Sendai akibat gempa bumi berukuran 8.9 magnitud yang melanda Jepun, hari ini. - Foto Reuters
  • TANGKI menyimpan gas asli terbakar di Wilayah Chiba, Tokyo, Jepun akibat gempa bumi berukuran 8.9 magnitud melanda hari ini. - Foto Reuters
  • TEMBOK runtuh menghempap kenderaan di tempat letak kereta di Bandar Mito, Wilayah Ibaraki, Jepun akibat gempa bumi berukuran 8.9 magnitud melanda, hari ini. - Foto AFP
  • SISA tanah runtuh menyekat laluan jalanraya di Bandar Iwaki akibat tsunami disebabkan gempa bumi berukuran 8.9 magnitud yang melanda Jepun hari ini. - Foto Reuters
  • PAPARAN video dari NHK TV Jepun menunjukkan kapal yang musnah akibat dihanyutkan tsunami di pelabuhan Bandar Hanchinohe, Wilayah Aomori, Jepun hari ini. - Foto AFP
  • PAPARAN video dari NHK TV Jepun menunjukkan kapal yang musnah akibat dihanyutkan tsunami di pelabuhan Bandar Hanchinohe, Wilayah Aomori, Jepun hari ini. - Foto AFP
  • PEGAWAI polis berlari mengawal keadaan orang ramai yang berkumpul ke luar bangunan pusat kewangan Tokyo akibat gempa bumi berukuran 8.9 magnitud yang melanda Jepun, hari ini.
  • BANGUNAN yang terbakar akibat gempa bumi yang melanda daerah Odaiba, Jepun selepas gempa bumi berukuran 8.9 magnitud melanda, hari ini. - Foto Reuters
  • BANGUNAN yang terbakar akibat gempa bumi yang melanda daerah Odaiba, Jepun selepas gempa bumi berukuran 8.9 magnitud melanda, hari ini. - Foto Reuters
  • PENGUNJUNG kedai buku berlindung di sebalik siling yang runtuh akibat gempa bumi berukuran 8.9 magnitud yang melanda Sendai, Jepun, hari ini. - Foto Reuters
  • PAPARAN video dari NHK TV Jepun menunjukkan kenderaan yang dihanyutkan banjir tsunami di Jepun akibat gempa bumi berukuran 8.9 magnitud, hari ini. - Foto AP
  • BANJIR disebabkan tsunami melanda Iwaki, Wilayah Fukushima,  Jepun selepas gempa bumi berukuran 8.9 magnitud melanda hari ini - Foto AP
  • PENUMPANG perkhidmatan keretapi Yurikamome berjalan menyusuri landasan keretapi ke Stesen Shiodome, berhampiran Tokyo, sejurus selepas gempa bumi berukuran 8.9 magnitud melanda Jepun, hari ini. - Foto AP

Untuk sebarang pertanyaan mengenai iklan teks, hubungi muzainy@mediaprima.com.my untuk maklumat lanjut.