Waktu solat KL & yang sewaktunya: Imsak 05:39 | Subuh 05:49 | Syuruk 07:06 | Zohor 13:15 | Asar 16:28 | Maghrib 19:20 | Isyak 20:31
Isnin , 20 Mei 2013,

Boat On The Road 2012 (20-22 April 2012)


PASUKAN Alucast 1 yang dianggotai Azuan Man (kanan) dan Hamzah Mat Rani membawa pulang hadiah utama bernilai RM15,000 dalam pertandingan memancing Boat On The Road (BOTR) 2012 di Tasik Kenyir, Hulu Terengganu anjuran Berita Harian. - Foto Mohd Yusni Ariffin
  • PASUKAN Alucast 1 yang dianggotai Azuan Man (kanan) dan Hamzah Mat Rani membawa pulang hadiah utama bernilai RM15,000 dalam pertandingan memancing Boat On The Road (BOTR) 2012 di Tasik Kenyir, Hulu Terengganu anjuran Berita Harian. - Foto Mohd Yusni Ariffin
  • SHAMMUNHANA Bakar bangga dengan hadiah kemenangan selepas meraih bagi kategori Bottom (individu). - Foto Rozainah Zakaria
  • PASUKAN Alucast merakam kenangan bersama Pengarah Eksekutif Berita dan Operasi Editorial Media Prima Berhad, Datuk Ahmad A Talib (tengah) selepas acara penutup. - Foto Mohd Yusni Ariffin
  • TIMBALAN Pengarang Kumpulan Berita Harian, Mahfar Ali (bertopi) bersama pemenang pertandingan memancing kategori Tebing Tasik Kenyir sempena Boat On The Road 2012. - Foto Aswadi Alias
  • SEORANG peserta casting menerima rawatan selepas sebutir gewang hinggap di kepalanya. - Foto Mohd Yusni Ariffin
  • AKSI seorang pemancing kategori Bottom yang memancing dari Boat House yang digunakan. - Foto Mohd Yusni Ariffin
  • SEBAHAGIAN peserta casting berlumba menuju ke Boat House pada hari terakhir pertandingan. - Foto Mohd Yusni Ariffin
  • SEEKOR siakap air tawar ditimbang di meja hakim. - Foto Mohd Yusni Ariffin
  • DUA peserta casting memulakan cabaran di tengah Tasik Kenyir. - Foto Mohd Yusni Ariffin
  • PENGERUSI Jawatankuasa Pelancongan Kebudayaan Kesenian dan Warisan Negeri, Datuk Abdul Rahin Mohd Said (kanan), Wakil Pengurus Besar KETENGAH, Fakaruddin Ahmad (tengah) dan Timbalan Pengarang Kumpulan Berita Harian, Mahfar Ali (kiri) melepaskan peserta Boat On The Road 2012 di Tasik Kenyir pada pagi Sabtu. - Foto Mohd Yusni Ariffin
  • SEBAHAGIAN peserta menurunkan bot di Pengkalan Gawi untuk memulakan cabaran. - Foto Mohd Yusni Ariffin
  • HUJAN lebat di pertengahan jalan menuju ke Tasik Kenyir menambah cabaran 40 kenderaan konvoi. - Foto Mohd Yusni Ariffin
  • MARSHAL memasang pelekat pada kenderaan peserta  seawal jam 5 pagi ketika bersedia di Sri Pentas. - Foto Mohd Yusni Ariffin
  • MARSHAL memberi taklimat kepada peserta BOTR sebelum memulakan konvoi ke Tasik Kenyir. - Foto Mohd Yusni Ariffin
  • KONVOI peserta diiringi anggota trafik PDRM sehingga ke Pengkalan Gawi. - Foto Mohd Yusni Ariffin
  • MAJLIS pelepasan konvoi Boat On The Road (BOTR) 2012 di Sri Pentas disempurnakan Speaker Dewan Undangan Negeri Terengganu, Datuk Tengku Putera Tengku Awang. - Foto Mohd Yusni Ariffin

Untuk sebarang pertanyaan mengenai iklan teks, hubungi muzainy@mediaprima.com.my untuk maklumat lanjut.