Waktu solat KL & yang sewaktunya: Imsak 05:37 | Subuh 05:47 | Syuruk 07:05 | Zohor 13:14 | Asar 16:30 | Maghrib 19:20 | Isyak 20:31
Sabtu , 25 Mei 2013,

Hatyai meledak (31 Mac 2012)


PERDANA Menteri Thailand, Yingluck Shinawatra (tengah) ketika mengadakan lawatan ke tempat kejadian pengeboman di pusat membeli belah Lee Garden, di Hatyai. Setakat ini 11 rakyat Malaysia dilaporkan cedera dan dua meninggal dunia dalam kejadian letupan terbabit. - Foto Eizairi Shamsudin
  • PERDANA Menteri Thailand, Yingluck Shinawatra (tengah) ketika mengadakan lawatan ke tempat kejadian pengeboman di pusat membeli belah Lee Garden, di Hatyai. Setakat ini 11 rakyat Malaysia dilaporkan cedera dan dua meninggal dunia dalam kejadian letupan terbabit. - Foto Eizairi Shamsudin
  • PETUGAS yang terdiri daripada anggota polis dan kakitangan hotel mengeluarkan beg dan barang milik pelancong di Hotel Lee Garden Plaza yang terbabit dalam kejadian letupan di Hatyai. - Foto Eizairi Shamsudin
  • KEROSAKAN teruk di tapak letupan di Hotel Plaza Lee Gardens, Hatyai. - Foto Reuters
  • PELANCONG bergegas keluar dari sebuah hotel yang terbakar susulan letupan di Hotel Plaza Lee Gardens, Hatyai, wilayah Songkhla, selatan Thailand. - Foto AP
  • ANGGOTA bomba Thailand memapah mangsa yang tercedera susulan kebakaran yang tercetus di Hotel Plaza Lee Gardens. - Foto AFP
  • PASUKAN Bomba Thailand memindahkan seorang wanita selepas letupan di aras bawah Hotel Plaza Lee Gardens. - Foto Reuters
  • SEORANG mangsa kejadian letupan di Hatyai, Songkhla bergerak menghampiri tangga bomba bagi menyelamatkan diri daripada kebakaran di Hotel Plaza Lee Gardens. - Foto Reuters
  • DUA mangsa letupan bom di Hotel Plaza Lee Gardens, Hatyai, Thailand, Tan Joo Ni, 19 (kiri), dan Angel Ang, 24, (dua dari kiri) berbual dengan Komander pasukan penyelamat St John Ambulans Malaysia (SJAM) Pulau Pinang, Datuk Dr Yee Thiam Sun (kanan) yang membawa mereka pulang dari Selatan Thailand ke Pulau Pinang. - Foto NSTP
  •  PELANCONG Malaysia akhirnya menerima beg dan barang barang milik mereka selepas terpaksa  menunggu sejak letupan bom Hotel Plaza Lee Gardens tercetus. - Foto Eizairi Shamsudin
  • PETUGAS yang terdiri daripada anggota polis dan kakitangan hotel memeriksa dan menjaga  beg dan barang barang milik pelancong setelah dikeluarkan dari hotel tersebut. - Foto Eizairi Shamsudin
  •  PETUGAS yang terdiri daripada anggota polis dan kakitangan hotel memeriksa dan menjaga  beg dan barang barang milik pelancong setelah dikeluarkan dari hotel tersebut. Hotel Plaza Lee Gardens meletup di bahagian aras bawah. - Foto Eizairi Shamsudin
  • PETUGAS ketika membersihkan serpihan kaca di kawasan letupan di Hotel Plaza Lee Gardens. - Foto Eizairi Shamsudin
  • KEADAAN di dalam Hotel Plaza Lee Gardens selepas letupan di aras bawah hotel tersebut.  - Foto Eizairi Shamsudin
  • PEGAWAI keselamatan Thailand memeriksa kenderaan yang rosak teruk selepas diletakkan di aras bawah Hotel Plaza Lee Gardens. - Foto EPA
  • PETUGAS penyelamat Thailand membantu mengeluarkan pelancong yang terperangkap di dalam Hotel Plaza Lee Garden. - Foto EPA
  • ANGGOTA bomba Thailand membelakangi asap tebal ketika usaha memadamkan kebakaran susulan letupan bom  di Hotel Plaza Lee Gardens di bandar tumpuan pelancong, Hatyai, wilayah Songkhla, selatan Thailand. Sekurang-kurangnya tiga terbunuh manakala lebih 200 cedera selepas kebakaran tercetus akibat letupan. - Foto EPA
  • PEGAWAI Tugas-Tugas Khas Perdana Menteri, Datuk Latt Shariman Abdullah bertemu Perdana Menteri Thailand, Yingluck Shinawat (kiri) ketika melawat rakyat Malaysia yang masih menerima rawatan dalam kejadian letupan bom di Hotel Plaza Lee Gardens. - Foto Shahrizal Md Noor
  • PERDANA Menteri Thailand, Yingluck Shinawat (kiri) melawat rakyat Thailand yang cedera parah akibat letupan bom di Hotel Plaza Lee Gardens. - Foto Shahrizal Md Noor
  • PERDANA Menteri Thailand, Yingluck Shinawat (kiri) melawat rakyat Malaysia, Ooi Fook Chuan, 34, yang masih menerima rawatan di Hospital Songhklanagarid akibat letupan bom di Hotel Plaza Lee Gardens. - Foto Shahrizal Md Noor
  • BAHAGIAN dalam Hotel Plaza Lee Gardens musnah akibat letupan bom kereta di Hatyai. - Foto Shahrizal Md Noor
  • BAHAGIAN dalam Hotel Plaza Lee Gardensl yang musnah akibat letupan bom dari sebuah kereta yang mengakibatkan 10 rakyat Malaysia cedera dan seorang mati. - Foto Shahrizal Md Noor
  • BAHAGIAN dalam bangunan Lee Garden Plaza Hotel yang musnah akibat letupan bom dari sebuah kereta yang mengakibatkan 10 rakyat Malaysia cedera dan seorang mati.  - Foto Shahrizal Md Noor
  •  PEGAWAI Pemerintah Tentera Darat keempat wilayah Songkhla, Akalapa (kiri) bersama pemilik Hotel Plaza Lee Gardens, Wan Chai melawat tempat kejadian berlakunya letupan.  - Foto Shahrizal Md Noor
  • SERPIHAN kaca bertaburan berhampiran tempat kejadian di persimpangan jalan Prachathipat di tengah ibu kota Hatyai.  - Foto Shahrizal Md Nor
  • MANGSA mendaftar diri di kaunter khas yang dibuka berhampiran tempat kejadian.  - Foto Shahrizal Md Noor
  • ANGGOTA keselamatan serta orang ramai berada di lokasi kejadian letupan di persimpangan jalan Prachathipat di tengah ibu kota Hatyai. - Foto Shahrizal Md Noor
  • KAUNTER Imigresen Thailand di Danok dipenuhi pelancong sebahagian besar rakyat Malaysia yang balik ke negara ini kerana bimbang keselamatan diri ketika berada di negara jiran. - Foto Rahmat Othman
  • MANGSA yang terselamat  menuruni tangga bomba yang disediakan bagi menyelamatkan diri daripada kebakaran yang tercetus di sebuah hotel di Hatyai, wilayah Songkhla, Selatan Thailand. - Foto AP
  • PELANCONG bergegas keluar dari sebuah hotel yang terbakar susulan letupan di Hotel Plaza Lee Gardens, Hatyai, wilayah Songkhla, selatan Thailand. - Foto AP
  • ANGGOTA bomba Thailand memapah mangsa yang tercedera susulan kebakaran yang tercetus di Hotel Plaza Lee Gardens. - Foto AFP

Untuk sebarang pertanyaan mengenai iklan teks, hubungi muzainy@mediaprima.com.my untuk maklumat lanjut.