Waktu solat KL & yang sewaktunya: Imsak 05:40 | Subuh 05:50 | Syuruk 07:07 | Zohor 13:15 | Asar 16:28 | Maghrib 19:21 | Isyak 20:31
Sabtu , 18 Mei 2013,

Jelajah Janji Ditepati di Melaka (23 Jun 2012)


PERDANA Menteri, Datuk Seri Najib Razak disambut kira-kira 100,000 penduduk pada pelancaran Pusat Transformasi Bandar, Jalan Hang Tuah, Melaka sempena Program Jelajah Janji Ditepati. - Foto Aizuddin Saad
  • PERDANA Menteri, Datuk Seri Najib Razak disambut kira-kira 100,000 penduduk pada pelancaran Pusat Transformasi Bandar, Jalan Hang Tuah, Melaka sempena Program Jelajah Janji Ditepati. - Foto Aizuddin Saad
  • SEBAHAGIAN daripada 100,000 orang ramai yang menghadiri program Jelajah Janji Ditepati di Melaka. - Foto Khairul Ghazali
  • PENGUNJUNG yang hadir pada waktu pagi membuat senaman aerobik sempena Jelajah Janji Ditepati yang diadakan di Jalan Hang Tuah, Melaka. - Foto Chan Wai Yew
  • PERDANA Menteri, Datuk Seri Najib Razak bersama Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Ali Rustam sarapan pagi bersama pengunjung ketika melawat Kompleks Pasar Besar sempena program Jelajah Janji Ditepati di Melaka. - Foto Rasul Azli Samad
  • SIHAT...Orang ramai turut mengambil bahagian melakukan senaman  pada  Program Jelajah Janji Ditepati  di Melaka. - Foto Syarafiq Abd Samad
  • NUR Annissa Anis Sabiran (dua dari kiri) bersama Syazliana Sharifuddin mencuba senjata GPMG (Pupose Machine Gun) yang digunakan oleh tentera sempena program Jelajah Janji Ditepati  di Melaka. - Foto Syarafiq Abd Samad
  • AKSI Farisha Nasuha Fazilan ketika mengambil kesempatan untuk bermain aksi sukan lasak KMX pada Program Jelajah Janji Ditepati. - Foto Syarafiq Abd Samad
  • PERDANA Menteri, Datuk Seri Najib Razak  bersama  bersama anaknya, Nor Ashman Najib   menaiki beca sempena program Jelajah Janji Ditepati. - Foto Syarafiq Abd Samad
  • PERDANA Menteri, Datuk Seri Najib Razak bersama isteri Datin Seri Rosmah Mansor mengibarkan Jalur Gemilang dan bendera negeri Melaka ketika menyanyi bersama rakyat pada program Jelajah Janji Ditepati di Melaka. - Foto Syarafiq Abd Samad
  • PERDANA Menteri, Datuk Seri Najib Razak merasmikan bangunan Pusat Transformasi Bandar (UTC) di Jalan Hang Tuah sempena Program Jelajah Janji Ditepati di Negeri Melaka. Turut kelihatan Timbalan Menteri Kewangan  Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah dan Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam (kanan).  - Foto Syarafiq Abd Samad
  • PERDANA Menteri, Datuk Seri Najib Razak ketika menyampaikan ucapan pada  Program Jelajah Janji Ditepati  di Melaka.  - Foto Syarafiq Abd Samad
  • PENGUNJUNG yang hadir pada program Jelajah Janji Ditepati di Melaka. - Foto Rosdan Wahid
  • PERDANA Menteri, Datuk Seri Najib Razak melambai tangan kepada peniaga ketika melawat ke Kompleks Pasar Besar sempena Jelajah Janji Ditepati di Melaka. Turut hadir Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam. - Foto Rosdan Wahid
  • KEADAAN sesak di Jalan Hang Tuah sempena program Jelajah Janji Ditepati. - Foto Rasul Azli Samad
  • KHAIRUL Amri Amran, 21, dari Pahang menyusun trompet bola berharga RM5 sempena  program Jelajah Janji Ditepati yang dirasmikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di Jalan Hang Tuah, Melaka. - Foto Rasul Azli Samad
  • KONVOI bermotor dari Majlis Gabungan Belia Melaka (MGBM) berarak mengikuti perarakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bersama Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Ali Rustam yang menaiki bas panorama di Melaka Sentral selepas sarapan pagi serta melawat Kompleks Pasar Besar sempena program Jelajah Janji Ditepati di Melaka. - Foto Rasul Azli Samad
  • PELAJAR Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM), Nur Syafeqah Khairul Anwar, 20, ceria menunjukkan bola ping pong yang digunakan untuk membentuk logo Pusat Transformasi Bandar (UTC) di Jalan Hang Tuah, Melaka. Logo berukuran 21.3 meter panjang dan 15.2 meter lebar itu dibentuk menggunakan sebanyak 120,800 biji sekaligus bakal dicatatkan dalam The Malaysia Book of Records (MBR). - Foto Muhammad Hatim Ab Manan
  • PENGUNJUNG tidak melepaskan peluang untuk mencuba senjata di gerai Kementerian Pertahanan sempena program Jelajah Janji Ditepati di Melaka. - Foto Mohd Khairul Helmy
  • SEBAHAGIAN daripada 100,000 orang ramai yang hadir sempena program Jelajah Janji Ditepati di Melaka. - Foto Khairul Ghazali
  • NURFAREHIEA Alias menunjukkan borang cabutan bertuah yang  akan dimasukkan ke dalam kotak sempena program Jelajah Janji Ditepati yang di adakan di Jalan Hang Tuah, Melaka. - Foto Chan Wai Yew
  • KETUA Menteri Melaka, Datuk Seri Ali Rustam membuat cabutan bertuah mega pada program Jelajah Janji Di Tepati di Melaka. - Foto Chan Wai Yew
  • KETUA Menteri Melaka, Datuk Seri Ali Rustam (kiri) menyerahkan replika kunci kepada Nur Amalina Izzati Ali (tengah) yang mendapat hadiah utama dalam cabutan bertuah di program Jelajah Janji Di Tepati dekat Melaka. - Foto Chan Wai Yew
  • NUR Amalina Izzati Ali mendapat hadiah utama sebuah Viva Elite dalam cabutan bertuah mega di program Jelajah Janji Di Tepati di Melaka. - Foto Chan Wai Yew
  • ISTERI Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor mendengar penerangan daripada doktor  kaunseling perancang keluarga, Dr Mohd Fathil Fizal ketika melawat unit Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat di Bangunan Pusat Transformasi Bandar (UTC) di Melaka. - Foto Aizuddin Saad
  • PERDANA Menteri, Datuk Seri Najib Razak tertarik dengan hasil sulaman ketika melawat unit Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat di Bangunan Pusat Transformasi Bandar (UTC) selepas merasmikan UTC dan program Jelajah Janji Ditepati di Melaka. - Foto Aizuddin Saad
  • KEDAI Rakyat 1Malaysia mendapat sambutan orang ramai selepas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bersama Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ali Rustam merasmikan bangunan Pusat Transformasi Bandar (UTC) pada program Jelajah Janji Ditepati di Melaka.  - Foto Aizuddin Saad
  • PEMANDU beca, Lee Chye Thiam, 62, bersama pemandu yang lain menunggu untuk membawa tetamu kehormat yang hadir pada program Jelajah Janji Ditepati di Melaka. - Foto Aizuddin Saad
  • PERDANA Menteri, Datuk Seri Najib Razak bersama Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ali Rustam melancarkan gimik Pusat Transformasi Bandar (UTC)  sempena program Jelajah Janji Ditepati di Melaka. - Foto Aizuddin Saad
  • NUR Aisyah Idris, 18, menyusun produk jenama 1Malaysia (1M) di Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) yang baru sebelum dirasmikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di Pusat Transformasi Bandar (UTC) sempena program Jelajah Janji Ditepati (JJD) di Jalan Hang Tuah Melaka.  - Foto Muhammad Hatim Ab Manan
  • NUR Aisyah Idris, 18, bersama rakannya menyusun pelbagai produk jenama 1Malaysia (1M) di Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) sebelum dirasmikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di Pusat Transformasi Bandar (UTC) sempena program Jelajah Janji Ditepati (JJD) di Jalan Hang Tuah Melaka. - Foto Muhammad Hatim Ab Manan

Untuk sebarang pertanyaan mengenai iklan teks, hubungi muzainy@mediaprima.com.my untuk maklumat lanjut.