PEMAIN Itali, Mario Balotelli dikasari pemain Sepanyol, Sergio Ramos pada perlawanan akhir Euro 2012 di Kiev, Ukraine. - Foto AP
PEMAIN Itali, Antonio Cassano (tengah) dihalang oleh pemain Sepanyol pada perlawanan akhir Euro 2012 di Kiev. - Foto EPA
PERTAHANAN Sepanyol, Sergio Ramos (kiri) berasak dengan pemain Itali, Leonardo Bonucci pada perlawanan akhir Euro 2012 di Stadium Olympic, Kiev. - Foto AFP
PEMAIN tengah Sepanyol, Xabi Alonso (kiri) bersaing untuk mendapatkan bola dengan pertahanan Itali, Andrea Barzagli pada perlawanan akhir Euro 2012 di Kiev. - Foto AFP
RAGAM dan fesyen penyokong yang hadir pada perlawanan akhir Euro 2012 di Stadium Olympic dekat Kiev. - Foto AFP
PENYOKONG meraikan kejayaan di Fan Zone, Madrid selepas Sepanyol menewaskan Itali 4-0 pada perlawanan akhir Euro 2012. - Foto AP
REAKSI pemain Itali, Andrea Pirlo (kanan) dan Federico Balzaretti selepas berakhir perlawanan akhir Euro 2012 di Kiev, Ukraine. - Foto EPA
PEMAIN Sepanyol David Silva (tengah) cuba dikawal pemain Itali, Andrea Pirlo (kanan) dan Leonardo Bonucci pada perlawanan final Euro 2012 di Stadium Olimpik. David Silva berjaya menjaringkan gol awal pada minit ke-14. Penyandang juara, Sepanyol berjaya mengalahkan Itali dengan keputusan 4-0. - Foto EPA
SKUAD Sepanyol meraikan kejayaan selepas menjuarai Euro 2012 dengan membenam Itali 4-0 di Kiev, Ukraine. - Foto EPA
PENJAGA gol yang juga kapten Sepanyol, Iker Casillas memegang trofi selepas memenangi Euro 2012 menentang Itali di Stadium Olympic dekat Kiev. - Foto AFP
PENYERANG Sepanyol, Fernando Torres bersama anaknya meraikan kejayaan selepas memenangi final Euro 2012. - Foto AFP
PERTAHANAN Itali, Leonardo Bonucci kecewa selepas pasukannya tewas 0-4 kepada Sepanyol dalam perlawanan akhir Euro 2012 di Kiev. - Foto AFP
REAKSI penyokong Sepanyol ketika menyaksikan perlawanan akhir Euro 2012 menerusi skrin besar di Stadium Santiago Bernabeu di Madrid. - Foto AFP
PERTAHANAN Sepanyol, Sergio Ramos (kiri) bersaing dengan penyerang Itali, Mario Balotelli dalam perlawanan akhir Euro 2012. - Foto AFP
PEMAIN tengah Sepanyol, David Silva (tengah) menjaringkan gol pembukaan ketika menentang Itali di Stadium Olympic dekat Kiev. - Foto AFP
PEMAIN tengah Itali, Andrea Pirlo (kanan) cuba merampas bola dari pemain tengah Jerman, Toni Kroos, dalam aksi saingan separuh akhir Euro 2012 di Warsaw. - Foto EPA
MARIO Balotelli dilayangkan kad kuning oleh pengadil dari Perancis, Stephane Lannoy atas kesalahan membuka baju ketika meraikan kejayaannya menjaringkan gol ketika menentang Jerman, dalam aksi saingan separuh akhir Euro 2012 di Warsaw. - Foto EPA
PEMAIN Itali, Mario Balotelli (kiri) meledakkan sepakan yang membolosi gawang Jerman, yang gagal disekat pemainnya Philip Lahm, dalam aksi saingan separuh akhir Euro 2012 di Warsaw. - Foto EPA
PENJAGA gol Itali, Gianluigi Buffon (tengah) berjaya menampan bola dari tandukan pemain Jerman, dalam aksi saingan separuh akhir Euro 2012 di Warsaw. - Foto EPA
PIRLO (kanan) berebut bola dengan pemain tengah Jerman, Bastian Schweinsteiger dalam saingan separuh akhir, awal pagi semalam.
REAKSI penyokong Jerman di Berlin, kelmarin.
PENYOKONG Itali di Zon Peminat
di Warsaw.
PENYOKONG Itali di Zon Peminat
di Warsaw.
PENYOKONG Itali bersama pengantin baru dari Poland, Ilona dan Kamil (kiri) duduk beralas bendera Itali di perkarangan Stadium Kebangsaan di Warsaw, kelmarin.
PEMINAT Itali (kanan) mengenakan pakaian purba panglima Roman bergurau dengan peminat England (kiri) sebelum sepakmula aksi saingan suku akhir Euro 2012 di Kiev, Ukraine. - Foto REUTERS
PEMAIN dan pegawai pasukan Itali meraikan kejayaan berjaya melangkah ke separuh akhir Euro 2012 setelah mengalahkan England melalui sepakan penalti 4-2 selepas berkesudahan 0-0 pada masa tambahan. - Foto AFP
PEMAIN Itali, Andrea Pirlo berjaya menyumbat ke dalam gol England melalui sepakan penalti, dalam aksi suku akhir Euro 2012 di Kiev, Ukraine. - Foto AP
PEMAIN England, Andy Carroll (kanan) berjaya mengawal bola dari pemain Itali, Andrea Pirlo, dalam aksi saingan suku akhir Euro 2012 di Kiev, Ukraine awal pagi tadi. - Foto AP
PEMAIN Perancis,
Laurent Koscielny
(kanan) cuba
menghalang kemaraan
Fernando Torres, awal
pagi semalam.
REAKSI penyokong Sepanyol dan Perancis ketika saingan suku akhir
di Donbass Arena di Donetsk, pagi semalam. Sepanyol menang 2-0.
REAKSI penyokong Sepanyol dan Perancis ketika saingan suku akhir
di Donbass Arena di Donetsk, pagi semalam. Sepanyol menang 2-0.
REUS (kanan) yang menyumbat
gol keempat Jerman pada aksi
suku akhir bertemu Greece,
Jumaat lalu.
FRANCK Ribery (kiri) bersaing dengan pemain Sepanyol, Alvaro Arbeloa dalam pertemuan suku akhir Euro 2012 di Donetsk, Ukraine. - Foto EPA
PENJAGA gol Sepanyol, Iker Casillas melayangkan badan untuk menyelamatkan bola dalam pertemuan pasukannya menentang Perancis di Donetsk. Sepanyol menang 2-0 ke atas Perancis. - Foto AFP
PENYERANG Sepanyol, Fernando Torres (kiri) bersaing dengan pertahanan Perancis, Adil Rami dalam peringkat suku akhir Euro 2012 di Donetsk. - Foto AFP
PEMAIN Perancis, Yohan Cabaye (kanan) dan pemain Sepanyol, Xabi Alonso berebut untuk mendapatkan bola dalam saingan peringkat suku akhir Euro 2012 di Donetsk, Ukraine. Sepanyol menewaskan Perancis 2-0. - Foto AP
CRISTIANO Ronaldo (kiri) bersaing dengan penjaga gol Republik Czech, Petr Cech dalam perlawanan suku akhir Euro 2012 di Warsaw, Poland. Portugal menang 1-0. - Foto EPA
CRISTIANO Ronaldo (kanan) menanduk masuk ke gawang menewaskan penjaga gol Republik Czech, Petr Cech dalam perlawanan suku akhir Euro 2012 di Warsaw. - Foto AFP
PEMAIN Portugal, Raul Meireles dan pemain Republik Czech, Petr Jiracek (kanan) melompat untuk mendapatkan bola dalam saingan suku akhir di stadium National di Warsaw. Portugal menang 1-0. - Foto Reuters
PEMAIN Jerman, Thomas Mueller (kanan) menyertai tukang masak negara itu selepas sidang media, kelmarin.
PENYOKONG Sweden berhimpun di ‘Zon Penyokong’ di pinggir Kiev, Ukraine sebelum perlawanan bermula.
PENYOKONG England gembira Three Lions mara ke suku akhir menewaskan Ukraine 1-0, kelmarin.
IBRAHIMOVIC (kiri) meraikan jaringannya bersama rakan sepasukan dalam saingan terakhir Kumpulan D bertemu Perancis, kelmarin.
JOHN Terry (kiri) menyelamatkan gol kontroversi rembatan Devic yang dikatakan sudah melepasi garisan gol England.
OZIL (kiri) dapat pujian jurulatih.
PENYERANG Ukraine, Andry Shevchenko (kiri) memberi ucapan tahniah kepada pertahann England, John Terry di Kejohanan Euro 2012. - Foto EPA
REAKSI penyokong Ukraine melihat pasukan mereka beraksi menentang England di Arena Donbass, Donestsk. - Foto EPA
GELAGAT penyokong Perancis ketika pasukan negara mereka menentang Sweden di Kejohanan Euro 2012 - Foto AP
KAPTEN England, Steven Gerrard (kiri) cuba ersaing dengan pemain Ukraine, Yevhen Kanoplyanka dalam aksi Kumpulan D Kejohanan Euro 2012. - Foto EPA
PENYERANG England, Wayne Rooney mengawal bola dari pemain Ukraine, Yaroslav Rakitskiy dalam aksi Kumpulan D Kejohanan Euro 2012 di Donetsk, awal pagi tadi. England menang 1-0. - Foto EPA
PENYERANG Sweden, Zlatan Ibrahimovic (kiri) melakukan voli cantik menewaskan penjaga gol Perancis untuk gol pertama Sweden ketika saingan Kumpulan C Euro 2012 awal pagi tadi. Keputusan Sweden menang 2-0. - Foto AFP
ALONSO (kiri) cuba merampas bola daripada penyerang Croatia, Luka Modric dalam perlawanan terakhir Kumpulan C, kelmarin.
PEMAIN simpanan dan pegawai pasukan Itali meraikan kejayaan mara ke suku akhir selepas menewaskan Ireland 2-0 dalam perlawanan terakhir Kumpulan C di Poznan, kelmarin.
BUFFON terpaksa memujuk Balotelli yang naik angin sebaik tamat perlawanan, kelmarin.
DUA penyokong Sepanyol bersorak sebelum perlawanan di Gdansk, kelmarin.
PENYOKONG Sepanyol bersorak ke arah pasukan mereka ketika menentang Croatia di Gdansk, Poland. - Foto AFP
GELAGAT penyokong pasukan Itali ketika menentang Republik Ireland di Kejohanan Euro 2012. - Foto AFP
PEMAIN Itali, Mario Balotelli berjaya membolosi gawang Republik Ireland dalam saingan Kejohanan Euro 2012. - Foto AP
PENYERANG Sepanyol Cesc Fabregas merembat ke arah gawang Croatia, dalam aksi Kumpulan C, Kejohanan Euro 2012. - Foto EPA
RONALDO (7) bersama rakan sepasukan merai kejayaan Portugal mara ke suku akhir selepas menewaskan Belanda 2-1, kelmarin.
RONALDO (kiri) meraikan kemenangan Portugal sementara Wesley Sneijder (tengah) dan
Rafael van der Vaart muram selepas Belanda tersingkir daripada saingan Euro 2012.
'SPIDERMAN' Sweden bermain dengan kanak-kanak Ukraine.
PEMAIN Portugal, Nelson Oliveira (kiri) bersaing dengan pemain tengah Belanda, Nigel de Jong dalam perlawanan di Kharkiv. Portugal tewaskan Belanda 2-1. - Foto AFP
GELAGAT penyokong Jerman di Berlin Jerman yang meraikan kejayaan pasukan mereka layak ke peringkat suku akhir Kejohanan Euro 2012 setelah mengalahkan Denmark dalam Kumpulan B dengan jaringan 2-1. - Foto EPA
PEMAIN Portugal, Cristiano Ronaldo (kanan) merembat ke arah gawang Belanda, dalam aksi Kejohanan Euro 2012.
PENYERANG Jerman, Mario Gomez berjaya meloloskan diri dari pertahanan Denmark, dalam aksi Kumpulan B, Kejohanan Euro 2012 di Ukraine.
AKSI penjaga gol Itali Gianluigi Buffon (kiri) ketika Itali bertemu Croatia Khamis lalu.
PEMAIN tengah, Claudio Marchisio (kiri) bersama penjaga gol, Gianluigi Buffon tonggak kekuatan Itali.
REAKSI pemain Greece, Karagounis selepas meledak gol kemenangan ketika menentang Russia.
JIRACEK (kiri) terjatuh ketika cuba mengekang asakan penyerang Poland, Kamil Grosicki dalam saingan di Stadium Perbandaran Wroclaw, kelmarin.
PENYOKONG Belanda berhimpun di sekitar ‘zon penyokong’ di Kharkiv, Ukraine sebelum memasuki stadium, kelmarin.
GELAGAT penyokong Denmark sebelum menentang Jerman, kelmarin.
PENJAGA gol Sweden, Andreas Isaksson sedih meninggalkan padang selepas tewas 3-2 kepada England, kelmarin.
JURULATIH Perancis, Laurent Blanc sempat memeluk penyerang Ukraine, Andriy Shevchenko sebaik berakhir perlawanan, kelmarin.
GAMBAR kiri, gelagat lucu penyokong England jadi perhatian penyokong Three Lions manakala kanan, penyokong tegar Ukraine sugul selepas pasukan kesayangannya tewas kepada Perancis 2-0.
PENGADIL, Bjoern Kuipers (kanan) terpaksa menghentikan perlawanan Ukraine-Perancis disebabkan hujan lebat.
WALCOTT (kiri) menjaringkan gol kedua England dalam saingan Kumpulan D bertemu Sweden di Kiev, kelmarin.
PENJAGA gol Republik Czech, Petr Cech (kiri) berjaya menyelamatkan bola dari dibolosi pemain Poland, Jakub Blaszczykowski (berjersi putih), dalam aksi Kejohanan Euro 2012. - Foto REUTERS
BENDTNER (dua dari kanan) menjaringkan gol Denmark ketika bertemu Portugal, Rabu lalu.
POLIS Poland bersiap sedia mengawal penyokong England di zon peminat daripada membuat perkara tidak diingini.
PENYOKONG Ukraine berteduh di bawah bendera negara mereka untuk mengelak terkena tempias hujan.
KUISAN tumit pemain England, Danny Welbeck (kanan) berjaya membolosi gawang Sweden hasil lorongan rakan sepasukan, Theo Walcott gagal diselamatkan penjaga gol Sweden, Andreas Isaksson dalam saingan Euro 2012. - Foto AP
PENYERANG Sweden, Zlatan Ibrahimovic (kanan) cuba melepasi halangan pertahanan England, John Terry (kiri), saingan Kejohanan Euro 2012 di Kiev, awal pagi ini. Keputusan England menang 3-2. - Foto AFP
PERANCANG Perancis, Jeremy Menez (kiri) berjaya mengawal bola dari pemain tengah Ukraine, Antoliy Tymoshchuk (kanan) dalam aksi Kumpulan D, Kejohanan Euro 2012 di Donetsk, awal pagi ini. Keputusan Perancis menang 2-0. - Foto AFP
GELAGAT penyokong tiba di perkarangan Stadium Bandaraya Poznan sebelum perlawanan Kumpulan C, kelmarin.
PENYANYI dari Colombia, Shakira (tengah) jadi tumpuan ketika hadir untuk menyaksikan perlawanan Sepanyol menentang Ireland, kelmarin.
TORRES (terlindung) menewaskan Shay Given untuk gol ketiga Sepanyol ketika menentang Ireland dalam saingan Kumpulan C di Gdansk, Poland, kelmarin.
MASIH BERBISA...Penyerang Sepanyol, Fernando Torres menjerit kepuasan selepas berjaya menjaringkan dua gol buat pasukannya ketika perlawanan Euro 2012 menentang Ireland di PGE Arena, Gdansk, awal pagi tadi. Keputusan penuh Sepanyol 4, Republik Ireland 0. - Foto REUTERS
AKSI pemain Croatia, Mario Mandzukic ketika menjaringkan gol penyamaan pada minit ke-72 selepas Itali mendahului menerusi Andrea Pirlo pada separuh masa pertama perlawanan Euro 2012 di Poznan, Poland, awal pagi tadi. Perlawanan berkesudahan seri 1-1. - Foto EPA
PENYOKONG Sepanyol menyanyi bersama seorang penyokong Republik Ireland sebelum perlawanan bermula awal pagi tadi.
PENYOKONG Republik Ireland berbaris untuk mengeluarkan wang menerusi ATM di Gdansk, Poland.
MEMBELI selendang.
REAKSI penyokong Belanda selepas perlawanan, kelmarin.
AROWANA yang dikenali sebagai ‘Big Huat’ memilih Sweden sebagai pemenang perlawanan menentang England, lewat malam ini.
PELBAGAI ragam pakaian penyokong ketika menyaksikan Euro 2012.
GELAGAT penyokong Euro 2012.
PEMAIN Belanda, Arjen Robben (kanan) diasak penyerang Jerman, Lukas Podolski pada perlawanan kedua Kumpulan B Euro 2012 di Kharkiv, Ukraine, awal pagi tadi. Jerman menundukkan Belanda 2-1. - Foto EPA
BINTANG Portugal, Cristiano Ronaldo dicabar pemain Denmark, William Kvist ketika aksi perlawanan Kumpulan B Euro 2012 di Lviv, Ukraine, awal pagi tadi. Keputusan penuh Portugal 3, Denmark 2. - Foto EPA
PENYOKONG Denmark ‘memanas badan’ sebelum menuju stadium menyaksikan pertemuan dengan Portugal awal pagi tadi.
PASANGAN dari Russia.
KELUARGA dari Greece ini kecewa tampak kecewa.
PENYOKONG Belanda berkhemah di kawasan zon peminat yang disediakan pihak penganjur.
Gaya penonton.
GELAGAT penyokong Belanda.
PENJAGA gol Republik Czech, Petr Cech (kanan) berjaya menumbuk bola ke luar dari kawasan selamat dari pertahanan Greece dalam aksi Kejohanan Euro 2012. - Foto AFP
PENYERANG Rusia, Andrey Arshavin (kanan) cuba mengawal bola dari pemain Poland, Dariuz Dudka dalam aksi Kumpulan A, Kejohanan Euro 2012 di Warsaw, Poland. - Foto EPA
PENYOKONG Poland dan Russia bergaduh di luar Stadium Nasional di Warsaw. Pihak polis terpaksa melepaskan gas pemedih mata dan peluru getah serta menahan lebih 100 orang sebelum kedua-dua negara seri 1-1 dalam saingan Euro 2012. Sekurang-kurangnya 15 penyokong cedera dalam pergaduhan berkenaan. - Foto Reuters
PENYOKONG Poland menyaksikan layar gergasi bersorak menyokong pasukan mereka ketika menentang Rusia di Warsaw. - Foto AFP
ANDREI Shevchenko gembira selepas membantu Ukraine menewaskan Sweden 2-1 dalam aksi Kumpulan D.
PENYERANG Ukraine, Andriy Shevchenko (kiri) menjaringkan gol kedua ketika aksi Kumpulan D, Euro 2012 menentang Sweden di Stadium Olympic, Kiev. Keputusan Ukraine 2, Sweden 1. - Foto Reuters
PENJAGA gol Perancis, Hugo Lloris (kiri) gagal menolak keluar bola jaringan pertahanan England, Joleon Lescott (kanan) pada Kejohanan Euro 2012 di Donbass Arena, Donetsk. Keputusan England 1, Perancis 1. - Foto AFP
PENJAGA gol Croatia, Stipe Pletikosa melompat tinggi bagi menghalang cubaan penyerang Ireland, Robbie Keane ketika perlawanan Kumpulan C, Kejohanan Euro 2012 di Stadium City, Poznan. Keputusan Croatia 3, Ireland 1. - Foto Reuters
REAKSI penyokong Sepanyol ketika menentang Itali yang berkesudahan seri 1-1.
REAKSI empat penyokong Republik Ireland ketika menentang Croatia.
SEORANG penyokong Croatia menceroboh padang untuk bertemu jurulatih pasukan negara berkenaan, Slaven Bilic (kanan) ketika perlawanan menentang Republik Ireland berlangsung.
PENYOKONG Ukraine menghiasi wajah masing-masing dengan warna bendera negara itu ketika menunggu perlawanan menentang Sweden.
PEMAIN Ireland, Sean St Ledger (kiri) sekadar menyaksikan penjaga gol, Shay Given gagal menyelamatkan percubaan pemain Croatia, Mario Mandzukic dalam saingan Kumpulan C saingan Euro di Poznan.
ANTONIO Di Natale (kanan) menjaringkan gol ketika Itali seri bertemu Sepanyol.
PEMAIN Sepanyol Andres Iniesta (kiri) cuba melepasi kawalan pemain Itali Claudio Marchisio di Gdansk.
PENYOKONG pasukan Jerman meraikan kejayaan pasukan mereka menewaskan Portugal 1-0.
GELAGAT penyokong pasukan Ireland bergaya dengan pakaian sedondon jadi tarikan pengunjung.
PENYOKONG tegar Jerman menjulang replika trofi juara Euro ketika memberi semangat kepada pasukan kesayangan bertemu Portugal.
PENYOKONG Belanda sugul selepas skuad Oranje tewas kepada Denmark 1-0 pada aksi pembukaan Kumpulan B.
PENYOKONG pasukan Portugal tetap tersenyum walaupun skuad diterajui Cristiano Ronaldo kecundang kepada Jerman.
KUMPULAN penari remaja mengadakan persembahan sebelum bermula pertembungan Jerman-Portugal di Arena Lviv.
PEMAIN Denmark Michael Krohn-Dehli menjaringkan gol kemenangan ketika bertemu Belanda dalam perlawanan Kumpulan B. Keputusan, Belanda 0 Denmark 1.
PENGANTIN perempuan tempatan menarik tumpuan penyokong Portugal.
PENYOKONG Poland kecewa apabila terpaksa berkongsi mata menentang Greece.
PENJUAL manisan dari Ukraine bersama penyokong Portugal.
REAKSI penyokong Russia yang menewaskan Rep Czech 4- 1.
PEMINAT kecil Ukraine menggayakan potongan rambut berbentuk bola.
LEWANDOWSKI muncul penjaring gol pertama kejohanan dalam saingan Kumpulan A. Keputusan Poland 1, Greece 1.
PEMAIN Sepanyol, Andres Iniesta dan penjaga gol, Iker Casillas melayan peminat selepas sesi latihan di Gniewino, Poland.
KERETAPI dari Russia melintasi sempadan Terespol, Poland membawa penyokong dari negara berkenaan.
MENJUAL bendera di sekitar Dataran Warsaw, Poland.
PENYOKONG Poland di zon hiburan.
SEEKOR baboon dipakai jersi England ketika dibawa bersiar-siar pemiliknya di sekitar zon hiburan.
PEMAIN Perancis, Franck Ribery mandi sauna selepas sesi latihan.
SOTONG Manolo membuat ramalan dan memilih Sepanyol bakal mengatasi Itali.
Hak Cipta Terpelihara 2012 - Berita Harian - The New Straits Times Press (Malaysia) Berhad Emel kami sebarang maklumbalas.
Resolusi paparan terbaik untuk laman web ini adalah 1024 x 768