TAN Siew Kat, 40, melihat isterinya Tan Kang Hwa, 38, (dua dari kiri) mengisi borang kaji selidik Perumahan Rakyat Malaysia (PR1MA) ketika berkunjung ke ruang pameran PR1MA sempena Program Jelajah Janji Ditepati di Taman Teknologi Tinggi Kulim. - Foto Danial Saad
PENGARANG Pendidikan Berita Harian, Yusuf Abu Bakar (kanan) memberi penerangan kepada pengunjung yang melihat pameran foto di gerai Berita Harian sempena program Jelajah Janji Ditepati, Kulim, Kedah. - Foto Mohd Yusni Ariffin
PERDANA Menteri, Datuk Seri Najib Razak berbual dengan imam dan Pengerusi Masjid At-Taufiq Air Merah, Ismail Hamid (kiri) pada program Jelajah Janji Ditepati. Perdana Menteri turut mengumumkan peruntukan RM200,000 untuk membina kelas KAFA di masjid itu. - Foto Danial Saad
PENGUNJUNG program Jelajah Janji Ditepati melihat sebahagian daripada barangan yang dijual di Kedai Rakyat 1Malaysia sempena program Jelajah Janji Ditepati dekat Kulim, Kedah. - Foto Mohd Yusni Ariffin
SEBAHAGIAN daripada pengunjung yang membanjiri tapak program Jelajah Janji Ditepati di Kulim, Kedah. - Foto Mohd Yusni Ariffin
SEBAHAGIAN daripada pengunjung yang membeli belah di Kedai Rakyat 1Malaysia sempena Jelajah Janji Ditepati di Kulim Kedah. - Foto Mohd Yusni Ariffin
PERDANA Menteri, Datuk Seri Najib Razak berucap ketika melancarkan program Jelajah Janji Ditepati di Kulim, Kedah. - Foto Shahrizal Md Noor
PERDANA Menteri, Datuk Seri Najib Razak (tengah) ketika lawatannya di gerai pameran sempena Jelajah Janji Ditepati di Kulim, Kedah. - Foto Khairull Azry Bidin
PELAJAR Tingkatan 5 Sekolah Menengah Vokasional Sungai Petani 2 mengambil kesempatan menjual pelbagai jenis kuih dan kek sempena Jelajah Janji Ditepati di Taman Teknologi Tinggi. - Foto Khairull Azry Bidin
SALINA Sulaiman mengambil kesempatan menjual arnab sempena Jelajah Janji Ditepati di Taman Teknologi Tinggi. - Foto Khairull Azry Bidin
KEDAI Menu Rakyat 1Malaysia juga menjadi tarikan pengunjung untuk membeli makanan sempena Jelajah Janji Ditepati di Taman Teknologi Tinggi. - Foto Khairull Azry Bidin
PENGUNJUNG mengambil kesempatan berbelanja di Kedai COOP 1Malaysia sempena Jelajah Janji Ditepati. - Foto Khairull Azry Bidin.
PENDUDUK kampung berdekatan tidak melepaskan berkunjung di pameran sempena Jelajah Janji Ditepati di Taman Teknologi Kulim. - Foto Khairull Azry Bidin
AKTIVITI sukaneka rakyat memeriahkan lagi suasana pagi Jelajah Janji Ditepati di Taman Teknologi Tinggi. - Foto Khairull Azry Bidin
PENGUNJUNG mengambil kesempatan berbelanja di Kedai Rakyat 1 Malaysia sempena Jelajah Janji Ditepati di Taman Teknologi Tinggi. - Foto Khairull Azry Bidin
KANAK-KANAK mengambil bahagian dalam acara sukan rakyat, lompat dalam guni sempena program Jelajah Janji Ditepati di Taman Teknologi Tinggi, Kulim. - Foto Aizuddin Saad
PENGUNJUNG, Rabbani Said, 58, tergelak mendengar ucapan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ketika beliau merasmikan program Jelajah Janji Ditepati di Taman Teknologi Tinggi, Kulim. - Foto Aizuddin Saad
ANAK bongsu Perdana Menteri, Norashman Razak Najib turut hadir untuk melihat program Jelajah Janji Ditepati yang dirasmikan bapanya di Taman Teknologi Tinggi, Kulim. - Foto Aizuddin Saad
GERAI kedai rakyat 1Malaysia menawarkan pakej RM100 dengan 19 barangan produk 1Malaysia bagi membantu rakyat berbelanja dengan harga berpatutan di gerai Kedai 1Malaysia di tapak program Jelajah Janji Ditepati, Kulim. - Foto Aizuddin Saad
GERAI kedai rakyat 1Malaysia menawarkan pakej RM30 dengan 7 barangan produk 1Malaysia bagi membantu rakyat berbelanja dengan harga berpatutan di gerai Kedai 1Malaysia di tapak program Jelajah Janji Ditepati, Kulim. - Foto Aizuddin Saad
PENGUNJUNG, Amran Ibrahim, 45, tidak melepaskan peluang menderma darah di gerai Kementerian Kesihatan sempena program Jelajah Janji Ditepati, Kulim . - Foto Aizuddin Saad
PENGUNJUNG, Zarina Jamil, 39, bersama ahli keluarga yang lain tidak melepaskan peluang membeli produk kelengkapan rumah 1Malaysia yang terdapat di gerai Kedai 1Malaysia di tapak program Jelajah Janji Ditepati, Kulim. - Foto Aizuddin Saad
PENGUNJUNG tidak melepaskan peluang mengambil bahagian bersama anak dalam pertandingan mewarna di gerai Berita Harian. - Foto Aizuddin Saad
SEORANG pengunjung, Tarmizi Ismail, 36, membeli akhbar Berita Harian yang dijual di gerai Berita Harian sempena program Jelajah Janji Ditepati, Kulim. - Foto Aizuddin Saad
PELATIH PLKN Bukit Besar mengambil bahagian dalam acara sukan rakyat, pertandingan menarik upih sempena program Jelajah Janji Ditepati, Kulim. - Foto Aizuddin Saad
DATUK Seri Najib Razak dan Datin Seri Rosmah Mansor minum petang bersama penduduk sempena Program Jelajah Janji Ditepati di Taman Teknologi Tinggi Kulim. - Foto Danial Saad
PERDANA Menteri, Datuk Seri Najib Razak disambut meriah pengunjung program Jelajah Janji Ditepati di Kulim, semalam. - Foto Aizuddin Saad
AKTIVITI senamrobik yang disertai penduduk dan pelatih Program Latihan Khidmat Negara memeriahkan program Jelajah Janji Ditepati di Kulim. - Foto Aizuddin Saad
Hak Cipta Terpelihara 2012 - Berita Harian - The New Straits Times Press (Malaysia) Berhad Emel kami sebarang maklumbalas.
Resolusi paparan terbaik untuk laman web ini adalah 1024 x 768