SELEPAS memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang pada 30 Januari lalu, Mohd Azahar Ibrahim, hari ini mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tenang di Dewan Persidangan, Bangunan Sultan Ismail, Kota Iskandar di Nusajaya. - Foto Hairul Anuar Abd Rahim
TIMBALAN Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin meraikan kemenangan calon Barisan Nasional (BN), Mohd Azahar Ibrahim dalam pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang di Dewan Serbaguna Majlis Daerah Labis. - Foto Mohd Fadli Hamzah
TIMBALAN Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengangkat tangan bersama Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman dan Mohd Azahar Ibrahim selepas keputusan pilihan raya kecil DUN Tenang diumumkan di Dewan Serbaguna Majlis Daerah Labis. - Foto Zain Ahmed
TIMBALAN Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengucapkan tahniah kepada Mohd Azahar Ibrahim selepas diumumkan sebagai ADUN Tenang di Dewan Serbaguna Majlis Daerah Labis. - Foto Zulkarnain Ahmad Tajuddin
MOHD Azahar Ibrahim dijulang selepas diisytihar pemenang pilihan raya kecil DUN Tenang di Dewan Serbaguna Majlis Daerah Labis. - Foto Mohd Fadli Hamzah
MOHD Azahar Ibrahim diraikan penyokong dan ahli keluarga sejurus tiba di rumahnya di Jalan Tenang, Labis. - Foto Shahrul M Zain
MOHD Azahar Ibrahim bertemu neneknya, Esah Sulong, di rumah di Jalan Tenang, Labis, selepas diisytihar pemenang pilihan raya kecil DUN Tenang. - Foto Shahrul M Zain
TIMBALAN Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, dan isteri, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman, menaiki trak tentera untuk ke Dewan Serbaguna Majlis Daerah Labis kerana laluan dari tempat penginapan mereka dinaiki air. - Foto Rosdan Wahid
KENDERAAN terperangkap dalam kesesakan akibat banjir di hadapan Balai Polis Tenang Station selepas hujan sepanjang hari. - Foto Sairien Nafis
ANGGOTA Pertahanan Awam dan tentera dari Kem Gemas membawa mangsa banjir berpindah selepas rumah mereka di Kampung Ladang Verra ditenggelami air ketika pilihan raya kecil DUN Tenang. - Foto Rosdan Wahid
PASUKAN penyelamat memindahkan mangsa banjir selepas pekan Labis dinaiki air berikutan hujan sejak dua hari lalu. - Foto Mohd Fadli Hamzah
ANGGOTA polis bertugas, Konstabel Felix Dionysious melihat laluan masuk ke pusat pembuangan undi di Sekolah Rendah Kebangsaan Tamil, Ladang Voules yang dinaiki air selepas hujan lebat tanpa henti ketika pilihan raya kecil DUN Tenang berlangsung. - Foto Sairien Nafis
TERKANDAS: Bandar Labis dinaiki air setelah hujan sejak dua hari lalu pada pilihan raya kecil DUN Tenang. - Foto Mohd Fadli Hamzah
TERKANDAS: Bandar Labis dinaiki air setelah hujan sejak dua hari lalu pada pilihan raya kecil DUN Tenang. - Foto Mohd Fadli Hamzah
LALUAN masuk ke pusat membuang undi, Sekolah Rendah Kebangsaan Tamil, Ladang Voules dinaiki air setelah hujan lebat tanpa berhenti pada pilihan raya kecil DUN Tenang. - Foto Sairien Nafis
PENGUNDI meredah banjir untuk mengundi ke Sekolah Rendah Kebangsaan Tamil, Ladang Voules yang dinaiki air setelah hujan lebat tanpa berhenti pada pilihan raya kecil DUN Tenang. - Foto Sairien Nafis
ANGGOTA Jabatan Pertahanan Awam Segamat nyaris dihanyutkan arus deras selepas terjatuh dari bot dalam usahanya memindahkan pengundi serta keluarga dari rumah mereka yang ditenggelami air dekat Kampung Ladang Verra pada pilihan raya kecil DUN Tenang. - Foto Rosdan Wahid
JABATAN Pertahanan Awam Segamat bersama lima anggota membawa pengundi menggunakan bot dan berpindah dari rumah yang ditenggelami air dekat Kampung Ladang Verra pada pilihan raya kecil DUN Tenang. - Foto Rosdan Wahid
JABATAN Pertahanan Awam Segamat bersama lima anggota membawa pengundi menggunakan bot dan berpindah dari rumah yang ditenggelami air dekat Kampung Ladang Verra pada pilihan raya kecil DUN Tenang. - Foto Rosdan Wahid
PENDUDUK Taman Sri Jaya, Labis membawa peralatan untuk membuat pentas bagi meletakkan barang-barang dalam usaha untuk mengelakkan dari basah selepas rumah mereka ditenggelami air akibat hujan lebat sejak dua hari lalu. - Foto Hasan Ismail
PENDUDUK Taman Sri Jaya, Labis keluar menyelamatkan diri selepas rumah mereka ditenggelami air akibat hujan lebat sejak dua hari lalu. - Foto Hasan Ismail
JALAN utama di Labis-Segamat berdekatan simpang Felda Redong dinaiki air akibat daripada limpahan air dari Sungai Tenang meyebabkan kesesakan luar biasa pada pilihan raya kecil DUN Tenang. - Foto Rosdan Wahid
PERAIH undi bagi kedua-dua parti yang bertanding sabar menunggu dalam keadaan hujan diluar pusat mengundi bagi pilihan raya kecil DUN Tenang di Sekolah Menengah Kebangsaan Kamarul Ariffin, Jalan Tenang, Labis. - Foto Shahrul M Zain
KAKITANGAN Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) membantu Pang Chin Yet, 67, (kanan) bersama isteri, Lee Seew Hua, 67, (kiri) dan anak Pang Li Chuan, 46, yang hadir untuk mengundi sempena pilihan raya kecil DUN Tenang di Sekolah Menengah Kebangsaan Kamarul Ariffin, Jalan Tenang, Labis. - Foto Shahrul M Zain
ORANG ramai membantu mengeluarkan kenderaan pegawai Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang tersangkut dalam banjir ketika pegawai SPR membuat pemantauan sekitar pusat pembuangan undi di Kampung Sawah Baru. - Foto Mohd Yusni Ariffin
UNIK: Peraih undi memakai baju berlogo UMNO ketika pengundian pilihan raya kecil DUN Tenang di Dewan Serbaguna Kampung Paya Merah. - Foto Mohd Fadli Hamzah
ANGGOTA polis trafik membantu kenderaan yang membawa pengundi yang mengundi di dewan orang ramai Ladang North, Labis kerana laluan masuk ke ladang itu dilimpahi air akibat hujan lebat sejak dua hari lalu. - Foto Hasan Ismail
TIMBALAN Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bersalaman dengan penyokong Barisan Nasional (BN) ketika hadir mengadakan tinjauan di Dewan Serbaguna Kampung Paya Merah sempena pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang, hari ini. - Foto BERNAMA
PENGUNDI bersemangat untuk mengundi walaupun hujan lebat ketika tinjuan di Dewan Serbaguna Kampung Paya Merah sempena pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang, hari ini. - Foto Bernama
CALON PAS, Normala Sudirman beramah mesra bersama petugas SPR ketika melawat peti undi di Dewan Serbaguna Kampung Paya Merah bagi pilihan raya kecil DUN Tenang. - Foto Mohd Fadli Hamzah
PAYUNG pengundi diletak di luar dewan kerana pengundi tidak dibenarkan membawanya ketika mengundi di Dewan Kampung Paya Merah pada pilihan raya kecil DUN Tenang. - Foto Zain Ahmed
PERAYU undi yang cuba meraih dari seorang pengundi walaupun dalam hujan lebat ketika tinjuan di Dewan Serbaguna Kampung Paya Merah sempena pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang, hari ini. - Foto BERNAMA
SUASANA di sekitar kawasan tempat pusat mengundi SMK Tenang Stesen pada pilihan raya kecil DUN Tenang. - Foto Rosdan Wahid
CALON PAS, Normala Sudirman beramah mesra dengan orang kampung yang sedang beratur untuk membuang undi di Sekolah Kebangsaan Kampung Tenang, hari ini. - Foto Bernama
JENTERA Barisan Nasional Kampung Lembah Bakti membawa pengundi menaiki kenderaan pacuan empat roda untuk keluar mengundi selepas rumah mereka dinaiki air pada pilihan raya kecil DUN Tenang. - Foto Rosdan Wahid
SUASANA di sekitar pusat mengundi SMK Tenang Stesen pada permulaan pilihan raya kecil DUN Tenang pagi ini. - Foto Rosdan Wahid
CALON BN, Mohd Azahar Ibrahim, bertanya sesuatu kepada bekas Ketua Wanita UMNO Cawangan Kampung Paya Merah, Timal Sarip, 70, yang uzur ketika berkempen dari rumah ke rumah di Labis, hari ini. - Foto BERNAMA
MOHD Azahar Ibrahim mencium tangan neneknya, Esah Sulong, sambil diperhatikan isterinya, Tuty Roshizana Tumin, Ketua Wanita UMNO, Datuk Seri Sharizat Abdul Jalil dan Ketua Wanita UMNO Labis, Haslinda Salleh (kiri) di rumah calon BN itu di Kampung Paya Merah, hari ini. - Foto Zain Ahmed
PETUGAS SPR sibuk menyusun dan memeriksa peralatan yang akan digunakan untuk proses mengundi di Dewan Serbaguna Majlis Daerah Labis sebelum dibawa ke pusat-pusat mengundi menjelang pilihan raya kecil DUN Tenang. - Foto Rosdan Wahid
TIMBALAN Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, bersama calon BN, Mohd Azahar Ibrahim, sempat melawat Chan Kuai Ying, 96, yang sakit tua ketika menemui pengundi DUN Tenang di Kampung Sawah Padi hari ini. Turut sama isteri Mohd Azahar, Tuty Roshizana Tumin. - Foto Sairien Nafis
ABDUL Razak Badrul yang lumpuh separuh badan akibat kemalangan motosikal 20 tahun lalu menunjukkan Wau Bulan yang dibuat menggunakan bendera BN dan UMNO bagi menyemarakkan suasana pilihan raya kecil DUN Tenang di FELDA Tenang. - Foto Zain Ahmed
CALON BN, Mohd Azahar Ibrahim, bergurau senda bersama guru dan kakitangan SMK Kamarul Ariffin ketika menghadiri Program Permuafakatan PIBG kawasan Labis pada pilihan raya kecil DUN Tenang. - Foto Sairien Nafis
PRESIDEN MIC, Datuk G Palanival, bersalam dengan calon BN, Mohd Azahar Ibrahim, pada majlis Malam Irama Pesta Ponggal di Dewan SJK (C) Labis, semalam. - Foto Zulkarnain Ahmad Tajuddin
PEGAWAI dan petugas SPR memeriksa dokumen yang akan diserahkan kepada Ketua Tempat Mengundi pada pilihan raya Kecil DUN Tenang Ahad ini. - Foto Rosdan Wahid
PETUGAS BN melalui jalan yang dihiasi poster dan bendera parti bertanding di Kampung Tenang menjelang pilihan raya kecil DUN Tenang. - Foto Rosdan Wahid
CALON PAS, Normala Sudirman singgah menziarahi gurunya semasa di tingkatan 2 di Sekolah Menengah Kebangsaan Tenang Station semasa berkempen di Kampung Air Panas, Labis. - Foto Nurul Shafina Jemenon
KETUA Penerangan Pemuda UMNO Johor, Abd Halim Abd Jalil (kanan) bersama Pauzani Saludin (kiri) dan Mohd Sahrun Pardi melihat papan tanda kempen yang dirosakkan individu tidak bertanggungjawab dekat persimpangan Kampung FELDA Tenang. - Foto Mohd Yusni Ariffin
CALON Barisan Nasional, Mohd Azahar Ibrahim (kanan) bersama-sama anggota tentera bergotong-royong membersihkan sekitar kawasan Pekan Air Panas ketika berkempen sempena pilihan raya kecil DUN Tenang. - Foto Mohd Yusni Ariffin
PETUGAS Puteri UMNO, Rabiatul Nuradawiyah Osman (kiri) dan Nurul Ain Suraya Nofia bersama Pemuda Barisan Nasional (BN), Mohd Hassanuddin Azizi (kanan) dan Mohamad Khairul Ridzuan sibuk memasang poster calon BN yang berbentuk belon di bilik gerakan BN di Kampung Redong, Labis. - Foto Hasan Ismail
CALON PAS, Normala Sudirman menyampaikan ceramah di rumah seorang penduduk semasa berkempen di Kampung Redong, Labis. Turut hadir Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat. - Foto Nurul Shafina Jemenon
CALON PAS, Normala Sudirman ditemani suaminya berkempen dari rumah ke rumah di sekitar Pekan Air Panas, Labis. - Foto Nurul Shafina Jemenon
CALON PAS, Normala Sudirman dan suaminya bertanya khabar mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara mangsa banjir di Sekolah Agama Pekan Air Panas, Labis. - Foto Nurul Shafina Jemenon
KAKITANGAN Pejabat Kesihatan Segamat membuat semburan untuk membasmi kuman di pusat penempatan sementara mangsa banjir di Sekolah Agama Pekan Air Panas ketika pilihan raya kecil DUN Tenang. - Foto Sairien Nafis
PETUGAS PAS memasang poster calon pada kenderaan dalam usaha meraih undi menjelang pilihan raya kecil DUN Tenang. - Foto Rosdan Wahid
ANGGOTA keselamatan membuat sekatan jalan raya di jalan menuju ke pekan Labis menjelang pilihan raya kecil DUN Tenang. - Foto Rosdan Wahid
ANGGOTA polis dari kiri, Lans Koperal Asniha Jusoh, Lans Koperal Mohd Razib Ujang dan Kasmir Nahzri Kamsani mengundi pos di Balai Polis Labis, semalam. - Foto Rosdan Wahid
CALON PAS, Normala Sudirman, bersama suaminya, Maarof Abd Mutalib, selepas bertemu Timbalan Mursyidul Am PAS, Datuk Dr Haron Din, di FELDA Cemplak, semalam. - Foto Nurul Shafina Jemenon
CALON BN, Mohd Azahar Ibrahim, bersama Ahli Parlimen Tenggara, Datuk Halimah Sadique (tiga dari kiri), meninjau kawasan Kampung Paya Merah Lama Labis yang dinaiki air hari ini selepas hujan lebat sejak semalam. - Foto Zain Ahmed
CALON BN, Mohd Azahar Ibrahim, tetap menemui pengundi di Kampung Sawah Baru walaupun hujan lebat hari ini. - Foto Mohd Fadli Hamzah
CALON PAS bagi pilihan raya kecil DUN Tenang, Normala Sudirman, mengemaskini laman blog Cikgu Mala serta Twitter dan Facebook sambil diperhatikan suaminya, Maarof Abd Mutalib, 45. - Foto Nurul Shafina Jemenon
CALON BN, Mohd Azahar Ibrahim (kiri), beramah mesra dengan masyarakat Cina ketika bertemu mereka di Tokong Yong Hock Kiong di Jalan Tenang, Labis. - Foto Zain Ahmed
ANGGOTA keselamatan mengawal pintu utama ketika pegawai dan petugas SPR membuat semakan pada kertas undi pos sebelum diserahkan kepada pegawai yang bertanggungjawab untuk proses undi pos petang ini di pejabat Majlis Daerah Labis. Seramai 119 pengundi pos terdiri daripada petugas SPR dan anggota polis termasuk anggota yang berada di luar terbabit dalam proses itu. - Foto Rosdan Wahid
MENTERI Dalam Negeri, Datuk Hishamuddin Hussein diiringi Ahli Parlimen Labis, Chua Tee Yong (tengah) beramah mesra dengan Atan Mat Shah, 75, dan Mohd Ibrahim, 63, (kanan) dari FELDA Tenang sempena kempen Pilihan Raya Kecil DUN Tenang di Pekan Labis. - Foto Zulkarnain Ahmad Tajuddin
PEGAWAI dan petugas SPR membuat semakan pada beg dan peralatan undi pos di Pejabat Daerah Labis untuk 119 pengundi pos terdiri daripada petugas SPR dan anggota polis yang terbabit dalam Pilihan Raya Kecil DUN Tenang. - Foto Rosdan Wahid
PEGAWAI SPR membawa kertas undi sambil diiringi anggota polis trafik bersenjata tiba di Bilik Gerakan Suruhanjaya Pilihan Raya di Majlis Daerah Labis malam tadi untuk disemak Ketua Tempat Mengundi. Seramai 14,753 pengundi termasuk pengundi pos bakal menunaikan tanggungjawab pada pilihan raya kecil DUN Tenang. - Foto Rosdan Wahid
CALON BN, Mohd Azahar Ibrahim beramah mesra dengan sebahagian daripada 29 penduduk Labis yang menerima penganugerahan taraf kewarganegaraan di Labis, semalam. - Foto NSTP
CALON PAS, Normala Sudirman, ditemani suami, Maarof Abd Mutalib (tiga dari kanan), berbual dengan penduduk ketika berkempen di FELDA Chemplak Barat, semalam. - Foto NSTP
MENTERI Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, bersama calon BN, Mohd Azahar Ibrahim, beramah mesra dengan pelajar dan orang ramai pada program servis motosikal percuma anjuran Jabatan Pengajian Kolej Komuniti di Dataran Pasar Rabu, Taman Tenang Jaya, hari ini. - Foto Mohd Yusni Ariffin
BENDERA dan poster parti bertanding menghiasi sepanjang Jalan Labis-Segamat dekat pekan Labis menjelang pilihan raya kecil DUN Tenang Ahad ini. - Foto Rosdan Wahid
PEGAWAI SPR (dari kiri) Asmuni Ahmad, Mohd Najhan Azman dan Mohd Farid Daud menjawab panggilan pengundi yang menyemak senarai nama melalui talian di Bilik Gerakan SPR menjelang pilihan raya kecil DUN Tenang Ahad ini. - Foto Rosdan Wahid
BENDERA dan poster parti bertanding menghiasi sepanjang jalan Labis-Segamat dekat pekan Labis menjelang Pilihanraya kecil DUN Tenang, 30 Januari ini. - Foto Rosdan Wahid
TIMBALAN Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, bersama calon BN, Mohd Azahar, menemui peniaga di sekitar pekan Labis. - Foto Mohd Yusni Ariffin
PENDUDUK Tenang terutama peneroka FELDA ceria kerana harga getah kini tinggi, sekali gus meningkat pendapatan mereka. - Foto Zain Ahmed
CERAMAH PAS di Kampung Air Panas, Labis, tidak mendapat sambutan apabila hanya beberapa penduduk menghadirinya. - Foto NSTP
BERLAKU kekecohan antara petugas jentera parti Pakatan Rakyat semasa pegawai Penguatkuasa Majlis Daerah Labis hendak menurunkan bendera dan kain rentang parti yang tidak bertanding di dalam pilihan raya kecil DUN Tenang di Pekan Labis. - Foto Rosdan Wahid
CALON PAS, Normala Sudirman, sempat membaca akhbar Berita Harian di pejabat DAP Labis walaupun sibuk berkempen seharian. - Foto Nurul Shafina Jemenon
PEGAWAI Pengurus Pilihan Raya, Mohd Asri Amir, berbincang sesuatu dengan Penguatkuasa Pilihan Raya Kecil DUN Tenang di Majlis Daerah Labis mengenai tindakan yang boleh diambil terhadap parti yang melanggar peraturan semasa kempen pilihan raya kecil DUN Tenang. - Foto Rosdan Wahid
PEGAWAI Penguatkuasa Majlis Daerah Labis menurunkan bendera dari parti DAP yang tidak bertanding di dalam Pilihan Raya Kecil DUN Tenang di pekan Labis. - Foto Rosdan Wahid
CALON Pilihan Raya Kecil DUN Tenang dari PAS, Normala Sudirman (kanan) bermesra bersama dengan kanak-kanak yang membawa bendera PAS di pekan Labis. - Foto Nurul Shafina Jemenon
CALON Pilihan Raya Kecil DUN Tenang dari PAS, Normala Sudirman (kanan) bermesra bersama dengan penduduk di premis pekan Labis. Foto Nurul Shafina Jemenon
TIMBALAN Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin (kiri) bersama calon Barisan Nasional , Mohd Azahar Ibrahim (dua kiri) ketika minum bersama orang ramai di Restoran Ramalan di pekan Labis sempena Pilihan Raya Kecil DUN Tenang. - Foto Mohd Yusni Ariffin
ANGGOTA polis bertugas di dalam Balai Polis Bergerak di Dataran Labis sempena Pilihan Raya Kecil DUN Tenang. - Foto Sairien Nafis
CALON PAS, Normala Sudirman (dua dari kiri), bermesra bersama penduduk di Pekan Labis. - Foto Nurul Shafina Jemenon
ANGGOTA keselamatan membuat rondaan sekitar Kampung Sawah Baru menjelang Pilihan Raya Kecil DUN Tenang. - Foto Rosdan Wahid
CALON PAS, Normala Sudirman (kiri) bermesra bersama dengan penduduk di premis Pekan Labis. - Foto Nurul Shafina Jemenon
MENTERI Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman melihat calon BN, Mohd Azahar Ibrahim, menunjukkan bakat menyanyi lagu Tahun Baru Cina ketika bertemu pengundi Cina di SRJK (C) Labis, malam tadi. - Foto Mohd Fadli Hamzah
CALON Barisan Nasional (BN), Mohd Azahar Ibrahim bersama isteri Tuty Roshizana Tumin (dua dari kanan) beramah mesra dengan penduduk dan peniaga ketika singgah ke Pasar Tani Labis di Dataran Labis, hari ini. Turut hadir Anggota Parlimen Labis Chua Tee Yong (belakang, kanan) - Foto Bernama
PETUGAS Barisan Nasional membuat persiapan memasang bendera di sekitar Kampung Contoh berhampiran Stesen Keretapi Tenang menjelang pilihan raya kecil DUN Tenang. - Foto Rosdan Wahid
SEPASANG suami isteri melihat panorama di Pekan Tenang Stesen ketika melintasi jejantas yang dipenuhi bendera dan poster parti bertanding menjelang pilihan raya kecil DUN Tenang. - Foto Rosdan Wahid
MENTERI Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Shafie Apdal, menunjukkan risalah palsu yang diedarkan di Kampung Lembah Bakti, Tenang Stesen di Labis, semalam. Risalah berkenaan bertulis "Kami Penyokong Linda Tidak Akan Menyokong Tok Ai Sebagai Calon. BN Tolak Wanita. Kelab Wanita Veteran BN Labis". - Foto BERNAMA
MENTERI Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Shafie Apdal, bersama masyarakat Orang Asli yang menerima kunci rumah Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) pada majlis Ramah Mesra dengan Masyarakat Orang Asli Ulu Juaseh di Labis, semalam. - Foto BERNAMA
CALON BN, Mohd Azahar Ibrahim, dan Presiden MCA, Datuk Chua Soi Lek, mengagihkan poster dan limau kepada pengundi di Pasar Awam Labis hari ini. - Foto Zain Ahmed
CALON BN, Mohd Azahar Ibrahim, sempat membaca Berita Minggu ketika bertemu dangan pengundi di Pasar Awam Labis. - Foto Zain Ahmed
CALON BN, Mohd Azahar Ibrahim (dua dari kiri), bersalam dan beramah mesra dengan penduduk FELDA Tenang ketika hadir memperkenalkan diri di majlis Program Bersama Rakyat FELDA Tenang. - Foto Mohd Yusni Ariffin
KETUA Wanita UMNO Labis, Haslinda Salleh (tengah), menunjukkan risalah palsu yang disebarkan menggunakan namanya selepas membuat laporan di Balai Polis Labis, hari ini. Turut hadir Ketua Wanita UMNO Johor, Senator Sharifah Azizah Syed Zain (kanan), serta ahli jawatankuasa wanita bahagian dan pusat. - Foto Hasan Ismail
CALON PAS, Normala Sudirman (dua dari kanan), bersama Ahli Parlimen Cheras, Tan Kok Wai, Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar, dan Pengarah Pilihan Raya PAS DUN Tenang, Salahuddin Ayub, membuat lakaran perkataan Mandarin "huaan" yang bermaksud ubah. - Foto Nurul Shafina Jemenon
CALON PAS, Normala Sudirman, bersama Ahli Parlimen Cheras, Tan Kok Wai (kiri), membuat lakaran perkataan Mandarin "huaan" yang bermaksud ubah. - Foto Nurul Shafina Jemenon
PETUGAS PAS membuat persediaan bagi memasang bendera di pekan Labis sempenan kempen pilihan raya kecil DUN Tenang. - Foto Sairien Nafis
BENDERA parti bertanding menghiasi pekan Labis menjelang pilihan raya kecil DUN Tenang. - Foto Rosdan Wahid
BENDERA Barisan Nasional berkibar yang berhampiran dilaluan Keretapi Tanah Melayu (KTM) di pekan Labis bagi memeriahkan suasana Pilihan Raya Kecil DUN Tenang. - Foto Mohd Fadli Hamzah
BENDERA dan poster Barisan Nasional menghiasi sepanjang jalan Kampung Sungai Gatom pada Pilihan Raya Kecil DUN Tenang. - Foto Sairien Nafis
CALON Barisan Nasional, Mohd Azahar Ibrahim (empat dari kanan) bersama isterinya, Tuty Roshizana Tumin (tiga dari kanan) serta penduduk kampung Tenang melawat makam Tok Tenang iaitu pengasas Kampung Tenang dan juga asal usul keturunannya selepas penaman calon Pilihan Raya Kecil DUN Tenang di Labis. - Foto Zain Ahmed
CALON Barisan Nasional, Mohd Azahar Ibrahim (dua dari kanan) tersempak dengan ahli Angkatan Muda Keadilan, Badarulhisham Saharin ketika melawat dan bertemu pengundi di Kampung Tenang bersama isteri Tuty Roshizana Tumin (tigar dari kanan) selepas penaman calon Pilihan Raya Kecil DUN Tenang di Labis. - Foto Zain Ahmed
PENYOKONG PAS turut membawa anak-anak ke pusat penamaan calon di Majlis Daerah Labis sebagai tanda sokongan kepada calon yang bertanding. - Foto Nurul Shafina Jemenon
ANGGOTA polis yang bertugas pada hari penamaan calon di Majlis Daerah Labis. - Foto Sairien Nafis
GELAGAT Puteri Umno sekitar hari penamaan calon di Majlis Daerah Labis. - Foto Sairien Nafis
GELAGAT penyokong Pakatan Rakyat semasa menunggu proses penamaan calon di Majlis Daerah Labis. - Foto Nurul Shafina Jemenon
GAYA seorang penyokong PAS yang turut mengiringi calon ke pusat penamaan calon di Majlis Daerah Labis. - Foto Mohd Yusni Ariffin
CALON BN, Mohd Azahar Ibrahim, dan calon PAS, Normala Sudirman, bersama pasangan serta pemimpin parti masing-masing selepas proses penamaan calon di pejabat Majlis Daerah Labis. - Foto Zulkarnain Ahmad Tajuddin
TUTY Roshizana Tumin, isteri calon BN, Mohd Azahar Ibrahim, membantu mengelap peluh sebaik tiba di pusat penamaan calon di Majlis Daerah Labis. - Foto Zulkarnain Ahmad Tajuddin
PENYOKONG BN berkumpul di hadapan bilik gerakan MCA Labis untuk mengiringi Mohd Azahar Ibrahim ke pusat penamaan calon di Majlis Daerah Labis. - Foto Mohd Fadli Hamzah.
PENYOKONG PAS yang hadir mengiringi calon ke pusat penamaan calon di Majlis Daerah Labis. - Foto Mohd Yusni Ariffin
TIMBALAN Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin, sempat berbual dengan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, semasa proses penamaan calon di pejabat Majlis Daerah Labis. - Foto Zulkarnain Ahmad Tajuddin
PENGAWAI Pengurus Pilihan Raya, Md Asri Amir umum pencalonan Normala Sudirman dari PAS dan Calon Barisan Nasional, Mohd Azahar Ibrahim di pusat penamaan calon bagi Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang di Majlis Daerah Labis. - Foto BHOnline
CALON BN, Mohd Azahar Ibrahim, 39, dan calon PAS, Normala Sudirman, 38, melambaikan tangan kepada jurugambar selepas menyerahkan borang pencalonan masing-masing bagi pilihan raya kecil DUN Tenang di pusat pencalonan di Majlis Daerah Labis. - Foto BERNAMA
TIMBALAN Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, mengiringi calon BN, Mohd Azahar Ibrahim, berarak ke pusat penamaan calon di pejabat Majlis Perbandaran Daerah Labis pada pilihan raya kecil DUN Tenang pagi ini. - Foto Sairien Nafis
CALON PAS, Normala Sudirman, diiringi ahli keluarganya berada di pusat penamaan calon di pejabat Majlis Daerah Labis, sebentar tadi. - Foto BH Online
TIMBALAN Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, bersama Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman, dan calon BN, Mohd Azhar Ibrahim, beramah mesra dengan bekas Ketua Kampung Tenang, Abdul Rahim Othman, 74, selepas menunaikan solat Jumaat di Masjid Darul Iman Kampung Tenang ketika melawat kawasan itu. - Foto Mohd Fadli Hamzah
PONDOK polis sementara disediakan di seluruh kawasan DUN Tenang supaya keselamatan penduduk dan orang ramai lebih terjamin menjelang pilihan raya kecil DUN Tenang. - Foto Rosdan Wahid
PENGERUSI SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof, bersama Pegawai Pengurus Pilihan Raya, Md Asri Amir, ketika meninjau pusat penamaan calon pilihan raya kecil DUN Tenang di pejabat Majlis Daerah Labis, hari ini. - Foto Rosdan Wahid
MOHD Azahar Ibrahim diumumkan sebagai calon BN bagi pilihan raya kecil DUN Tenang pada majlis di Pejabat UMNO Bahagian Labis, Johor. - Foto Zulkarnain Ahmad Tajuddin
MOHD Azahar Ibrahim dan isteri, Tuty Roshizana Tumin, bergambar bersama pemimpin BN Labis selepas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, mengumumkan beliau sebagai calon BN untuk pilihan raya kecil DUN Tenang di Rumah UMNO Labis, Johor. - Foto Zulkarnain Ahmad Tajuddin
PEGAWAI SPR membawa kertas undi sambil diiringi anggota polis trafik bersenjata tiba di Bilik Gerakan SPR di Majlis Daerah Labis malam tadi untuk disemak Ketua Tempat Mengundi. Seramai 14,753 pengundi termasuk pengundi pos bakal menunaikan tanggungjawab mereka pada pilihan raya kecil DUN Tenang. - Foto Rosdan Wahid
CALON BN bagi DUN Tenang (kiri) , Mohd Azahar Ibrahim beramah mesra dengan orang ramai ketika menghadiri majlis Thaipusam di Kuil Sri Subramaniar, di Labis, malam tadi. - Foto BERNAMA
PERDANA Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berucap sambil memegang risalah “105 Pembaharuan oleh Perdana Menteri" di Kampung FELDA Chemplak dekat Labis. - Foto Sairien Nafis
PERDANA Menteri, Datuk Seri Najib Razak, melihat warga peneroka, Jamal Saamin, 62, melayari internet selepas pelancaran Pusat Jalur Lebar di FELDA Chemplak Barat sempena lawatan beliau. - Foto Zain Ahmed
PERDANA Menteri, Datuk Seri Najib Razak, disambut Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman, ketika membuat lawatan ke FELDA Chemplak, Chemplak Barat dan Tenang. - Foto Rosdan Wahid
PRESIDEN PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail (kiri), bersama Normala Sudirman (tiga dari kiri) yang diumumkan sebagai calon PAS untuk pilihan raya kecil DUN Tenang pada majlis di Dataran Wayang Pacak Labis Segamat. - Foto Shahrul M Zain
KETUA Dewan Muslimah PAS Labis, Normala Sudirman, bersama Presiden PKR, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail, ketika diumumkan sebagai calon PAS untuk bertanding pilihan raya kecil DUN Tenang. - Foto Shahrul M Zain
SEBANYAK 26 pondok polis yang dikendalikan dua anggota pada setiap masa disediakan untuk orang ramai membuat laporan dan aduan di sekitar pekan Labis sepanjang kempen pilihan raya kecil DUN Tenang. - Foto Shahrul M Zain
KETUA Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar, diiringi Ketua Polis Johor, Datuk Mokhtar Mohd Shariff, meninjau kemudahan dan persiapan pasukan keselamatan sempena pilihan raya kecil DUN Tenang di Balai Polis Labis. - Foto Shahrul M Zain
ANGGOTA keselamatan mengawal pintu utama pejabat Majlis Daerah Labis ketika pegawai dan petugas SPR menyemak kertas undi pos sebelum menyerahkannya kepada pegawai yang bertanggungjawab untuk proses undi pos petang ini. Seramai 119 pengundi pos terdiri daripada petugas SPR dan anggota polis termasuk anggota yang berada di luar terbabit dalam proses itu. - Foto Rosdan Wahid
Hak Cipta Terpelihara 2012 - Berita Harian - The New Straits Times Press (Malaysia) Berhad Emel kami sebarang maklumbalas.
Resolusi paparan terbaik untuk laman web ini adalah 1024 x 768