PERDANA Menteri, Datuk Seri Najib Razak bersama Datin Seri Rosmah bertanya khabar kepada mangsa tanah runtuh, Mohd Syafiq Ibrahim (duduk kerusi roda), dan Mohd Harris Izzudin (atas katil), semasa lawatan ke Hospital Ampang. - Foto Ahmad Irham Mohd Noor
PERDANA Menteri, Datuk Seri Najib Razak bersama Datin Seri Rosmah bertanya khabar kepada mangsa tanah runtuh Muhammad Alaudeen Safri semasa lawatan ke Hospital Ampang. - Foto Ahmad Irham Mohd Noor
ISTERI Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah menyampaikan sumbangan Bakti kepada YDP Persatuan Anak-Anak Yatim Malaysia, Dr. Idris Musa (kiri) ketika hadir meninjau lokasi kejadian tanah runtuh di Rumah Anak Yatim dan Anak Hidayah Madrasah At-Taqwa, Kampung Sungai Gahal, Hulu Langat. - Foto Abdullah Yusof
ISTERI Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah memeluk adik Mujahid Azam, 8, yang terselamat dari kejadian tanah runtuh di Rumah Anak-Anak Yatim dan Anak-Anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa yang ranap akibat tanah runtuh Sabtu lepas di Kampung Sungai Gahal. Turut hadir isteri Timbalan Perdana Menteri, Puan Sri Noorainee (kanan). - Foto BERNAMA
PERDANA Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isteri Datin Seri Rosmah beramah mesra dengan anak-anak yatim. Turut bersama, isteri Timbalan Perdana Menteri, Puan Sri Noorainee ketika hadir meninjau lokasi kejadian tanah runtuh di Rumah Anak Yatim dan Anak Hidayah Madrasah At-Taqwa, Kampung Sungai Gahal, Hulu Langat. - Foto Abdullah Yusof
DATUK Seri Najib Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah meninjau lokasi kejadian tanah runtuh di Rumah Anak Yatim dan Anak Hidayah Madrasah At-Taqwa, Kampung Sungai Gahal, Hulu Langat. - Foto Effendy Rashid
DATUK Seri Najib Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah meninjau lokasi kejadian tanah runtuh di Rumah Anak Yatim dan Anak Hidayah Madrasah At-Taqwa, Kampung Sungai Gahal, Hulu Langat. - Foto Effendy Rashid
PERDANA Menteri, Datuk Seri Najib Razak meninjau lokasi kejadian tanah runtuh di Rumah Anak Yatim dan Anak Hidayah Madrasah At-Taqwa, Kampung Sungai Gahal, Hulu Langat. - Foto Abdullah Yusof
SULTAN Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah memberi sumbangan kepada mangsa tanah runtuh di Hulu Langat , Mohd Kahirul Anuar, 9, di Hospital Ampang, hari ini. Turut hadir, isteri Timbalan Perdana Menteri, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman (kanan) dan Menteri Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil (tengah). - Foto BERNAMA
SALAH seorang mangsa yang terselamat (kiri) ditemani ibunya, sempat memandang ke arah kediaman yang mengorbankan 16 rakannya dalam kejadian tanah runtuh di Rumah Anak Yatim Al-Taqwa, Batu 14, Hulu Langat, hari ini. - Foto BERNAMA
SITI Nur Ain Safri, tidak dapat menahan sedih ketika mendengar cerita dari adiknya, Mohd Alauddin Safri, mangsa kejadian tanah runtuh yang meranapkan asrama Persatuan Anak Yatim Malaysia di Batu 14, Hulu Langat, bertemu ketika ditempatkan di Hospital Ampang, selepas 11 tahun berpisah. - Foto Zulfadhli Zulkifli
SULTAN Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menyampaikan sumbangan kepada salah seorang waris mangsa, Azhari Mat Selek di Kampung Sungai Gahal, Hulu Langat. - Foto Sairien Nafis
ISTERI Timbalan Perdana Menteri, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman bersama Menteri Pembangunan Wanita dan Keluarga, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jali (kiri) dan Timbalan Menteri Pembangunan Wanita Dan Keluarga, Datuk Heng Seai Kie (kanan), melawat mangsa kejadian tanah runtuh yang meranapkan asrama Persatuan Anak Yatim Malaysia di Batu 14, Hulu Langat di Hospital Ampang. - Foto Zulfadhli Zulkifli
KAKITANGAN Majlis Daerah Hulu Langat memunggah kanopi bagi menutup kawasan kejadian tanah runtuh yang menimpa Rumah Anak Yatim Al-Taqwa, Batu 14, Hulu Langat, hari ini. - Foto BERNAMA
SULTAN Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah diiringi Ketua Polis Selangor, Datuk Tun Hisan Tun Hamzah (kiri) berangkat meninjau lokasi kejadian tanah runtuh di Rumah Anak Yatim dan Anak Hidayah Madrasah At-Taqwa, Kampung Sungai Gahal, Hulu Langat hari ini. - Foto Sairien Nafis
MAYAT mangsa terakhir yang berjaya dibawa keluar daripada lokasi kejadian tanah runtuh yang meranapkan asrama Persatuan Anak Yatim Malaysia di Batu 14, Hulu Langat jam 5.35 pagi tadi. - Foto Zulfadhli Zulkifli
SEBAHAGIAN daripada waris mangsa melihat mayat untuk dikenalpasti setelah di bawa keluar dari lokasi kejadian tanah runtuh di Rumah Anak Yatim dan Anak Hidayah Madrasah At-Taqwa di Kampung Sungai Gahal, Hulu Langat. - Foto Zulfadhli Zulkifli
SEBAHAGIAN daripada waris mangsa melihat mayat untuk dikenalpasti selepas dibawa keluar dari lokasi kejadian tanah runtuh di Rumah Anak Yatim dan Anak Hidayah Madrasah At-Taqwa di Kampung Sungai Gahal, Hulu Langat. - Foto Mohd Khairul Helmy
PEMANDANGAN bahagian dalam bangunan lokasi tragedi tanah runtuh di Rumah Anak Yatim dan Anak Hidayah Madrasah At-Taqwa, Kampung Sungai Gahal, Hulu Langat yang rosak teruk dengan dipenuhi tanah dan batu daripada sisa runtuhan. - Foto Zulfadhli Zulkifli
TIMBALAN Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin meninjau lokasi tragedi tanah runtuh di Rumah Anak Yatim dan Anak Hidayah Madrasah At-Taqwa di Kampung Sungai Gahal, Hulu Langat, malam tadi. Dalam tinjauan itu, Muhyiddin mengumumkan bantuan kerajaan sebanyak RM10,000 kepada keluarga mangsa tragedi itu. - Foto Sairien Nafis
PASUKAN penyelamat memberikan rawatan kepada mangsa tanah runtuh di Rumah Anak Yatim dan Anak Hidayah Madrasah At-Taqwa di Kampung Sungai Gahal, Hulu Langat. - Foto Aizuddin Saad
PENDUDUK kampung membantu mengusung seorang penghuni yang cedera dalam kejadian tanah runtuh menimpa mangsa Rumah Anak Yatim dan Anak Hidayah Madrasah At-Taqwa di Kampung Sungai Gahal, Hulu Langat. - Foto BERNAMA
ANGGOTA Bomba dan Penyelamat bekerjasama dengan penduduk kampung dalam operasi mencari dan menyelamat mangsa tanah runtuh di Rumah Anak Yatim dan Anak Hidayah Madrasah At-Taqwa di Kampung Sungai Gahal, Hulu Langat. - Foto BERNAMA
PASUKAN penyelamat mengeluarkan mangsa tanah runtuh di Rumah Anak Yatim dan Anak Hidayah Madrasah At-Taqwa di Kampung Sungai Gahal, Hulu Langat. - Foto Aizuddin Saad
PASUKAN penyelamat mengeluarkan mangsa tanah runtuh di Rumah Anak Yatim dan Anak Hidayah Madrasah At-Taqwa di Kampung Sungai Gahal, Hulu Langat. - Foto Aizuddin Saad
PASUKAN penyelamat mengusung mangsa yang berjaya dikeluarkan dari timbunan
tanah runtuh di Rumah Anak Yatim dan Anak Hidayah Madrasah At-Taqwa di Kampung
Sungai Gahal, Hulu Langat. - Foto Rosli Rahmat
PASUKAN penyelamat mengusung mangsa yang berjaya dikeluarkan dari timbunan
tanah runtuh di Rumah Anak Yatim dan Anak Hidayah Madrasah At-Taqwa di Kampung
Sungai Gahal, Hulu Langat. - Foto BERNAMA
ORANG ramai turut hadir bagi mengikuti kejadian tanah runtuh di Rumah Anak Yatim dan
Anak Hidayah Madrasah At-Taqwa di Kampung Sungai Gahal, Hulu Langat. - Foto Yazit
Razali
KEJADIAN tanah runtuh di Rumah Anak Yatim dan Anak Hidayah Madrasah At-Taqwa di
Kampung Sungai Gahal, Hulu Langat. - Foto Yazit Razali
PERGERAKAN tanah kelihatan ketika hujan lebat dalam tragedi tanah runtuh di Rumah
Anak Yatim dan Anak Hidayah Madrasah At-Taqwa di Kampung Sungai Gahal, Hulu Langat. - Foto Yazit Razali
KEJADIAN tanah runtuh di Rumah Anak Yatim Al-Takwa FELCRA Semungkis, di Hulu
Langat. - Foto Sairien Nafis
SUASANA sekitar Rumah Persatuan Anak-anak Yatim Malaysia ketika operasi
menyelamat kanak-kanak yang tertimbus dalam kejadian tanah runtuh di Kampung
Sungai Gahal di Hulu Langat. - Foto BERNAMA
MANGSA tragedi tanah runtuh dihantar ke Hospital Ampang. - Foto Yong Chee Choong
MANGSA tragedi tanah runtuh, Mohd Khairul Annuar, 9, dihantar ke Hospital Ampang. -
Foto Yong Chee Choong
SUASANA hiba ketika melihat jenazah rakan mereka yang terbabit dalam tragedi tanah
runtuh Rumah Anak Yatim dan Anak Hidayah Madrasah At-Taqwa. - Foto Rosli Rahmat
SUASANA hiba selepas melihat jenazah mangsa tanah runtuh Rumah Anak Yatim dan
Anak Hidayah Madrasah At-Taqwa. - Foto Rosli Rahmat
SUASANA hiba ketika melihat jenazah mangsa tanah runtuh Rumah Anak Yatim dan
Anak Hidayah Madrasah At-Taqwa. - Foto Rosli Rahmat
SUASANA ketika bantuan kepada mangsa runtuh sedang dilakukan. - Foto Rosli Rahmat
SUASANA ketika bantuan kepada mangsa runtuh sedang dilakukan. - Foto Rosli Rahmat
MANGSA dirawat selepas dibawa keluar dari tempat kejadian tanah runtuh. - Foto Rosli
Rahmat
MANGSA tanah runtuh di Rumah Anak Yatim dan Anak Hidayah Madrasah At-Taqwa di Kampung Sungai Gahal, Hulu Langat diberi bantuan. - Foto Aizuddin Saad
KEJADIAN tanah runtuh yang meranapkan asrama Rumah Anak Yatim dan Anak Hidayah Madrasah At-Taqwa di Kampung Sungai Gahal, Hulu Langat. - Foto Aizuddin Saad
MANGSA tanah runtuh di Rumah Anak Yatim dan Anak Hidayah Madrasah At-Taqwa di
Kampung Sungai Gahal, Hulu Langat diberi bantuan. - Foto Yazit Razali
MANGSA dirawat selepas dibawa keluar dari tempat kejadian tanah runtuh. - Foto Yazit Razali
MANGSA kejadian tanah runtuh diselamatkan. - Foto Aizuddin Saad
MANGSA kejadian tanah runtuh diselamatkan. - Foto Aizuddin Saad
KEADAAN Rumah Anak Yatim Al-Takwa, FELCRA Semungkis, Batu 14, Hulu Langat,
Kajang, dalam kejadian tanah runtuh. - Foto Yazit Razali
KEADAAN Rumah Anak Yatim Al-Takwa, FELCRA Semungkis, Batu 14, Hulu Langat,
Kajang, dalam kejadian tanah runtuh. - Foto Aizuddin Saad
PENGHUNI Rumah Anak Yatim Al-Takwa, FELCRA Semungkis dirawat selepas dibawa
keluar dari tempat kejadian tanah runtuh di Kajang. - Foto BH Online
KEADAAN Rumah Anak Yatim Al-Takwa, FELCRA Semungkis, Batu 14, Hulu Langat,
Kajang, dalam kejadian tanah runtuh, hari ini. Laporan awal sebelum ini menyebut,
kira-kira 20 hingga 30 penghuni rumah anak yatim itu dipercayai tertimbus dalam
kejadian tanah runtuh pada jam 2.20 petang tadi. - Foto Yazit Razali
Hak Cipta Terpelihara 2012 - Berita Harian - The New Straits Times Press (Malaysia) Berhad Emel kami sebarang maklumbalas.
Resolusi paparan terbaik untuk laman web ini adalah 1024 x 768