LAFAZ ikrar taat setia oleh Pergerakan Pemuda Barisan Nasional Sarawak pada majlis merai kemenangan Barisan Nasional dalam pilihan raya Sarawak ke-10 di Dataran Pehin Setia Raja Mukah, malam tadi. - Foto Nadim Bokhari
Apr 30, 2011 9:11 am
KETUA Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud serta isteri Puan Sri Ragad Al Kurdi Taib memotong kek sebagai simbolik perasmian majlis merai kemenangan Barisan Nasional dalam pilihan raya Sarawak ke-10 di Dataran Pehin Setia Raja di Mukah, malam tadi. Turut di saksikan oleh Timbalannya, Tan Sri Alfred Jabu serta Presiden parti komponen Barisan Nasional. - Foto Nadim Bokhari
Apr 30, 2011 9:09 am
TUAN Yang Terutama Negeri Sarawak, Tun Abang Muhammad Salahuddin Abang Barieng menyampaikan watikah perlantikan sebagai Ketua Menteri Sarawak kepada Tan Sri Abdul Taib Mahmud selepas Barisan Nasional (BN) memenangi Pilihan Raya Dewan Undangan Negeri Sarawak di Astana Negeri di Kuching, malam tadi. - Foto BERNAMA
Apr 17, 2011 12:23 am
PETUGAS SPR, Ramlan Hussen menutup pintu pagar selepas tamat waktu membuang undi bagi DUN Piasau, jam 5 petang tadi di Sekolah Kebangsaan Sayed Othman. - Foto Afendi Mohamed
Apr 16, 2011 5:48 pm
TIMBALAN Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bertemu para pengundi sambil diperhatikan oleh calon Barisan Nasional (BN) kawasan Satok, Datuk Seri Abang Johari Tun Openg di Sekolah Datu Merpati Jepang sempena pilihan raya negeri Sarawak ke-10 di Kuching, hari ini. - Foto BERNAMA
Apr 16, 2011 5:06 pm
KEKECOHAN berlaku di pusat pembuangan undi di Dewan Datuk Merpati Jepang, Satok, Kuching, pagi tadi apabila beberapa individu yang mendakwa diri mereka ejen tempat mengundi dipercayai dari pembangkang cuba mencetuskan provokasi. - Foto Mohd Fadli Hamzah
Apr 16, 2011 5:04 pm
KETUA Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud membuang undi di Dewan Datu Merpati Jepang bagi Pilihan Raya Sarawak ke-10, hari ini. - Foto Mohd Fadli Hamzah
Apr 16, 2011 1:29 pm
KETUA Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud menunggu giliran sebelum membuang undi di Sekolah Kebangsaan (SK) Merpati Jepang, Kuching, sebentar tadi. - Foto BH Online
Apr 16, 2011 1:03 pm
CALON BN N47 Dun Bawang Assan, Datuk Wong Soon Koh (baru biru), bersama isteri Datin Seri Leong Poh Ling (kanan), bersalam dengan Setiausaha Agung Dap, Lim Guan Eng sambil diperhatikan lawannya, calon DAP, Alice Lau Kiong Yieng (tiga dari kanan), ketika tiba di perkarangan Sekolah Jenis Kebangsaan Chung Hua, Sibu untuk membuang undi dalam Pilihanraya Negeri Sarawak 2011, pagi ini. - Foto Ikhwan Munir
Apr 16, 2011 11:52 am
KETUA Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud diiringi calon BN DUN Satok, Datuk Amar Abang Johari Tun Openg ketika hadir di Sekolah Kebangsaan Merpati Jepang, Kuching, hari ini.
Apr 16, 2011 11:52 am
MENTERI Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein mengiringi calon BN DUN Satok, Datuk Amar Abang Johari Tun Openg ketika membuat lawatan di pusat pengundian Sekolah Kebangsaan Merpati Jepang, pagi ini. - Foto BH Online
Apr 16, 2011 11:01 am