login|daftar
BH Facebook Komuniti ↓
WAKTU SOLAT Kuala Lumpur
SUBUH
ZUHUR
ASAR
MAGHRIB
ISYAK
 
SMS waktu solat
... kawasan lain
Khamis , 20 Jun 2013
bullet Set BH sebagai Laman Utama bullet Arkib Berita : Seminggu | Sejak 1991
PILIHAN ENJIN CARIAN
BH TwitterBH Facebook
Dekor
  • Rumah ideal Galeri Foto

    MENJEJAKI segenap ruang kediaman semi D yang terletak di Kota Kemuning, Shah Alam ini, pemiliknya, Tony Lai Chee Hong nyata mempunyai prinsip menghias serta pandangan berbeza. Ketika majoriti masyarakat China berpegang kuat dengan amalan serta ajaran fengshui, Tony sebaliknya tegas dengan pendirian menata hias perlu didorong cita rasa, elemen praktikal serta keperluan ruang. [+]

  • Perabot ikonik Galeri Foto

    KLASIK, moden dan kontemporari. Semua elemen ini berhimpun di bawah satu bumbung di Da Vinci, Bukit Timah, Singapura. Dipamerkan di lebih 20 ruang dalam gedung bertingkat itu, ilham membawa masuk rekaan perabot jenama Itali serta Amerika Syarikat (AS) yang mengagumkan dan berprestij itu muncul berikutan kejayaan penganjuran Milan Fair 2012. [+]

  • Ilham Inggeris Galeri Foto

    MENELITI perhiasan kediamannya, lantas penulis terkenang kisah dongeng kanak-kanak Inggeris, Hensel & Gretel. [+]

  • Rumah gaya hotel

    SAIFUL Nizam Kamal Ariffin tidak mempunyai latar pendidikan khusus dalam seni hiasan dalaman. Namun menyeluruhi kondominiumnya di Jalan Kuching, Kuala Lumpur, gaya penataan dipersembahkan seolah-olah mendapat sentuhan serta garapan pereka dalaman tersohor. [+]

  • Pesona foto mural

    BAGI individu yang tidak suka menyemak dinding dengan perhiasan, boleh beralih kepada kertas dinding sebagai penyeri ruang. [+]

  • Ruang keluarga Galeri Foto

    BAGI yang sudah menonton filem Bujang Terlajak dan telefilem Langit Lazuardi yang ditayangkan di TV9, mungkin boleh mengecam kediaman semi-D yang terletak di Bukit Jelutong, Shah Alam, ini. [+]

  • Seni antik Galeri Foto

    KETIKA muncul pemenang mingguan Pertandingan Rumah Idaman Berita Minggu, dua tahun lalu, Norella Mohd Ali, 43, belum menjadi pengumpul antik mutlak. [+]

  • Syurga rumah Galeri Foto

    MENGHIAS kediaman bukan bererti hanya ruang tamu menjadi keutamaan. Ruang peribadi seperti bilik tidur juga perlu diberikan perhatian lebih-lebih lagi sepertiga daripada hidup seseorang itu dihabiskan di kamar peraduan. [+]

  • Mahligai cinta Galeri Foto

    DI Eropah, warna putih dianggap sebagai sesuatu yang menenangkan, dingin dan abadi kerana dikaitkan dengan kemulusan kepingan salji. Rona putih turut melambangkan kesucian dan permulaan fasa hidup baru. [+]

  • Ruang tonton Galeri Foto

    TELEVISYEN sering menjadi titik fokus ruang berikutan diletakkan di tempat strategik atau sudut yang boleh ditonton semua orang. Disebabkan fungsinya yang begitu penting, tidak wajar mengambil mudah atur letak televisyen terutama yang membabitkan televisyen plasma gergasi. [+]

  • Santuari romantik Galeri Foto

    TIMBUL pertanyaan dalam hati penulis tatkala melihat perabot besar pilihan tuan rumah, Shimanorhiza Shamsudin dalam menghias pangsapuri comelnya. [+]

  • Seni Bumi Kenyalang

    HASIL bumi andai dimanfaat sepenuhnya bukan saja membantu menjana pendapatan, malah berupaya dijadikan produk warisan bangsa. Selain selamat serta mesra alam kerana menggunakan bahan semula jadi, nilai estetika serta artistik sesuatu penghasilan lebih menjadi daya tarikan kala membeli. [+]

  • Detik abadi Galeri Foto

    TIDAK lama lagi, cuti sekolah kembali dan sudah menjadi lumrah, ramai keluarga bakal pengantin memilih waktu ini untuk mengadakan majlis perkahwinan. Kepayahan serta penat-jerih menyiapkan majlis yang mengambil masa berbulan-bulan bagai lesap di angin lalu tatkala rekaan pelamin dipuji tetamu, susun atur meja pengantin meraih perhatian orang, bahkan barangan sekecil bunga telur juga menjadi bualan umum. [+]

  • Ekspresi Chef Ismail Galeri Foto

    KELAZATAN hasil air tangannya tiada tara, membuka selera dan memikat jiwa. Disangkakan personaliti ini hanya hebat di dapur, rupa-rupanya chef yang terkenal dengan ramah-tamah ini, Datuk Ismail Ahmad turut dikurniakan bakat menghias rumah. [+]

  • Hias suai padan

    SELAMA bertahun menyewa di rumah teres didudukinya, Siti Nazwaty Mohamad, 38, atau lebih mesra dengan panggilan Azwa, jenuh memujuk hati menahan hasrat melakukan pengubahsuaian sekalipun keperluan mendapatkan rumah selesa dirasakan sangat mendesak ketika itu. [+]

  • Idea dekor famili

    KEDIAMAN ini kerap menjadi lokasi penggambaran filem dan drama termasuk produksi terbaru, drama bersiri ‘Tentang Dhia’. Luas disusuli gaya penataan indah mungkin antara faktor yang mendorong pemilihan rumah ini sebagai lokasi penggambaran. [+]

  • Ilham naluri

    KECINTAANNYA terhadap barang antik berputik ketika berkhidmat sebagai pembantu eksekutif kepada seorang lelaki warga Denmark yang bermastautin di Malaysia, kira-kira 10 tahun lalu. [+]

  • Landskap praktikal

    TAHUN silih berganti dan aliran gaya turut berevolusi. Bukan hanya fesyen, malah gaya penataan hias sama ada dalam dan luar kediaman turut berubah sesuai dengan perkembangan semasa serta faktor persekitaran. [+]

  • Inspirasi rona 2012 Galeri Foto

    SELEPAS warna segar Lime Twist (hijau limau kasturi) memukau dunia tahun lalu, ICI ColourFutures kali ini cuba membawa rona merah Tea Dance yang menyuntik semangat optimis dan dinamik. Namun, rona ini juga ada ketikanya secara simbolik mengungkap keganjilan, serius, lembut selain sarat ceritera misteri. [+]

  • Santapan mata

    SELAIN berfungsi melindungi dalam rumah dari luar, dinding adalah pembahagi ruang - baik berciri kekal atau binaan sementara. Binaan bahagian dalam dinding lebih kepada kesempurnaan bahan kemasan serta estetika berbanding di luar. [+]

  • Perkahwinan dalam dusun

    PERKAHWINAN datang sekali seumur hidup, jadi apa perlu dilakukan bagi meraikan detik bahagia itu? Selain berdandan dan berpakaian cantik, lokasi majlis turut menentukan kemeriahan acara yang dianjur. [+]

  • Etika saji - Pembangkit selera Galeri Foto

    ADAB dan tertib gaya di meja bukan satu bebanan jika dirancang mengikut peraturan dan tema majlis. Baik ketika mengelolakan majlis keraian, acara rasmi, minum petang atau sekadar bersarapan lima minit, setiap hidangan memerlukan kelengkapan asas. Ini merangkumi set menghidang dan alas meja selain aksesori sampingan bagi membangkit selera dan cita rasa. [+]

  • Gaya 2012 Galeri Foto

    RASANYA belum terlambat bagi saya mengucapkan selamat tahun baru 2012 kepada semua pembaca dihormati. Semoga tahun ini memberi harapan dan semangat baru bagi semua berusaha mencapai azam yang belum tertunai. [+]

  • Dekor bijak

    HALAMAN sisi kediaman ini cukup luas hingga membolehkan penambahan dapur basah, ruang makan malah bilik anak-anak dibesarkan menjadi selesa. [+]

  • Gaya futuristik Galeri Foto

    "KADANGKALA demi meyakinkan pelanggan, saya perlu menjadikan kediaman sendiri sebagai rumah contoh. [+]

  • Garapan fusion Galeri Foto

    GAYA kediaman fusion mungkin baru bagi masyarakat di Malaysia, namun pengaruhnya sudah berakar umbi di negara Barat. Sekian lama popular dan dipraktikkan di kebanyakan negara di Eropah, kini demam fusion melanda pencinta hiasan dalaman tempatan pula. [+]

  • Fabrik perabot

    PERABOT ruang tamu biasanya menggunakan bahan fabrik bagi membaluti sofa. Bahan yang bukan sekadar menjadi pembalut sofa atau kusyen, sebaliknya turut berperanan memberi keselesaan baik ketika duduk mahu pun bersandar. [+]

  • Motif segar dinding Galeri Foto

    BIASANYA kertas dinding didatangkan dalam pelbagai saiz dan motif namun kertas dinding fabrik kapas diperkenalkan Dina Homes (DH) sedikit berbeza kerana bergantung penuh kepada kreativiti pembeli bagi menentukan ukuran juga coraknya. [+]

  • Estetika jeriji tingkap Galeri Foto

    KEBANYAKAN orang menganggap jeriji tingkap dicipta bagi menjaga keselamatan dan bukannya sebagai sebahagian unsur hiasan. Hakikatnya, di pasaran dijual pelbagai rekaan serta material jeriji khusus memenuhi aneka kategori dan konsep kediaman. [+]

  • Moden Oriental

    BUKAN mudah menyelami atau menterjemahkan cita rasa pelanggan yang pastinya sukar ditelah. Apalagi bidang dekorasi yang bukan sekadar banyak cabangnya, tetapi penataannya pula perlu diiringi dengan kemasan, rona serta aksesori hiasan bersesuaian bagi menterjemah dan menghidupkan gaya idaman. [+]

  • Motif flora Galeri Foto

    "SETIAP bulan RM50 diperuntukkan bagi membeli barangan rumah bertemakan Inggeris. Tak lebih dan tak kurang. Andai perbelanjaan dikhaskan itu membolehkan saya membeli sebuah produk saja, jam dinding misalnya, maka itulah yang dibawa pulang. Namun, sedaya mungkin, akan saya dapatkan seberapa banyak perhiasan khusus menyeri sudut penting kediaman." [+]

  • Motif Manhattan

    SELEPAS SoHo (shop office, home office) yang mendokong budaya bekerja dari rumah, trend kini menyaksikan kediaman banglo pula diubahsuai menjadi ruang pejabat. [+]

  • Aura resort Galeri Foto

    TIDAK kira apa motif kediaman, menyempurnakan tata hiasnya mengundang cabaran tersendiri. Apalagi terutama pangsapuri comel hanya berkeluasan 850 kaki persegi. Halangan pertama pastinya mengutarakan perabot, kemasan yang digauli aksesori menepati keperluan dan luas ruang. [+]

  • Dekor Shabby Chic

    RAHSIA kediaman menawan adalah memiliki keazaman kuat menonjolkan gaya serta konsep disukai, disiplin dalam menjaga serta penyelenggaraannya. Bagi yang berkemampuan pula, cenderung melaburkan sejumlah wang mengupah pereka dalaman khusus menterjemahkan tema dan suasana ruang diimpikan. [+]

  • Setia Inggeris Galeri Foto

    ADA kalanya kita terfikir bagaimana seseorang itu boleh setia dengan satu-satu gaya hiasan atau penataan kediaman. Tidak timbulkah rasa jelak atau jemu jika dikelilingi motif, aksesori dan penataan yang sama dari setahun ke setahun? [+]

  • Inap mewah Galeri Foto

    JEUMPA d’Ramo (JD) - satu nama cukup unik dan indah bagi menggambarkan sebuah banglo inap. Namun, maksud perkataan dalam bahasa Acheh itu dalam bahasa Melayu yang membawa erti bunga cempaka di serambi lebih mengasyikkan didengar, sesuai pesona hiasan dalaman kediaman 18 bilik terletak di kawasan perumahan elit di Jalan Maarof, Bangsar itu. [+]

  • Rona Rome

    SAMBUTAN hangat terhadap gaya kontemporari belum berupaya menyekat minat ramai peminat setia yang terus mengutamakan gaya Inggeris. Revolusi perabotnya yang menyaksikan pengenalan gaya mewah lagi ekslusif terus mengikat minat pengikut di samping menghimpunkan peminat baru membabitkan generasi muda. [+]

  • Serasi jiwa Galeri Foto

    ANDAI dikurniakan jiwa kreatif, tidak perlu sampai membina sebuah banglo untuk menzahirkan kediaman unggul selaras cita rasa. [+]

  • Hitam Merah Hollywood

    BAGI yang berkongsi menyewa rumah, dikurniakan teman serumah memilik hobi serupa iaitu menghias dan mencantikkan kediaman dianggap satu rahmat. Kerjasama bukan saja membabitkan perkongsian wang ringgit bahkan lebih kepada sumbangan pendapat serta ilham hias yang bakal memungkinkan perancangan ruang menarik lagi menepati keperluan sekali gus cita rasa. [+]

  • Aura Americana

    MEMBINA banglo bertunjangkan seni bina Amerika Syarikat sememangnya impian lama dipendam pemiliknya Datin Haniza Yazid atau lebih dikenali sebagai Nani. Semangatnya kian membuak-buak selepas membeli tanah seluas 12,000 ekar di kawasan elit kelab golf ternama di Saujana Impian, Kajang di Selangor. [+]

  • Teratak klasik Galeri Foto

    RAJA Rosly Raja Mazlan atau lebih popular dengan panggilan Pak Engku, mengaku teruja dengan suasana perkampungan namun kecewa tidak dapat menzahirkannya selagi menetap di banglonya di bandar Shah Alam, Selangor. Sebagai mengubat hati, diperuntukkan juga sebahagian lot tanahnya untuk dibina teratak kayu mengutarakan gabungan seni bina dan hiasan dalaman Terengganu, Perlis dan Melaka. [+]

  • Teman sofa

    PERNAHKAH anda bertandang ke rumah jiran, rakan atau saudara ketika Syawal ini dan berasa ‘sakit mata’ melihat gandingan kurang sesuai sofa dan meja kopi serta meja sisinya? Tidak dinafikan, ramai yang sebenarnya kurang menitikberatkan aspek pemilihan meja kopi dan sisi kerana beranggapan aksesori itu bukan keutamaan atau pun disebabkan ia sudah didatangkan sekali dengan pembelian sofa. [+]

  • Pesona polos Galeri Foto

    KEBELAKANGAN ini perabot putih diberi sambutan hangat khususnya dalam kalangan penggemar gaya Inggeris dan mereka menginginkan latar lembut bagi meredakan sarat hiasan dinding, kemasan warna gelap mahupun yang memikirkan putih dilihat cantik dalam pantulan cahaya. [+]

  • Seni dekor raya

    MUSIM perayaan turut menjadi medan suri rumah menguji kepakaran menghias rumah. Namun, persoalannya, apakah tema dan aliran gaya menarik tahun ini? Mengekalkan konsep penataan tahun lalu bukan saja membosankan bahkan menunjukkan tiada ilham segar mampu disajikan bagi menyambut tetamu. [+]

  • Klasik moden Galeri Foto

    APA persamaan proses menghasilkan lagu merdu dan menghias kediaman? Kedua-duanya memerlukan rencah yang sama. Jika kekuatan sesebuah lagu bergantung pada irama dan lirik, keindahan ruang hakikatnya diterjemahkan melalui kreativiti pemilik meneroka estetika hiasan, tidak gentar bermain warna dan bijak memanfaatkan perabot dengan keperluan ruang. [+]

  • Alternatif perabot mewah

    BERTAHUN-tahun lamanya, perabot klasik sering dikaitkan dengan kediaman mewah dan agam. Faktor reka bentuk ekslusif, sarat menyajikan cita rasa mewah selain majoritinya didatangkan dalam ukuran dempak, mudah saja menjadikannya pilihan utama kediaman seumpamanya. [+]

  • Inspirasi Jepun Galeri Foto

    CITA RASA menghias Prof Dr Mohd Fauzi Ramlan tidak sama dengan isterinya, Juraidah Abu Bakar, namun berkat tolak ansur dan muafakat, pasangan ini berupaya menterjemahkan sebarang gaya penataan yang ingin dicuba. [+]

  • Duo elemen Galeri Foto

    IBARAT dua kutub dunia, gaya kontemporari dan Oriental sememangnya payah bersatu. Selain konsep yang kontras, gaya Oriental memuatkan pengaruh serta cita rasa etnik dikatakan tidak serasi digandingkan penataan moden sarat dominasi hitam putih selain kelengkapan dan aksesori kontemporari serta melangkaui zaman. [+]

  • Ilham kaca Galeri Foto

    RUMAH contoh bukan sekadar memberi gambaran kepada bakal pembeli mengenai kediaman idaman, tetapi pada masa sama turut menjadi rujukan mengenai hiasan dalaman yang bersesuaian. Tidak hairanlah, lazimnya rumah contoh itu turut menjadi ‘katalog’ kepada pembeli yang mahu melihat secara dekat jenis penataan, warna dan elemen lain bagi menepati selera atau cita rasa menghiasi kediaman. [+]

  • Hadiah Khas Juri Galeri Foto

    PERTANDINGAN Rumah Idaman 2009 tidak hanya menyediakan ganjaran lumayan kepada pemenang hadiah utama, tiga kedudukan terbaik dan pemenang mingguan, tetapi turut memastikan peserta yang mempunyai bakat menghias, imaginasi tinggi dan memiliki kesungguhan mengindahkan kediaman, tidak pulang dengan tangan kosong. [+]

Untuk sebarang pertanyaan mengenai iklan teks, hubungi muzainy@mediaprima.com.my untuk maklumat lanjut.

Peta Laman

Hak Cipta Terpelihara 2012 - Berita Harian - The New Straits Times Press (Malaysia) Berhad Emel kami sebarang maklumbalas.
Resolusi paparan terbaik untuk laman web ini adalah 1024 x 768 tracker

Kembali ke atas