Saya seorang penghidap multiple sclerosis berusia 28 tahun dan sudah dua tahun mendirikan rumah tangga. Kini saya sedang hamil anak pertama di mana usia kehamilan mencecah tujuh bulan. [+]
ASSALAMUALAIKUM doktor, saya berusia 45 tahun dan sudah menggunakan IUD (alat pencegah kehamilan) selama tiga tahun. Sepatutnya IUD harus dibuka pada Februari lalu namun sehingga kini IUD itu masih belum dibuka. Saya bimbang dengan risiko yang bakal dihadapi sekiranya membuka IUD lewat dari tempoh ditetapkan. [+]
ASSALAMUALAIKUM doktor, saya ibu muda berusia 30-an dan memiliki tiga anak yang sudah meningkat dewasa. Anak pertama dan kedua adalah perempuan berusia 17 dan 16 tahun manakala anak ketiga lelaki berusia 15 tahun. [+]
SAYA sudah dua tahun berkahwin dan mengalami keguguran sebanyak tiga kali berturut-turut tahun lalu. Keguguran pertama berlaku ketika bulan kedua perkahwinan iaitu awal 2011. [+]
ASSALAMUALAIKUM Dr Suhaimi, saya berumur 31 tahun dan sudah berkahwin selama lima tahun tetapi masih belum mempunyai cahaya mata. Saya mengalami keputihan tetapi tidak gatal. [+]
SAYA menghadapi masalah kegagalan buah pinggang dan menjalani rawatan haemodialisis dua seminggu, selama hampir tiga tahun. Adakah saya boleh hamil? Jika boleh, apakah ia akan memudaratkan diri saya dan kandungan? Terima kasih, doktor. [+]
Baru-baru ini, saya membuat ujian air kencing di rumah dan keputusannya positif. Haid lewat sembilan hari dari waktu biasa dan saya jarang lewat. Ketika membuat ujian air kencing, ada dua garisan. Bagaimanapun, garisan kedua tidak begitu jelas. [+]
ASSALAMUALAIKUM doktor, saya ibu berumur 33 tahun dan memiliki lima anak yang berumur antara empat tahun hingga 12 tahun. Saya bekerja di jabatan kerajaan. [+]
SAYA berumur 16 tahun dan mempunyai masalah kitaran haid tidak teratur. Saya mula baligh pada umur 13 tahun dan hanya haid tiga kali saja. Kali terakhir saya datang haid adalah ketika berumur 14 tahun pada 23 Oktober 2010. [+]
SAYA ingin bertanya mengenai tahap kesuburan saya. Saya berkahwin pada Ogos 2006. Selepas dua tahun, saya masih tidak dikurniakan cahaya mata sehinggalah saya mendapatkan rawatan kesuburan. Anak saya kini berusia dua tahun. [+]
SAYA mempunyai anak perempuan berusia tujuh dan empat tahun. Saya dapati kedua-dua anak saya mengalami lendiran atau cecair berwarna kekuning-kuningan di seluar dalam mereka. Saya dapati ada masa, kesan lendiran berkenaan agak berbau. Pernah saya membuat pemeriksaan sendiri ke atas anak saya sulung, didapati vaginanya mengeluarkan bau agak kuat dan agak kemerah-merahan. [+]
DOKTOR, saya sudah berkahwin selama satu setengah tahun namun masih belum ada zuriat. Saya berumur 25 tahun dan isteri usia 30 tahun dan kini menetap di Pulau Mutiara. Isteri saya mengalami masalah kitaran haid. Perkara ini berlaku sejak remaja. Kami sudah berjumpa dengan doktor di klinik bagi mendengar cadangan dan mungkin jalan penyelesaian bagi masalah kami ini. [+]
SAYA berumur 40 tahun. Saya akan mengerjakan umrah bermula 24 Mac hingga 7 April depan. Haid saya teratur di mana selalunya bermula pada 26 hingga 2 hari bulan setiap bulan. [+]
DOKTOR, saya berumur 39 tahun dan baru-baru ini disahkan mengandung dua bulan. Apa yang membingungkan saya ialah selain hamil, saya juga menghidap fibroid berukuran agak besar lebih kurang 13 sentimeter. [+]
ASSALAMUALAIKUM doktor, saya ingin bertanya mengenai masalah ketumbuhan pada leher yang dihadapi oleh ibu saya. Untuk makluman doktor, ketumbuhan pada bahagian depan leher itu makin membesar sejak dua tahun lalu. [+]
Assalamualaikum Dr Suhaimi, saya berumur 21 tahun dan belum berkahwin. Sejak hari pertama datang haid ketika berumur 12 tahun, kitaran haid saya teratur setiap bulan. Tetapi, pada bulan Disember lalu, saya mengambil produk kesihatan berasaskan herba Pueraria Mirifica. Umum mengetahui bahawa herba itu baik untuk kesihatan wanita kerana mengandungi phyto-estrogen yang membantu melancarkan kitaran haid. [+]
Untuk makluman, saya lewat datang haid selama lapan hari dari biasa. Ini bagi saya agak luar biasa. Gerak hati mendorong saya membuat ujian air kencing dan ia menunjukkan bacaan positif, bagaimanapun garisan kedua tidak begitu jelas. [+]
ASSALAMUALAIKUM doktor, saya sudah lima tahun berkahwin dan masih belum dikurnia cahaya mata. Bagaimanapun, haid saya tetap dan tidak pernah lambat. [+]
Baru-baru ini, doktor mengesahkan saya menghidap Human Papilloma Virus (HPV) selepas Ujian Pap Smear menunjukkan keputihan yang abnormal. Minggu depan saya dijadual menjalani ujian Colposcopy. Saya sangat tertekan kerana masih belum pasti sama ada ia bersifat kanser atau tidak. [+]
ASSALAMUALAIKUM doktor, saya suri rumah berusia 37 tahun dan mempunyai tiga anak. Ketiga-tiga mereka dilahirkan secara normal dan tiada sebarang komplikasi. [+]
ASSALAMUALAIKUM doktor, saya berumur 38 tahun dan seorang obes. Saya akan menjalani pembedahan membuang fibroid dan cyst, tidak lama lagi. Masalah saya, tarikh pembedahan itu adalah pada hari yang lazimnya saya datang haid. [+]
Assalamualaikum doktor, saya berusia 33 tahun dan memiliki tiga anak. Anak ketiga lahir secara normal pada minggu ke-28 dengan berat 950 gram pada September 2010. Ketika itu, air ketuban mula turun selama dua minggu dan saya mengalami kontraksi. [+]
SAYA berumur 43 tahun dan mempunyai lima anak dengan anak bongsu berusia 10 tahun. Saya sendiri pernah diserang gastrik agak teruk Ramadan lalu dan masih belum pulih sepenuhnya. [+]
UNTUK pengetahuan doktor, setahun lalu saya ada menjalani pembedahan membuang ketumbuhan rahim. Berikutan itu, seluruh sistem peranakan daripada ovari sehinggalah rahim saya terpaksa dibuang. Namun, baru-baru ini, saya terjatuh secara tiba-tiba selepas berasa pening, hilang deria rasa dan keseimbangan di bahagian kaki. [+]
SAYA berumur 26 tahun dan belum berkahwin. Berat badan saya 50 kilogram dan tinggi 154 sentimeter. Masalah saya, ketulan darah selalu keluar dari faraj sejak dua minggu lalu. Bukan seperti darah cair malah pejal seperti darah haid. Saya keliru dan bimbang jika itu petanda masalah kesihatan yang serius kerana ia tidak pernah berlaku sebelum ini. Adakah ini yang dikatakan keputihan atau ketulan darah? Saya bertambah bimbang kerana bakal mendirikan rumah tangga bulan depan. [+]
Assalamualaikum Dr Suhaimi. Saya gadis berusia 20 tahun dan untuk pengetahuan doktor, saya mengalami pertumbuhan bulu roma yang berlebihan di sekitar muka, atas bibir dan dagu. Keadaan ini menyebabkan saya seperti bermisai dan janggut. Saya mencukur misai dan kawasan dagu kerana malu dengan keadaan diri ini. [+]
SAYA berumur 26 tahun dan belum berkahwin, berat badan 48 kilogram dan tinggi 153 sentimeter. Sejak remaja, saya mempunyai masalah haid tidak teratur, tapi selepas mengamalkan produk Paramaria Plus HPA dengan berdisiplin, haid mula teratur. Namun jika saya tidak mengambil produk itu, haid tidak akan datang. [+]
Saya ingin bertanya dan berkongsi masalah keputihan yang dihadapi. Saya sudah berkahwin dan pernah mengalami keguguran tetapi tidak melalui proses D&C. Pertama kali keguguran, keluar satu ketulan darah saya andaikan janin saya. Saya dan suami berkahwin pada usia muda, jadi kami kurang pengetahuan mengenai perlunya berpantang selepas keguguran. [+]
Assalamualaikum Dr Suhaimi, saya kini hamil 22 minggu anak keempat. Oleh kerana kehamilan sebelum ini saya disahkan pre-eclampsia (PE), bagi kehamilan kali ini saya terpaksa mengambil aspirin 100mg bagi mengelak PE seawal genap sebulan kehamilan lagi. Malangnya selepas saja saya mengambil aspirin, saya mengalami batuk-batuk yang sangat teruk pada sebelah malam dan tidak dapat tidur langsung. [+]
SAYA berusia 33 tahun dan ada tiga anak. Anak ketiga lahir secara normal pada minggu ke-28 dengan berat 950 gram pada September 2010 disebabkan air ketuban mula turun selama dua minggu dan mengalami kontraksi. Saya turut alami masalah uri lekat dan pendarahan yang banyak. [+]
Saya berumur 25 tahun dan sudah berumah tangga hampir setahun. Sehingga kini saya masih belum hamil. Pada 20 Julai lalu, saya datang haid seperti kitaran-kitaran lepas (kitaran saya tetap antara 27 hingga 29 Hari). Tetapi kali ini haid saya hanya dua hari dan kering. Esoknya saya tergerak hati untuk membuat ujian air kencing di rumah dan hasilnya positif. Walaupun samar, tapi masih jelas kelihatan. sebelum ini pernah saya melakukan ujian kehamilan ini, tetapi memang tiada garisan kedua yang muncul. [+]
ASSALAMUALAIKUM Doktor. Saya berusia 31 tahun, pernah keguguran pada 19 Oktober 2009 ketika kandungan berusia empat bulan. Saya tidak perlu melakukan D & C kerana janin keluar sepenuhnya. Alhamdulillah saya mengandung semula pada Januari 2010 dan selamat melahirkan pada 14 Ogos 2010, ketika kandungan berusia 33 minggu (bayi pramatang) kerana mengalami kontraksi selama seminggu. [+]
SAYA seorang yang obes dan baru bersalin Januari lalu menerusi kaedah pembedahan (c-section). Luka saya dijangkiti kuman dan dibuka semula pada hari ketujuh. Sehingga ke bulan keempat luka saya belum bercantum walaupun sudah bersih dan tidak menghidapi diabetes. Luka itu pada mulanya sepanjang 10 sentimeter dengan kedalaman dua sentimeter. [+]
Saya berusia 26 tahun, berkahwin pada Oktober tahun lalu dan sekarang sedang mengandung anak pertama 8 bulan. Apa yang membimbangkan saya, sejak hamil ada ketulan di bawah ketiak. Pada mulanya ketulan itu kecil tetapi lama-kelamaan makin membesar dan terasa sakit. Bagaimanapun, tiada perubahan pada bentuk payudara saya juga tiada ketulan di sekitarnya melainkan di bawah ketiak saja. Apakah puncanya? [+]
SAYA sudah mengambil pil perancang selama 20 bulan sehingga satu hari terlupa mengambilnya. Pada hari berikutnya iaitu 20 Mac lalu, saya gandakan pengambilan ubat dan makan sehingga habis satu pil. Keesokannya sehingga 4 April lalu, saya tidak juga datang bulan seperti biasa. [+]
Saya sudah berkahwin lebih dua tahun dan dikurniakan seorang anak. Saya juga menghidap adalah sifilis dan untuk pengetahuan doktor, saya bersama dengan isteri hanya pada sebulan pertama perkahwinan. [+]
Saya hamil 30 minggu sekarang dan selepas dua kali menghadiri pemeriksaan antenatal, doktor memberitahu saya yang air ketuban saya banyak. Saya kurang arif mengenainya kerana ini anak sulung. [+]
SAYA sudah lama berkahwin tetapi masih belum hamil. Saya pernah disahkan hamil pada 2009, tetapi anak dalam kandungan saya tidak membesar biarpun sudah berusia tiga bulan. Ketika itu, doktor menyarankan saya melakukan prosedur D & C (Dilatation and Curettage) dan itulah yang saya lakukan. Tetapi, sehingga kini saya belum hamil. Apa yang harus saya lakukan? [+]
SALAM Dr Suhami, saya berusia 28 tahun dan sedang hamil 31 Minggu. Sejak tiga hingga empat minggu kebelakangan ini, saya gatal-gatal pada hampir seluruh anggota badan seperti tapak kaki, kaki, tapak tangan, tangan, muka, leher, kulit kepala, belakang badan, punggung dan sekitar alat sulit sehingga mengganggu aktiviti seharian. [+]
Saya berkahwin pada 2006 dan dua bulan kemudian, saya disahkan mengandung. Malangnya, kandungan saya hanya bertahan lima bulan. Selepas itu, selama tiga tahun saya gagal hamil. Selepas pemeriksaan, doktor mengesahkan sperma suami saya kurang dan menyuruhnya mengambil ubat khas. Pada akhir tahun lalu, saya disahkan hamil lagi tetapi malangnya kandungan saya gugur sendiri selepas dua bulan. Saya tidak faham kenapa kandungan saya selalu tidak dapat diselamatkan. Apakah ini disebabkan rahim saya tidak kuat? [+]
BOLEHKAH isteri saya menjalani prosedur caesarean pada usia kandungan 36 minggu? Adakah pada usia itu kandungan sudah matang dan selamat menjalani prosedur berkenaan? Untuk pengetahuan Dr, saya mempunyai tiga anak lelaki dan semua lahir melalui kaedah sama. [+]
SAYA berusia 35 tahun dan mempunyai empat anak. Saya bercadang mengambil pil perancang kerana bilangan anak sudah cukup tetapi masih menyusukan anak berusia setahun dan mengalami tekanan darah tinggi. Bacaannya sekitar 150/80. Setiap kali mengandung sejak anak pertama hingga keempat, saya memang ada darah tinggi tetapi terkawal, bersalin normal dan darah tinggi akan hilang. [+]
SAYA ada pertanyaan mengenai pembedahan caeseran. Saya menjalani pembedahan itu sebanyak tiga kali. Pertama, disebabkan air ketuban saya pecah dalam masa 32 minggu, anak kedua pula akibat masalah saya turun darah dan yang ketiga secara automatik saya perlu dibedah. Peranakan saya pula sudah diikat selepas pembedahan ketiga. Persoalannya, apakah saya boleh hamil lagi? [+]
DOKTOR, saya berumur 43 dan sudah menggunakan IUCD selama tiga tahun. Sepatutnya IUD harus dibuka pada bulan September namun sehingga kini IUCD itu masih belum dibuka. Saya bimbang dengan risiko yang bakal saya hadapi sekiranya membuka IUD lewat dari tempoh yang ditetapkan. Bolehkah saya mendapat jangkitan kuman atau akan menjejaskan kesihatan saya? [+]
Saya mempunyai masalah kitaran haid yang tidak teratur sejak sekolah menengah lagi. Setelah berkahwin saya pernah berjumpa pakar sakit puan dan membuat imbasan, hasil ujian darah menurut doktor hormon badan saya tidak stabil. Adakah ini akan menjejaskan peluang saya untuk hamil? [+]
Saya berkahwin tahun lalu dan baru saja disahkan mengandung enam minggu. Untuk pengetahuan doktor, saya berusia 28 tahun dan mempunyai susuk tubuh yang besar atau gemuk. Hasil ujian Indeks Jisim Tubuh (BMI) saya baru-baru ini menunjukkan bacaan lebih 30 iaitu secara amnya dalam kategori individu yang obesiti. Apakah risiko yang saya hadapi dan bolehkan keadaan ini dikawal pada awal kehamilan? [+]
SAYA berusia 35 tahun dan menjalani rawatan IVF, Jun lalu. Saya tidak dapat hamil apabila salur peranakan diikat selepas melahirkan anak ketiga atas sebab kesihatan, tetapi prosedur IVF itu gagal. Selepas dua bulan, saya mula mengalami pelbagai alahan menyerupai tanda awal kehamilan. [+]
Saya amat risau masalah keputihan sejak sekian lama. Apakah ia petanda penyakit atau disebabkan kuman, apakah ia masalah sementara atau boleh berlanjutan? Apa puncanya dan bolehkah ia menyebabkan penghidap mandul? [+]
Saya pernah menjalani pembedahan membuang fibroid dan sista di sebuah hospital swasta pada hujung tahun 2009. Selepas pembedahan saya diminta untuk mengambil suntikan menghalang dari datang haid selama empat kali untuk empat bulan berturut-turut (Januari -April 2010). [+]
SAYA berkahwin sejak dua tahun lalu. Baru-baru ini, saya menjalani pembedahan Caesarean tetapi bayi saya meninggal dunia kerana kelahiran pramatang. Berapa lamakah masa untuk saya merancang kehamilan sebelum dapat mengandung semula? Apakah ada sebarang risiko jika hamil sejurus habis pantang? [+]
Untuk sebarang pertanyaan mengenai iklan teks, hubungi muzainy@mediaprima.com.my untuk maklumat lanjut.
Hak Cipta Terpelihara 2012 - Berita Harian - The New Straits Times Press (Malaysia) Berhad Emel kami sebarang maklumbalas.
Resolusi paparan terbaik untuk laman web ini adalah 1024 x 768 ![]()