login|daftar
BH Facebook Komuniti ↓
WAKTU SOLAT Kuala Lumpur
SUBUH
ZUHUR
ASAR
MAGHRIB
ISYAK
 
SMS waktu solat
... kawasan lain
Jumaat , 25 April 2014
bullet Set BH sebagai Laman Utama bullet Arkib Berita : Seminggu | Sejak 1991
PILIHAN ENJIN CARIAN
BH TwitterBH Facebook
Kaunselor
  • Pilih jodoh

    DALAM filem Ibu Mertuaku arahan Seniman Agung P Ramlee, Mak Dara yang memegang watak Nyonya Mansor, masih bertimbang rasa membenarkan anaknya Sabariah, lakonan Sarimah, menikahi kekasihnya, Kassim Selamat. [+]

  • Diari Abah

    TANGGAL 14.11,1996, isteriku meninggal dunia. “Itulah bait akhir ditulis oleh Abah. Sejak dari tarikh itu Abah tidak lagi membuka diari yang menjadi teman setia, apatah lagi untuk menulis peristiwa yang difikirkan penting dalam hidupnya. [+]

  • Tetamu temu janji

    “TELEFON dulu atau SMS kalau hendak datang rumah.” Kata-kata ini menjadi lumrah di kalangan masyarakat sekarang. Bagi mereka yang pernah mengucapkan ungkapan itu ada alasan tersendiri. Mereka ingin pastikan tetamu yang datang ke rumah diraikan. [+]

  • Kahwin jatuh No 2

    TENGOK rupa memang tiada cacat cela, orangnya ayu, cantik, serba sempurna, tetapi mengapa masih hidup membujang. [+]

  • Sayang biar berpada

    DULU tengok orang macam tengok hantu, mulut mencebik hendak menangis, tangan tak lepas ‘berbelit’ di kaki bapa atau ibu, takut kena sakat. Boleh dikatakan susah berenggang dengan emak atau bapa. Itu dulu ketika Mimi berusia tiga tahun dan ditinggalkan bersama ibu saudara ketika emak keluar bekerja. [+]

  • Manja biar bertempat

    SENYUMAN lebar seorang ibu melihat kejayaan anak mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR), baru-baru ini, tiba-tiba menjadi hambar apabila si anak buat perangai tidak mahu dihantar ke sekolah berasrama. [+]

  • Bajet pancit awal tahun

    KEPOH betul ibu bapa ketika melalui minggu pertama tahun baru. Masa itulah mereka bersesak di pasar raya membeli kelengkapan persekolahan anak. Sesetengahnya beri alasan pada masa begini kelengkapan persekolahan berlambak di pasar raya dengan tawaran harga diskaun, tanpa mereka sedar persiapan akhir itu menyebabkan bajet keluarga ‘pancit’. [+]

  • Kerja siap, misi tercapai

    HARI ini tahun baru. Sudah masuk tujuh bulan seorang pembantu rumah dari negara jiran, Asiah (bukan nama sebenar), menunggu masa untuk dihantar pulang, tetapi majikan masih menahannya kerana belum ada pengganti. Setiap kali dia meluahkan hasratnya untuk berhenti kerja, majikannya menangis dan memujuknya supaya bersabar. [+]

  • Usia bonus masih cergas

    ACIK, 78, ligat mencuci meja pekerja pejabat. Dari satu meja ke satu meja, dia berjalan tanpa menunjukkan rasa jemu pada wajahnya yang masih kekal awet muda. Sebelum menjadi buruh kontrak syarikat pembersih, Acik berniaga pisang goreng di kaki lima kedai, sebagai sumber rezeki keluarga. [+]

  • Impian ranap

    "MACAM nak gila melihat suami terlantar tak dapat bergerak selepas dimasukkan ke hospital kerana serangan strok. [+]

  • Hidup, mati bersama

    IBU dan ayah meninggal dunia selang dua minggu memang dugaan besar bagi anak kerana menjadi yatim piatu tanpa diduga. [+]

  • Gelabah saat akhir

    SETIAP kali tiba musim peperiksaan, bukan anak saja yang takut, gelabah, ibu bapa pun tidak kurang panik untuk berdepan dengan keadaan yang dianggap mencabar. Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang sedang berjalan sekarang dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) tak lama lagi, akan jadi penentu ke arah mana pelajar itu seterusnya, sama ada memasuki bidang kerjaya atau meneruskan pelajaran pada peringkat yang lebih tinggi. [+]

  • Tertekan rindukan anak

    KALAU minggu lalu ruangan ini memaparkan kisah Gadis Gemini yang mendapat tentangan ibu untuk berkahwin dengan lelaki warga asing yang sudah beristeri, kali ini ruangan Kongsi Rasa memaparkan pengalaman wanita tempatan yang hidup bermadu selepas bersuamikan warga asing. [+]

  • Si kecil damba kasih ibu

    LEMAH longlai kaki Fauzi (bukan nama sebenar), seorang kakitangan kerajaan ketika doktor menyuakan borang meminta beliau menandatanganinya, bagi membolehkan isteri menjalani pembedahan segera selepas turun darah melampau. Seminggu sebelum itu, isterinya sihat, cergas, selepas melahirkan bayi perempuan sulung. Biasalah seperti wanita lain yang bersalin, isterinya melalui proses berpantang. [+]

  • Bermadukan wanita seberang

    MENCURI baca khidmat pesanan ringkas (SMS) yang dikirim seorang wanita dari Indonesia dalam telefon suami membongkarkan rahsia yang disimpan suami selama dua tahun. Ibu empat anak yang mahu dikenali sebagai Has tidak menyangka SMS itu memberi jawapan kepada persoalan yang bersarang dalam kepalanya selama ini. [+]

  • Menantu tersisih

    TIADA orang mengimpikan rumah tangga yang dibina berkecai di tengah jalan. Begitu juga tiada wanita yang sanggup merampas suami orang lain untuk mengecapi alam hidup berumah tangga. [+]

  • Trauma dosa silam

    MEMILIKI suami yang baik memang idaman semua wanita. Kalau ditanya apakah ciri-ciri lelaki yang mahu dijadikan suami, ramai wanita inginkan lelaki yang baik, beriman dan tahu tanggungjawab sebagai ketua keluarga. Kalau suami itu turut memiliki wajah yang kacak, sesetengah wanita itu menganggap ia sebagai bonus. [+]

  • Dilema calon menantu

    BERTUBUH ‘rendang’ atau pendek, tiada ijazah dan bukan kakitangan kerajaan antara alasan yang diberikan bakal mentua untuk menolak lamaran tiga pemuda yang berminat menyunting gadis idaman masing-masing untuk dijadikan suri rumah tangga. [+]

  • Peluang kedua

    SELAMAT Aidilfitri buat pembaca ruangan Kongsi Rasa. Sudah lima hari kita berhari raya sebagai meraikan kejayaan melaksanakan ibadat puasa sebulan. Dalam masa itu juga, badan kita penat melayan nafsu makan yang tiada batasannya. Bagi yang menyambut hari raya di kampung, suasana pasti meriah dengan kunjungan saudara-mara, rakan taulan yang tidak putus-putus bertandang ke rumah. [+]

  • Konflik Raya

    HANYA tinggal dua hari saja lagi umat Islam akan menyambut Aidilfitri. Seorang ibu kepada enam pening memikirkan bagaimana untuk mencukupkan perbelanjaan bagi menguruskan persiapan raya dan pada masa mengasingkan bajet untuk perkahwinan anak perempuan sulungnya yang dijadualkan pada Disember. [+]

  • Peluang niaga

    PENIAGA bermusim dan tukang jahit antara orang yang tak menang tangan membantu menceriakan Ramadan dan sambutan Aidilfitri. [+]

  • Godaan Ramadan

    HANYA tinggal sehari lagi kita akan menyambut Ramadan, bulan penuh berkat yang ditunggu oleh semua umat Islam. [+]

  • Kekasih dolak-dalih

    KITA biasa dengar rintihan, luahan hati wanita yang remuk-redam kerana kecewa bercinta. Dalam Kongsi Rasa kali ini, giliran kaum Adam pula mendambakan cinta seorang gadis yang amat dikasihinya. [+]

  • Bangkit lepas luka

    APABILA berlaku konflik dalam rumah tangga, biasanya si isteri mudah melatah dan cepat mengalah. Tak ramai yang mengambil sikap positif, melakukan sesuatu yang lebih berfaedah selain memikirkan masalah yang melanda dalam rumah tangga. [+]

  • 17 jam ‘lemas’ dalam kereta

    KALAU sudah namanya anggota keselamatan, ke mana pergi pun tak lupa tanggungjawab berkhidmat kepada masyarakat. Walaupun terperangkap dalam kesesakan jalan berpunca kemalangan treler yang menghalang laluan di kawasan berbukit sebelum Pagar Sasak, Pahang, Wahab seorang mekanik, ringan tulang membantu membaiki dua kereta yang ditemui tersadai di tepi jalan kerana rosak. [+]

  • Silap makan kenduri

    HANYA satu saja majlis yang tak payah diundang. Kalau dengar ada kematian, sama ada kenal atau tidak, kita boleh redah menyertai majlis itu untuk menghormati jenazah. Kalau majlis lain termasuklah majlis kahwin, kalau tak terima undangan, usahlah tebal muka menghadirinya kerana ia boleh memalukan diri dan menyusahkan tuan rumah. [+]

  • Pengorbanan janda

    HANTAR anak ke pangkuan bekas suami setiap kali musim cuti sekolah menjadi rutin Ati selepas bercerai. “Ini perjanjian yang sudah kami putuskan selepas bercerai secara baik,” kata Ati (bukan nama sebenar) kepada Kongsi Rasa. [+]

  • Tak sedar dimadu

    SIAPA tak terkejut apabila tiba-tiba menerima panggilan telefon daripada seorang wanita yang mendakwa bekas madu. [+]

  • Dia tetap suamiku

    TIDAK banyak sisi kebaikan wanita didedahkan kepada umum. Kalau ada pun banyak perkara negatif mengenai wanita dipaparkan sama ada dalam media cetak dan elektronik. [+]

  • Angkara tahan sakit

    BAGI sesetengah orang berada di hospital pun sudah fobia inikan pula untuk mengetahui penyakit yang dihidapinya. Tengok hospital, bau ubat pun ada yang rasa gerun, inikan pula membuat pemeriksaan secara terperinci. [+]

  • Dendam leteran isteri

    RINTIHAN hati seorang guru yang berdepan ujian rumah tangga selepas 20 tahun hidup bersama suami tersayang menyentuh perasaan Kak Ani. Sepanjang usia perkahwinan itu, mereka dianugerahkan lima cahaya mata berumur antara 19 tahun dan 10 tahun. [+]

  • Isteri tua, madu rapat

    KERELAAN isteri mengizinkan suami berpoligami memang amat jarang berlaku. Sukar sebenarnya untuk memahami jauh sekali menyelami perasaan si isteri andai tidak pernah berdepan ketentuan itu. [+]

  • Layan nafsu di internet

    TEMPOH 23 melayari bahtera perkahwinan bukan satu jangka masa pendek. Pasangan yang hidup bersama dalam tempoh ini sudah tentu banyak merasai asam garam hidup. Sepatutnya makin lama hidup bersama tentu kasih sayang kian menebal. [+]

  • Sesalan seorang ibu

    PEPATAH mengatakan kalau hendak melentur buluh, biarlah daripada rebung. Pendidikan awal anak semestinya bermula di rumah dan ibu bapa yang bertanggungjawab mencorakkan anak. Peribadi kanak-kanak akan terbentuk ikut acuan didikan ibu bapa. Kalau sempurna didikan itu, maka baiklah perlakuan anak, begitulah sebaliknya. [+]

  • Rela dimadu

    MANA ada wanita sanggup dimadukan namun kalau sudah ditakdirkan, buat apa cara sekali pun untuk mengelakkannya, ia tetap berlaku juga. [+]

  • Anak tertekan diabai ibu

    BIASANYA ibu yang pening kepala apabila anak gadis berkelakuan tidak senonoh. Bagaimanapun, isu yang ingin dibincang dalam ruangan Kongsi Rasa kali ini agak terbalik, anak merana ibu berubah laku. [+]

  • ‘Suamiku kekasih orang’

    PEPATAH sayang isteri tinggal-tinggalkan sedikitpun tidak bererti kepada wanita ini yang hidupnya hanya berendam air mata mencurigai kasih suami yang tergamak curang ketika berjauhan. Lebih mengecewakan, kata wanita yang memperkenalkan dirinya ‘Isteri Cuti Sekolah,’ perkahwinan yang diharungi tak sampai setahun jagung kini bergolak gara-gara sikap hidup belang suaminya. [+]

  • Dulu dihina, kini dipuja

    CUKUP panjang cerita yang ingin dikongsi oleh Puan M yang mahu dipaparkan di ruangan Kongsi Rasa kali ini. Ceritanya penuh duka yang sukar dibayangkan betapa seksanya Puan M menempuh kehidupan sebelum mengecap kebahagiaan sekarang. [+]

  • Cinta buta

    MARAH seorang ibu terhadap anak bukan bererti benci, tetapi sayang. Sebagai orang tua yang sudah lama makan garam, pasti dapat menangkap yang mana baik dan buruk untuk anak, terutama dari segi memilih pasangan hidup tak kira bagi anak lelaki mahupun perempuan. [+]

  • Awasi si dara

    "KALAU anak saya buat ‘kerja kotor’, sengaja nak sapu arang ke muka, saya beri amaran jangan pijak kaki ke rumah lagi,” itulah kata tegas seorang ibu yang hanya mahu dipanggil F kepada Kongsi Rasa, menjelaskan pendiriannya mengenai gejala sosial dalam kalangan generasi muda yang makin menjadi-jadi dan sukar dikawal sekarang. [+]

  • Cuti sekolah, ibu bapa gelisah

    KETIKA anak gembira meraikan musim cuti persekolahan, ibu bapa pula berhempas pulas memikirkan bagaimana untuk memanfaat masa cuti itu supaya anak tidak terlepas bebas. [+]

  • Anak hampir jadi mangsa

    ANAK sudah bertukar biru, baru tersedar tersilap langkah menyertai sebuah kumpulan yang taksub kepada pemimpin. Pengalaman yang dilalui sepasang suami isteri yang pernah menetap di sebuah perkampungan tertutup di utara Semenanjung, menjadi bahan Kongsi Rasa minggu ini. Kak Ani pun tahu cerita ini secara tidak langsung ketika berbual dengan seorang kenalan yang ada pertalian dengan pasangan itu. [+]

  • Rindu lambaian Kaabah

    BANYAK isu yang boleh dibincang dalam ruangan Kongsi Rasa. Dari masalah hati, cinta, sosial, sayang, benci, dendam dan pergolakan dalam keluarga boleh dikemukakan dalam ruangan ini untuk dikongsi bersama. [+]

  • Bersalin selepas 2 bulan nikah

    BANYAK duri dan onak perlu dilalui sebelum seseorang itu menemui kebahagiaan. Kadang-kadang ujian itu terlalu getir sehingga hilang pertimbangan dan harga diri sebagai manusia. Kongsi Rasa kali ini menyingkap kisah seorang wanita yang hanya mahu dikenali ‘AN.’ Dugaan berat mengandung anak luar nikah nyaris menjadikannya sebagai pembunuh. Bagaimanapun, AN tidak dapat melawan takdir yang mahukan bayi dikandungnya lahir untuk menikmati kehidupan dunia. [+]

  • Beza keturunan halang cinta

    BERKASIH tetapi tidak direstui keluarga kerana berbeza keturunan. Ini bukan cerita zaman Allahyarham Tan Sri P Ramlee yang berjaya menggamit simpati penonton menerusi filemnya Antara Dua Darjat yang masih diulang tayang stesen televisyen. [+]

  • Suami menagih, kaki judi

    USIA perkahwinan N baru tiga tahun dan sudah mempunyai seorang cahaya mata, tetapi suami berdepan masalah penagihan dadah dan berjudi. Sebagai seorang isteri yang sayangkan suami, N terlalu mengharapkan suami berubah dan sedia memaafkan kesilapan suami. Malangnya harapan hanya tinggal harapan. Suami yang pernah berjanji menghentikan tabiat buruk menagih dadah dan berjudi masih gagal menunaikan janji. [+]

  • Getir lahir anak keenam

    DILEMA beranak ramai atau akur tuntutan majikan. Lebih malang lagi, apabila perit bersalin normal dianggap kurang teruk berbanding mereka yang bersalin secara pembedahan. Apa pun, itulah nasib seorang ibu ‘L’ yang pada Kak Ani, sewajarnya dikongsi bersama pembaca menerusi Kongsi Rasa kali ini. [+]

  • Tuang periksa demi seluar baru

    KALAU minggu lepas Kak Ani dedah perasaan ibu bapa yang gelabah ketika anak berdepan peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), minggu ini Kak Ani ingin Kongsi Rasa beberapa insiden mendebarkan yang dihadapi guru ketika berdepan kerenah murid yang gagal hadir mengambil peperiksaan itu. [+]

  • Bila terdesak baru ikut peraturan

    KEMALANGAN berlaku tidak diduga, tetapi pengguna yang sengaja abai peraturan dan ciri keselamatan di jalan raya boleh dianggap sengaja tempah maut. Pegawai kerajaan yang mahu dikenali sebagai Ya kesal sikap penduduk kampung yang mengabaikan keselamatan di jalan terutama ketika menunggang motosikal. Ketika pulang beraya di Pantai Timur, baru-baru ini, Ya berkata, banyak kali darahnya berderau apabila terserempak penduduk menunggang motosikal tidak memakai topi keledar. [+]

  • Anak periksa, ibu bapa gelabah

    PENAT menyambut Aidilfitri belum reda, namun ia tidak menjadi penghalang kepada ibu bapa untuk memberi tumpuan kepada anak yang ketika ini bergelut menjawab soalan peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) sejak Selasa lalu. [+]

Untuk sebarang pertanyaan mengenai iklan teks, hubungi muzainy@mediaprima.com.my untuk maklumat lanjut.

Peta Laman

Hak Cipta Terpelihara 2012 - Berita Harian - The New Straits Times Press (Malaysia) Berhad Emel kami sebarang maklumbalas.
Resolusi paparan terbaik untuk laman web ini adalah 1024 x 768 tracker

Kembali ke atas