login|daftar
BH Facebook Komuniti ↓
WAKTU SOLAT Kuala Lumpur
SUBUH
ZUHUR
ASAR
MAGHRIB
ISYAK
 
SMS waktu solat
... kawasan lain
Khamis , 23 Mei 2013
bullet Set BH sebagai Laman Utama bullet Arkib Berita : Seminggu | Sejak 1991
PILIHAN ENJIN CARIAN
BH TwitterBH Facebook
Kembara
  • Puteri gunung Australia Galeri Foto

    MISTIK dan lagenda menjadi antara elemen yang mewarnai hidup manusia. Seperti kisah dua puteri yang bertukar menjadi gunung di Sarawak, Australia juga mempunyai cerita sama yang menjadi buah mulut warisan berzaman. [+]

  • Makan angin di Beijing Galeri Foto

    PELUANG mengikuti majlis pelancaran Kempen Bandar Terkemuka Tidak Ternilai Beijing (MasterCard Priceless Cities-Priceless Beijing) bagi pemegang kad kredit MasterCard di Beijing, China, baru-baru ini amat mengujakan penulis yang baru kali pertama menjejakkan kaki ke kota dipenuhi keunikan bangunan lama bersejarah serta keindahan taman yang diiktiraf Tapak Warisan Dunia. [+]

  • Jejak Sungai Kilim Galeri Foto

    TERPANCAR riak kepuasan dan keseronokan di wajah 20 wakil media tempatan selepas menamatkan aktiviti Kembara Media Fotografi (KMF) selama sehari di pulau pelancongan Langkawi, baru-baru ini. [+]

  • Destinasi famili

    TIDAK lama lagi, musim cuti sekolah kembali! Ibu bapa pasti sibuk merancang program yang sesuai untuk dihabiskan sepanjang percutian itu. [+]

  • Resort Kayangan

    MENCARI penginapan mewah seperti resort butik bukanlah satu masalah jika anda mahu berkunjung ke Pulau Lagenda, Langkawi kerana banyak resort seumpama itu di pulau peranginan ini. [+]

  • Selera Australia Galeri Foto

    DALAM setiap percutian, selain aktiviti riadah dan beli-belah, pastinya sesi mencuba keenakan juadah tempatan menjadi kemestian. Lebih-lebih lagi jika tempat dilawati memang terkenal dengan masakan atau makanan tertentu yang tidak ditemui di tempat lain. [+]

  • Jejak Macau

    JIKA diterokai wilayah ini, dakwaan sesetengah pihak yang menganggap Macau di Hong Kong sebagai duplikasi kota perjudian dunia, Las Vegas, mungkin tidak boleh diterima sepenuhnya. [+]

  • Ibu kota dunia Galeri Foto

    NAPOLEON Bonaparte dikatakan pernah menyebut jika dunia ini adalah sebuah negara saja, maka Istanbul adalah ibu kotanya. Ungkapannya ini menggambarkan betapa indahnya ibu negara Turki itu yang turut sinonim dengan gelaran Kota Dua Benua kerana terletak di sempadan Asia dan Eropah. [+]

  • Sejuknya Hanoi! Galeri Foto

    SEBAIK menjejakkan kaki di Lapangan Terbang Antarabangsa Noi Bai, Hanoi, Vietnam, baru-baru ini penulis hairan mengapa kebanyakan penumpang dipercayai penduduk tempatan mengenakan jaket kulit dan baju panas sejurus turun dari eskalator di balai ketibaan. [+]

  • Bandar poskad Galeri Foto

    ADAKAH anda sedang merancang percutian untuk seisi keluarga? Buntu memikirkan destinasi yang ingin dikunjungi, apa kata kalau anda melancong ke daerah kedua terbesar di Australia iaitu Queensland! Queensland adalah lokasi menarik yang sangat sesuai dikunjungi bersama seisi keluarga kerana keistimewaan taman temanya. Sesetengah pelancong merujuk daerah itu sebagai ‘Bandar Taman Tema Permainan Australia’ berikutan ia mempunyai sekurang-kurangnya empat taman tema permainan berbaloi dikunjungi. [+]

  • Penangan Old Trafford Galeri Foto

    SEJAK kecil lagi, penulis bercita-cita dan menyimpan hasrat untuk menjejakkan kaki di stadium milik kelab tersohor seantero dunia, Manchester United (MU) iaitu Stadium Old Trafford di Manchester, United Kingdom (UK). Ini kerana sejak di bangku sekolah rendah lagi, penulis sememangnya peminat setia kelab itu dan tidak pernah berubah fikiran atau meminati pasukan lain selain MU. [+]

  • Pesona Guilin Galeri Foto

    GUILIN yang terletak di wilayah Guangxi Zhuang di selatan China, dianggap bandar raya tercantik di negara Komunis itu. Keindahan landskap terutama di sepanjang Sungai Li sering digambarkan melalui lakaran pada kanvas, buluh dan kain sutera selain menjadi ilham bait puisi, lagu atau tumpuan produksi filem. [+]

  • Jiwa Seoul Galeri Foto

    KOREA Selatan kini muncul sebagai salah satu destinasi percutian terhangat selepas kebangkitan industri perfileman negara itu. Mengikut Organisasi Pelancongan Korea, dianggarkan lebih 100,000 pelancong asing melawat negara itu setiap bulan. [+]

  • Air panas mujarab Galeri Foto

    KUNJUNGAN ke Turki lazimnya tertumpu kepada beberapa bandar popular seperti Istanbul, Ankara atau Izmir. Berikutan itu masih ramai orang belum mengetahui keistimewaan dan keindahan sebenar negara itu, terutama di daerah Pamukkale di barat Turki. [+]

  • Kota monumen

    WALAUPUN Menara Eiffel muncul sebagai mercu tanda yang paling ramai dilawati pelancong di seluruh dunia, masih banyak monumen lain termasuk bekas istana yang dijadikan muzium dan taman untuk dijejaki pengunjung sebaik tiba di ibu kota cinta, Paris di Perancis. [+]

  • Jelajah Oz Galeri Foto

    PERNAHKAH anda memandu sendiri menjelajah tempat dikunjungi ketika bercuti bersama keluarga atau akan? Jika belum pernah berbuat demikian apa kata mencubanya, pasti ia menjadi suatu pengalaman baru yang tidak dapat dilupakan. [+]

  • Teroka Kota Kanggaru

    AUSTRALIA bukan hanya destinasi percutian untuk alam semula jadi tapi juga kaya dengan keindahan bandarnya yang moden dan penuh dengan tarikan kebudayaan, keindahan bangunan dan sejarah Orang Asli. [+]

  • Magis Singapura

    ENAM tahun tidak menjejaki Singapura, ternyata banyak perubahan berlaku terutama apabila berpeluang melawat Universal Studios di Resort World, Pulau Sentosa. [+]

  • Memori bandar orang Melayu Siam Galeri Foto

    PENGALAMAN berkonvoi ke Hatyai, bandar terbesar di wilayah Songkhla, Thailand, bersama ahli kelab motosikal berkuasa besar, All Bikers Club (ABC) dengan deretan 40 buah motosikal menjejaki laluan lebih 500 kilometer, baru-baru ini, mencatat kenangan sukar dilupakan. [+]

  • Terapi Bandung

    MEMANG diakui, Bandung, Indonesia adalah syurga beli-belah. Ini kerana di mana-mana saja, anda boleh temui 'factory outlet' di kota yang terletak di bahagian barat Pulau Jawa ini. Tidak hairanlah Bandung menjadi destinasi percutian pilihan pelancong terutama dari Malaysia. [+]

  • Oh Nice! Galeri Foto

    DISEBUT 'Nis', bandar yang terletak di tepi Laut Mediteranean ini layak digelar kota bangsawan berikutan sejak abad ke-18 lagi, ramai golongan kaya menghabiskan musim dingin di lokasi ini. Wartawan BERITA MINGGU, Mohd Feroz Abu Bakar berkunjung ke kota ini sambil meneroka tinggalan sejarah bandar yang pernah ditadbir Itali ini [+]

  • Puncak Taipei Galeri Foto

    Meninjau suasana kota dari tingkat 89 Menara Taipei 101 menghadirkan pemandangan begitu menakjubkan, bagai tidak percaya menyaksikan hamparan panorama amat indah yang tersaji depan mata. Wartawan Berita Minggu, NORAINI ISMAIL berkunjung ke ibu negara Taiwan ini bersama rombongan Travelog AirAsia dan mencatatkan pengalamannya di sana. [+]

  • Perang harga di Pasar Sutera

    MENJEJAK kaki di Pasar Sutera yang terletak di pinggir kota Beijing umpama meredah Jalan Petaling di Kuala Lumpur. Yang membezakan cuma pusat jualan di ibu negara China itu beroperasi dalam bangunan manakala Jalan Petaling berkonsep terbuka. [+]

  • Ikon New York

    STATUSNYA sebagai kota wajib kunjung bagi pelancong dunia, tidak pernah goyah biarpun digemparkan kejadian 11 September, 2001. Sedekad berlalu, New York atau kota ikon fesyen dan nadi kewangan Amerika Syarikat ini terus ‘bernafas’ dengan aliran pengunjung yang tak kunjung padam. Malah bagi pelancong Muslim, isu kesukaran makanan halal bukan halangan berikutan deretan peniaga jalanan ‘halal cart’ di sini. Selami keistimewaan kota kosmopolitan yang menggabungkan lima kawasan ini serta keunikannya dikongsi wartawan Berita Minggu, NURUL HAZREN MASITOM, bertandang ke Big Apple itu, baru-baru ini. [+]

  • Ekspedisi ekstrem Gobingop-Langun Galeri Foto

    PENGEMBARAAN dalam gua sepanjang tujuh kilometer dan seluas 900 kilometer persegi ini memberi 1,001 pengalaman amat berharga kepada penulis yang sememangnya menyimpan angan-angan untuk meneroka misteri gua yang di dalamnya tersembunyi pelbagai khazanah. [+]

  • Pulau Bruce Lee

    SELEPAS 100 tahun di bawah Britain, Hong Kong dikembalikan kepada China pada 1 Julai 1997 dan kini ditadbir sebuah badan diterajui ketua eksekutif yang ditubuhkan Kerajaan China. [+]

  • Insaf di Serambi Makkah Galeri Foto

    Melawat Aceh selepas tujuh tahun ia dilanda tsunami, benar-benar mencetuskan insaf dalam diri. Maha hebatnya kuasa Allah, betapa dahsyatnya kesan musibah, namun ombak besar yang menghempas tetap membawa hikmah. Wilayah unik di Indonesia ini dikunjungi ABDUL RAZAK HUSIN yang mencatatkan pengalamannya. [+]

  • Kota Gladiator

    SUASANA pagi itu penuh nyaman, tumbuh-tumbuhan dan pokok besar yang memenuhi Tiber Camp meredupkan suasana, kabin penginapan pula cukup selesa untuk kami berdua. Hari itu, kami menjelajah Rom, kota yang tidak asing lagi dalam sejarah tamadun dunia. [+]

  • Ahoj Bratislava! Galeri Foto

    ASYIK dan mengagumkan - hanya itu yang terlintas dalam fikiran sebaik menjejakkan kaki di ibu negara Slovakia ini yang sarat panorama indah berselang seli binaan lama. Terbukti, arus moden tidak memudarkan binaan silam di Bratislava seperti istana dan menara yang masih tersergam kukuh. Selami keunikan kota comel ini seperti catatan AHMAD TARMIZI CHE HAS. [+]

  • Mekong nadi Laos

    PAK TEH, kawan kembara penulis dari Kuala Lumpur agak terperanjat apabila dimaklumkan destinasi dituju kami kali ini ialah Laos. Dengan nada skeptikal beliau bertanya, apa istimewa Laos? Apa yang hendak dicari dari negara kecil dan miskin ini. Laos, satu-satunya negara di Asia Tenggara yang tidak berpantai. Daratnya dikepung negara lain yang lebih besar. Di utara, ia bersempadan dengan China dan Myanmar, Thailand di barat manakala di selatan dan timur oleh Kemboja dan Vietnam. [+]

  • Gugusan 249 pulau

    KARIMUN lebih dikenali kerana Tanjung Balai, lokasi liburan tumpuan lelaki hidung belang. Namun, wilayah di Riau, Indonesia ini menawarkan lebih daripada itu. Ada pelbagai tinggalan sejarah bersama kisah misteri yang menarik, tidak kurang juga panorama alamnya yang menawan. Ikuti rentetan kembara Wartawan Berita Minggu, MOHD AZIS NGAH ke wilayah itu. [+]

  • Misteri Machu Picchu Galeri Foto

    DIPERKENALKAN kepada dunia 100 tahun lalu, Kota Inca atau Machu Picchu di puncak Andes kekal jadi perhatian, juga terus mengundang seribu persoalan bagaimana ia mampu dibina manusia purba tanpa teknologi canggih seperti hari ini. Wartawan Berita Minggu, HALINA MOHD NOOR berkongsi pengalamannya ke lokasi silam terkenal ini. [+]

  • Tanah kayangan Galeri Foto

    YAMANASHI, wilayah berkeluasan 4,465.38 kilometer persegi terletak di bahagian tengah Jepun dan kaya dengan alam semula jadi. Ia dikelilingi kawasan pergunungan indah menempatkan Gunung Fuji, puncak tersohor dunia dan tertinggi di Jepun. [+]

  • Tarikan 3 pekan

    KETINGGALAN 40 tahun. Itu kesimpulan penulis sebaik tiba di Donsao, sebuah pekan di Laos dalam kembara ke kawasan Segi Tiga Emas meliputi Thailand, Myanmar dan Laos. Tiada bangunan konkrit di sini, hanya deretan kedai diperbuat daripada bambu dan beratap rumbia, tak ubah seperti Pekan Tuaran di Sabah, empat dekad lalu. [+]

  • Terapi Kota 2 zaman

    BEIJING bukan satu kota asing bagi pengembara berikutan statusnya sebagai bandaraya kaya keunikan bangunan lama, tempat bersejarah, keindahan taman dan kota sejarah sehinggakan turut diiktiraf Tapak Warisan Dunia. [+]

  • Takjub geysey

    TIBA saja di kawasan peranginan Big Sky Resort, kira-kira satu jam perjalanan dari Lapangan Terbang Gallatin di Bozeman, Montana, rasa risau mula menyelubungi, bimbang peristiwa di Teheran kira-kira tiga tahun lalu, berulang lagi. Apa tidaknya, di ibu negara Iran itu, penulis terlantar dua hari dek penangan demam selsema teruk. Ketika itu, salji di Teheran tidaklah begitu tebal, tetapi kerana saban hari bersulam suhu panas dalam kenderaan serta cuaca sejuk bersalji di sesetengah kawasan, suhu dalam badan pun jadi tak keruan. [+]

  • Kota terbelah Galeri Foto

    BERPELUANG menjejakkan kaki di salah sebuah negara Eropah tengah adalah pengalaman baru bagi penulis kerana destinasi yang dipilih - Budapest - bukanlah popular bagi kebanyakan pelancong terutama dari Malaysia. [+]

  • Kenangan Bumi Anbia

    PERGOLAKAN di Mesir tidak menghalang pelancong terus mengunjungi negara mumia itu yang memang kaya dengan sejarah tamadun manusia. Antara mereka termasuk Pensyarah Pengurusan Pemasaran, Fakulti Pengurusan dan Ekonomi Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), PROF MADYA DR NEK KAMAL YEOP YUNUS yang mencatatkan pengalamannya. [+]

  • Islam di Beijing Galeri Foto

    PELANCONG Muslim yang bertandang ke Beijing tidak perlu risau untuk bersolat dan mendapatkan makanan halal kerana ada 68 masjid serta kira-kira 20 restoran Muslim sedia melayan. Wartawan Berita Minggu, NURUL FARINA FAZLAN sempat melawat dan bersolat di tiga masjid di ibu negara China ini dan mencatatkan kenangan kembaranya. [+]

  • Lambaian Munawwarah Galeri Foto

    SYUKUR tidak terhingga ke hadrat Ilahi kerana dengan izin-Nya, penulis diberi kesempatan menjejakkan kaki di Madinah buat pertama kali. Ia adalah kota suci kedua bagi umat Islam selepas Makkah. Perjalanan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Jeddah ke Madinah mengambil masa lebih kurang enam jam. [+]

  • 5 perhentian Galeri Foto

    MENGELILINGI kota London menaiki bas dua tingkat atau 'double decker' melewati 53 lokasi pelancongan, pasti meninggalkan kenangan abadi. Itu yang dilalui Wartawan Berita Minggu, MOHD AZRONE SARABATIN ketika melawat ibu negara England itu, baru-baru ini dan mencatatkan keistimewaan lima perhentian paling menarik perhatiannya. [+]

  • Syurga ski Galeri Foto

    SEPANJANG penerbangan lebih lapan jam dari Kuala Lumpur menuju Almaty, Kazakhstan, minda penulis sebenarnya berselirat dengan pelbagai persoalan dan tanda tanya yang menuntut jawapan. Jujur, destinasi yang akan diteroka selama seminggu itu masih terlalu asing biarpun Almaty sering jadi lokasi persinggahan penyanyi Malaysia yang menyimpan impian mencipta pengaruh di peringkat antarabangsa. [+]

  • Fantasi Macau Galeri Foto

    PENTAS kontang, tiba-tiba bertukar menjadi lautan dalam menenggelamkan sebuah kapal. Kemunculan manusia berwajah aneh, tiba-tiba muncul daripada lautan itu. Muzik mendebarkan bertingkah dengan bingit dihasilkan kumpulan seramai kira-kira 20 orang itu, meresahkan. Tiba-tiba seorang wanita dalam kurungan setinggi lebih 20 meter, turun daripada langit pentas. Sekumpulan manusia berwajah aneh, beredar dan serta merta pentas kembali bertukar kontang. [+]

  • Paksi 'Praha' Galeri Foto

    PRAGUE atau juga dikenali sebagai Praha, adalah ibu negara dan bandar terbesar Republik Czech. Bandar raya yang didiami lebih dua juta penduduk itu juga unik kerana diapit empat negara lain iaitu Poland, Jerman, Slovakia dan Austria. [+]

  • Kota Cinta

    PENGALAMAN menyusuri Sungai Seine, Paris sambil menghayati keindahan Menara Eiffel yang berlatar belakang panorama indah bersulamkan garapan kota lama dan moden, pasti menjadi kenangan manis pengunjung Kota Cinta ini. Namun, apakah itu saja gamitan ke sini atau ada banyak lagi keunikan kota Perancis ini yang boleh diteroka? [+]

  • Epal Melayu di Bumi Kangaru Galeri Foto

    LADANG buah-buahan Tropical Fruit World (TFW) tidak putus-putus menarik kunjungan jutaan manusia. Letaknya di Gold Coast, antara bandar terkenal di Australia. Jangan terkejut kerana di sini juga ada baka epal kacukan, Epal Melayu namanya. [+]

  • Terkenang Trang

    BERBANDING Phuket atau Krabi, nama Trang umumnya tidak begitu dikenali kalangan pelancong asing walaupun kedudukannya berdekatan kedua-dua lokasi pelancongan pilihan itu. Pun begitu, wilayah yang terletak di selatan Thailand ini tetap mempunyai keistimewaan tersendiri untuk diterokai. [+]

  • Evolusi Makkah Galeri Foto

    KESEMPATAN menjejakkan kaki ke Tanah Suci Makkah, pasti menjadi antara detik paling manis dan berharga dalam diri mereka yang bergelar jemaah umrah atau haji. Siapa yang tidak mahu menjadi tetamu Allah, beribadat sambil menyelami keistimewaan destinasi idaman umat Islam ini. Sudah pasti, pengalaman mereka yang mengunjungi sebelum Makkah dibangunkan, dengan tetamu sekarang amat jauh berbeza. Itulah dirasai wartawan Berita Minggu, NORAINI ISMAIL, yang menjejakkan kaki di Makkah 24 tahun lalu dan terbaru, awal bulan ini. Apa bezanya Makkah dulu dan sekarang? Ikuti catatan menariknya. [+]

  • Bandar dalam taman Galeri Foto

    CHRISTCHURCH terkenal kerana keindahannya sebelum beberapa siri gempa bumi hujung tahun lalu dan awal tahun ini sedikit mencacatkan pemandangan. Namun bagi MOHD ROPIDI MOHD NOOR yang berada di sana ketika bencana susulan melanda, bandar kedua terbesar di New Zealand ini tetap mempesonakan [+]

  • Arigato Ashi No Ko

    DARI dalam kereta kabel menuju Tasik Ashi, pemandangan cukup cantik. Kelihatan cahaya matahari menembusi celah awan kelabu menyimbah air tasik, seolah-olah lampu limpah gergasi menyuluh ke lembah yang menjadi destinasi wajib dikunjungi jika ke pergunungan Hakone, Jepun yang berlatarkan Gunung Fuji. [+]

Untuk sebarang pertanyaan mengenai iklan teks, hubungi muzainy@mediaprima.com.my untuk maklumat lanjut.

Peta Laman

Hak Cipta Terpelihara 2012 - Berita Harian - The New Straits Times Press (Malaysia) Berhad Emel kami sebarang maklumbalas.
Resolusi paparan terbaik untuk laman web ini adalah 1024 x 768 tracker

Kembali ke atas