AMNI Syakila Ahmad, 17, berdepan situasi menakutkan apabila mengalami masalah kulit berair dan kemerah-merahan serta rasa gatal yang melampau. Selain itu, kulit remaja ini bagai bersisik terutama apabila suhu meningkat. [+]
TALASEMIA adalah sejenis penyakit genetik yang mengganggu pembentukan sel darah merah normal dan menyebabkan sel darah itu mudah pecah atau musnah. Ini sekali gus boleh menghasilkan bahan zat besi secara berterusan dan berkumpul di beberapa organ penting seperti jantung otak, hati dan buah pinggang. [+]
RASA demam, letih, lesu, kurang selera makan dan hilang berat badan secara mendadak mungkin dianggap tanda penyakit biasa. Namun, berjaga-jaga kerana ia mungkin gejala awal kepada penyakit lebih serius seperti barah darah yang dikenali sebagai Lymphoma. [+]
TANGGAPAN bahawa perkembangan penyakit berkaitan alahan dan imunologi seperti Primary Immunodeficiencis (PI) sebagai kes terpinggir dan jarang dihidapi seharusnya dikikis bukan saja di kalangan masyarakat malah pihak berkuasa. [+]
HIPERTENSI! Kegilaan masyarakat terhadap gaya hidup urban selain pendedahan kepada budaya hidangan popular seperti roti canai, kari kambing serta sup gearbox berisiko menyebabkan anda menghidap penyakit kardiovaskular iaitu darah tinggi. [+]
DI Malaysia, penyakit kardiovaskular adalah penyebab utama kematian. Mengikut laporan Kementerian Kesihatan Malaysia pada 2000 hingga 2005, dianggarkan 20 hingga 25 peratus kematian di hospital kerajaan adalah disebabkan penyakit yang disebabkan gaya hidup ini. [+]
GASTRIK sering dikaitkan dengan keupayaan berpuasa. Namun, hakikatnya, penyakit ini boleh sembuh sepenuhnya kerana sifat semula jadi lapisan membran perut yang mampu membina semula sel lapisan yang terhakis dengan bantuan ubat dan rawatan betul. [+]
TEKNIK pembedahan kurang invasif atau minimally invasive surgery (MIS) kini mendapat permintaan tinggi di kalangan pesakit. [+]
SEBAIK seseorang disahkan menghidap barah, perkara pertama yang terpacul di minda semestinya kematian. Barah adalah satu kumpulan penyakit besar. Penyakit ini boleh dikatakan merangkumi atau membabitkan semua jenis organ manusia termasuk kulit iaitu organ terbesar pada tubuh. [+]
MASALAH batu karang hempedu berlaku akibat ketidakseimbangan kimia di antara mendapan kolesterol dalam pundi hempedu. Masa yang lama diperlukan untuk batu karang hempedu terbentuk daripada butiran kecil bersaiz pasir kepada batu yang lebih besar. Pundi hempedu sebenarnya berfungsi sebagai organ penyimpanan cecair pekat sehingga ia diperlukan untuk mencerna lemak di dalam usus kecil anda. [+]
HANYA pesakit buah pinggang kronik tahu betapa sengsaranya hidup bergantung pada mesin dialisis. Sekadar melaksanakan 30 peratus fungsi buah pinggang sebenar, pesakit berdepan pelbagai situasi menekan malah berdepan risiko kematian lebih awal. [+]
GOLONGAN dewasa yang normal bernafas lebih dari 20,000 kali sehari. Namun, cuba bayangkan, setiap kali menarik dan menghembus nafas, anda umpama bergelut dengan nyawa akibat saluran udara yang sempit. [+]
GAYA hidup tidak sihat, diet tinggi lemak, merokok dan kurang bersenam berpotensi meletakkan anda dalam risiko bahaya dijangkiti penyakit penyakit kardiovaskular yang kini menjadi punca utama kematian di seluruh dunia seawal usia 25 tahun. [+]
IMUNISASI anak-anak adalah benteng pertama melindungi nyawa mereka dari jangkitan pelbagai bakteria berbahaya. Walaupun Malaysia bertuah kerana program imunisasi yang disediakan Kementerian Kesihatan adalah berpandukan Perluasan Program Imunisasi (EPI) Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan diberi percuma kepada bayi dan kanak-kanak, namun masih ada vaksin yang tiada dalam jadual imunisasi kementerian seperti vaksin jangkitan pneumokokal. [+]
BUKAN resam orang kita untuk bercakap soal seksual. Ini kerana pada dasarnya, budaya masih menganggap seks sebagai perkara terlarang untuk dibicarakan secara terbuka - tidak kira bagi lelaki atau wanita. Sebenarnya, seks adalah suatu perkara serius dan bagi kebanyakan pasangan, isu ketegangan ereksi bukanlah sesuatu yang boleh dijadikan bahan lawak. [+]
KES bayi tersedak susu sebenarnya sering berlaku. Namun keadaan ini yang boleh dikawal dengan teknik tertentu, menjadi sesuatu yang amat ditakuti berikutan meningkatnya laporan kes bayi yang mati akibat tersedak susu. [+]
BERSEDIA untuk mengubah gaya hidup termasuk diet dan rutin senaman cukup penting bagi mereka yang disahkan mengalami pasca diabetes. Ini termasuk individu yang berisiko tinggi mendapat diabetes jenis dua. Gaya hidup cergas dan disiplin dalam pengambilan makanan amat efektif dalam mencegah atau melengahkan penularan diabetes. [+]
SEBUT saja rawatan yang membabitkan pembedahan, ramai pesakit menjadi gusar. Mentaliti ini sering menahan mereka daripada mendapatkan rawatan awal hingga semuanya terlambat. [+]
PENGASAS Apple, Steve Jobs; aktor Patrick Swayze dan Michael Landon termasuk penyanyi tenor, Luciano Pavarotti adalah antara selebriti dan golongan ternama yang menderita dan tewas akibat barah pankreas. Dikenali sebagai pembunuh senyap, barah pankreas bukanlah penyakit yang lazim berlaku berbanding barah jenis lain. [+]
INDIVIDU yang mengalami sakit saraf akibat diabetes selalunya menderita tanpa rawatan berikutan sifatnya yang sukar untuk didiagnosis. [+]
ANTARA 1945 hingga 1957, batuk kering atau nama saintifik perubatannya, Tuberkulosis (tibi) menjadi penyakit paling digeruni masyarakat dan pembunuh No 1 negara ketika itu. [+]
ALAHAN adalah masalah kesihatan lazim yang dihadapi semua golongan tanpa mengira usia. Namun, tidak semua orang terdedah atau berisiko mengalami alahan. Pemerhatian menunjukkan, jika ibu bapa mengalami alahan, anak-anak lebih berisiko tinggi untuk menghadapi situasi sama. [+]
PERNAHKAH anda berasa tidak selesa selepas makan hidangan yang berat, loya serta sering pedih ulu hati pada waktu malam? Andai itulah masalah yang sering dialami, anda berkemungkinan mengalami gejala penyakit gastroesophaegal reflux atau GERD. [+]
SABAN tahun, serangan radang paru-paru atau pneumonia membunuh kira-kira 1.4 juta penduduk dunia terutama kalangan kanak-kanak yang turut menjadi penghidap utama penyakit itu. [+]
SETIAP insan hanya dikurniakan sepasang rawan pada lutut sepanjang hayatnya. Sampai ketikanya bahagian rawan yang berfungsi sebagai lapisan lembut yang menghalang geseran dan melancarkan pergerakan serta selesa di antara dua hujung tulang lutut, akan mulai merosot. [+]
TAKRIF kemurungan adalah satu bentuk gangguan perasaan atau emosi yang dialami seseorang sama ada di dalam jangka masa pendek atau jangka masa panjang sehingga bertahun-tahun lamanya. [+]
MEMANG mudah mencari penerima organ, namun belum tentu mereka yang mencari mahupun menunggu organ untuk ahli keluarga yang memerlukan bantuan sedemikian sanggup pula menjadi pengikrar pendermaan organ. [+]
DERMA darah amalan mulia yang bukan saja memupuk nilai baik dalam diri dan menjadi tanggungjawab sosial, tetapi paling penting turut membantu menyelamatkan nyawa. Malangnya di negara kita, amalan ini dianggap kurang mendapat sambutan terutama daripada golongan muda. [+]
RAMAI menyangkakan persekitaran atau cara hidup yang tidak mengutamakan kebersihan sebagai penyebab terjadinya jangkitan atau kegatalan kulit. Namun, hakikatnya, persekitaran yang terlalu bersih juga boleh menyebabkan jangkitan, kegatalan atau alahan kepada kulit. [+]
PENYAKIT jantung dan strok adalah dua masalah kesihatan serius yang berpunca daripada tahap kolesterol tinggi. Keadaan itu dikatakan berkait rapat dengan beberapa faktor seperti keturunan, diet pemakanan dan gaya hidup seseorang. [+]
KHAMIS ini adalah Hari Jantung Sedunia dan sudah banyak diperkatakan mengenai cara mengelak serangan jantung. Namun aspek yang kurang dititikberatkan atau sering terlepas pandang adalah kehidupan selepas individu itu bergelar pesakit kardiovaskular yang juga pembunuh nombor satu dunia. [+]
“USIA saya hanya 14 tahun apabila rakan sekolah dan saudara mara menegur peha saya besar dan ejek muka saya bulat. Saya tertekan dan berasakan diri tidak sempurna. Setiap kali memandang cermin, saya benci melihat imej badan yang terpampang. [+]
RAWATAN harian adalah prosedur atau pembedahan yang membenarkan pesakit mendapat rawatan yang diperlukan tanpa perlu bermalam di hospital. Pesakit akan mendapat rawatan dan pulang ke rumah pada hari yang sama. Dianggarkan lebih kurang 70 peratus pembedahan boleh dijalankan secara rawatan harian dan ada banyak faktor lain yang perlu dipertimbangkan bagi memastikan kesesuaian pesakit bagi rawatan jenis ini. [+]
SELEPAS sebulan melatih diri berlapar dan dahaga serta mendisiplinkan tubuh kerana berpuasa, kehadiran Aidilfitri menyaksikan ramai kembali bebas mengamalkan diet asal. Malangnya, diet asal itu menjadi lebih berat apabila perut ‘dikejutkan’ dengan pelbagai hidangan sarat di rumah terbuka atau ketika mengunjungi rumah sanak saudara, termasuklah pada hari ini. [+]
BENARKAH lelaki hanya berjumpa doktor sedangkan wanita sebaliknya lebih beruntung kerana kehamilan membawa mereka mendapatkan khidmat doktor seawal mungkin? [+]
HEMOFILIA dianggap penyakit darah jarang dihidapi, namun komuniti kecil yang menghidapnya bersama ibu bapa atau keluarga mereka, penjaga dan pakar perubatan tetap bergerak aktif menerusi Persatuan Hemofilia Malaysia (PHM) bagi mendekati, memberi maklumat dan menyedarkan masyarakat mengenai kewujudan dan bahaya penyakit ini. [+]
ASYIK sekali Abdul Ghani Melan, 67, melakukan kerja tampalan dan kraftangan di Pusat Sumber NKF-Berjaya di Petaling Jaya. Sekali pandang, tiada langsung kelihatan lelaki tua asal Johor Bahru ini menderita sebarang penyakit, jauh sekali mempunyai masalah dengan buah pinggangnya. [+]
KAJIAN Indeks Kesihatan dan Kesejahteraan Philips mendapati rakyat Malaysia berpuas hati dengan tahap kesihatan mereka tetapi golongan tua berasa kurang kawalan ke atas aspek itu. [+]
SETIAP kali Ramadan dan menjelang Aidilfitri di negara ini, jumlah penderma darah biasanya akan turun mendadak kerana dianggarkan sebahagian besar penderma adalah dalam kalangan orang Islam. Keadaan ini diburukkan lagi apabila musim balik kampung bermula. [+]
PROFIL kesihatan dirinya menunjukkan dia lelaki sihat, apalagi bergelar pelari maraton. Malah Ismail Zakri Md Khalid, 62, menjalani kehidupan berkualiti dan sihat sehinggalah dia tiba-tiba rebah dan pengsan pada November 2008. Ketika itu, keluarganya hampir pasti ia akibat serangan jantung, namun masih sukar menerima hakikat kerana keadaan fizikal dan tahap kecergasan bapa tiga anak itu begitu memuaskan. [+]
HARI bahagia yang bakal dilalui sebagai pengantin baru akhir bulan ini pastinya menambah tekanan kepada wanita ini selepas disahkan menghidap penyakit Sistemik Lupus Eritematosus (SLE) atau Lupus. Apa tidaknya, ketika bakal pengantin lain sibuk membuat persiapan, Nas Norniza Nasbah, 26, sebaliknya dikejutkan dengan berita menghidap SLE, April lalu. [+]
SEJENIS ubat mungkin mujarab bagi seorang pesakit namun ubat sama mungkin memudaratkan yang lain pula. Mengapakah boleh berlaku sedemikian? Antara puncanya disebabkan perbezaan genetik kedua-dua pesakit berkenaan. Generasi baru ubat-ubatan bukan lagi lambakan ubat yang dihasilkan untuk keuntungan. [+]
SUSUK tubuhnya yang kecil dan tidak setara usianya sering menjadi bahan jenaka rakan sekolah. Tambahan pula dalam kebanyakan masa dia terpaksa pula membawa diri kerana tidak dapat menyertai sebarang kegiatan fizikal yang lasak dan menyeronokkan seperti dinikmati rakan sebayanya. Hanya rakan yang akrab saja tahu dan faham derita penyakitnya. [+]
TERLALU tertekan dan memendam risau memikirkan pelbagai masalah hidup, Azean Irdawaty, 60, atau lebih mesra disapa Kak Yan diuji lagi apabila disahkan menghidap barah payudara pada 2007. [+]
LUSA adalah Hari Asma atau Lelah Sedunia, tetapi sejauh manakah kita menyedarinya? Hakikatnya, berbanding penyakit jantung, diabetes atau kencing manis dan darah tinggi yang lebih dikenali, penyakit asma pula lazimnya lebih ‘dihayati’ penghidap dan keluarga mereka yang lebih maklum kesan atau komplikasi fizikal, psikologi dan sosial akibat asma. [+]
BAGI seorang ibu, masalah anak demam, enggan makan dan minum, sakit kepala, merengek, muntah mungkin kedengaran seperti gejala penyakit yang biasa dialami anak kecil. Hakikatnya, tanda penyakit begini jangan diambil mudah kerana mungkin anak anda sedang menderita penyakit meningitis. [+]
SETIAP pagi, anda bersin berulang kali hingga hidung dan matanya berair. Malah, garisan halus terbentuk pada batang hidungnya akibat tabiat menggosok hidung setiap kali terasa gatal. [+]
MAKAN buah-buahan sebelum makan makanan berat adalah tabiat yang baik, tetapi yang lazimnya berlaku, buah sering dijadikan sajian pencuci mulut atau hidangan terakhir selepas makanan utama. [+]
ANATOMI bahagian belakang tubuh adalah kombinasi tulang yang kuat, ligamen dan tendon yang fleksibel selain otot dan saraf yang sensitif. [+]
KHAMIS ini atau 10 Mac, adalah Hari Ginjal Sedunia. Malangnya, tidak ramai yang menyedari tarikh yang menjadi sebahagian kempen kesedaran peri pentingnya organ utama itu kecuali individu itu adalah penghidap atau mempunyai rakan atau ahli keluarga yang menghidap penyakit ginjal atau buah pinggang berkenaan. [+]
Untuk sebarang pertanyaan mengenai iklan teks, hubungi muzainy@mediaprima.com.my untuk maklumat lanjut.
Hak Cipta Terpelihara 2012 - Berita Harian - The New Straits Times Press (Malaysia) Berhad Emel kami sebarang maklumbalas.
Resolusi paparan terbaik untuk laman web ini adalah 1024 x 768 ![]()