Waktu solat KL & yang sewaktunya:
Jumaat , 25 April 2014,

Bot tempatan disyaki terbabit dalam kes samun kapal tangki Jepun

SHAH ALAM: Sebuah bot tempatan disyaki terbabit dalam kejadian kapal tangki Jepun, Naniwa Maru 1 yang disamun lapan penjenayah di perairan Pelabuhan Klang dekat Pulau Ketam, Pelabuhan Klang, awal pagi Selasa lepas. »

Banjir kilat di Raub, 56 penduduk dipindahkan

KUANTAN: Sebanyak 56 orang daripada 18 keluarga di daerah Raub dipindahkan ke tiga pusat pemindahan banjir apabila rumah mereka mula dinaiki air pagi tadi. »

Paip pecah jejas pelan catuan bekalan air di PJ dan Rawang

KUALA LUMPUR: Kejadian paip pecah di Petaling Jaya dan Rawang hari ini telah menjejaskan penyaluran air ke kawasan sekitar yang terlibat dalam pelan catuan bekalan air. »

JPA disaran utamakan faktor fizikal apabila pilih penjawat awam

KUALA LUMPUR: Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) disaran lebih selektif dalam urusan melantik penjawat awam, terutama yang akan bertugas di barisan hadapan. »

Terpulang kepada Obama sama ada mahu jumpa Anwar atau tidak - Dr Mahathir

PUTRAJAYA: Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata terpulang kepada Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama sama ada mahu berjumpa atau tidak dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim. »

Lawatan Obama akan jamin Malaysia berhubung pertikaian Laut China Selatan

KUALA LUMPUR: Kunjungan Presiden Amerika Syarikat Barack Obama ke Malaysia hujung minggu ini akan menyediakan jaminan kepada Malaysia dari segi keselamatan nasional berhubung pertikaian wilayah ke atas kawasan Nine-Dash Line di Laut China Selatan, kata Jeffrey Cheah Institute on Southeast Asia. »

BH menang anugerah emas pada Anugerah Media Asia 2014 di Hong Kong

HONG KONG: BH meraih pingat emas bagi reka letak muka depan pada Anugerah Media Asia 2014 anjuran Persatuan Akhbar dan Penerbitan Berita Dunia (WAN-IFRA) di sini malam ini. »

Musuh sebenar SUPP ialah DAP - Adenan

KUCHING: Ketua Menteri, Tan Sri Adenan Satem hari ini mengingatkan pemimpin Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) bahawa musuh sebenar mereka bukan antara sesama mereka dalam kalangan parti itu tetapi DAP. »

Obama lancar MaGIC di Cyberjaya pada Ahad ini

KUALA LUMPUR: Presiden Amerika Syarikat Barack Obama dijangka melancarkan Pusat Kreativiti dan Inovasi Global Malaysia (MaGIC) di Cyberjaya pada Ahad ini. »

MH370: Bunga Mas 6 TLDM tiba di kawasan pencarian

PERTH: Kapal sokongan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Bunga Mas 6 (BM6) hari ini menyertai kapal frigat KD Lekiu dalam usaha mencari pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 yang hilang di selatan Lautan Hindi. »

Perhimpunan bantah GST tidak dibenarkan di Dataran Merdeka - Datuk Bandar

KUALA LUMPUR: Dataran Merdeka tidak akan dibenar sama sekali digunakan untuk Himpunan Membantah Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST), yang dijadual pada 1 Mei ini. »

Pekerja Alam Flora maut dirempuh lori

KUANTAN: Seorang kakitangan Alam Flora terbunuh selepas motosikal yang ditunggangnyabertembung dengan sebuah lori di Kilometer 31 Jalan Felda Mempaga-Kampung Lebu, dekat Bentong hari ini. »

Pendaftaran untuk cukai barang dan perkhidmatan dibuka 1 Jun

PETALING JAYA: Orang yang layak dicukai perlu mendaftarkan diri di bawah peraturan-peraturan cukai barangan dan perkhidmatan (CBP) di laman web khusus, http://CBP.customs.gov.my, mulai 1 Jun, kata seorang pegawai Kastam Diraja Malaysia hari ini. »

Suspek bertatu harimau ditahan di Ipoh

SHAH ALAM: Seorang suspek bertatu harimau yang dipercayai terbabit menembak anggota polis di Taman Lembah Maju, Pandah Indah, Ampang Jaya dua minggu lepas ditahan. »

Kerajaan akan terus pastikan rakyat dapat manfaat daripada RTC - Najib

Galeri Foto

JITRA: Datuk Seri Najib Razak berkata kerajaan sentiasa berusaha mencari jalan supaya rakyat terus mendapat manfaat daripada Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) termasuk menghubungkannya dengan Pusat Transformasi Bandar (UTC) bagi meningkatkan pendapatan penduduk luar bandar. »

7 warga Iran dipenjara 12 tahun miliki 572 ketulan dadah dalam perut

SHAH ALAM: Tujuh keldai dadah warga Iran, masing-masing dijatuhi hukuman penjara 12 tahun dan 15 sebatan oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini, selepas mengaku bersalah terhadap pertuduhan pilihan memiliki 3.02kg dadah empat tahun lalu. »

4 lelaki bersenjata parang samun kedai 24 jam

KUANTAN: Empat lelaki bersenjatakan parang menyamun sebuah kedai 24 Jam di Jalan Tun Ismail di sini dan melarikan wang tunai serta rokok yang dianggar bernilai RM1,000, semalam. »

Ringgit ditutup lebih rendah berbanding dolar AS

KUALA LUMPUR: Ringgit mengakhiri dagangan pada paras lebih rendah berbanding dolar AS hari ini berikutan pengumuman data AS yang lebih baik dan spekulasi yang mengatakan Rizab Persekutuan mungkin mengakhiri langkah-langkah rangsangannya tahun ini, kata peniaga. »

Universiti Antarabangsa Albukhary akan dibuka semula - Idris Jusoh

IPOH: Universiti Antarabangsa Albukhary (AIU) akan dibuka semula dan beroperasi seperti biasa, kata Menteri Pendidikan II, Datuk Seri Idris Jusoh. »

37,000 pemohon Skim MyHome diterima sehingga kini - Abdul Rahman

PUTRAJAYA: Sebanyak 37,000 permohonan diterima untuk Skim Perumahan Mampu Milik Swasta (MyHome), yang memberikan insentif bantuan kewangan RM30,000 kepada yang layak, sejak dilancarkan 1 April lalu. »

Pengarah syarikat mengaku tidak bersalah buat kenyataan palsu

KUALA LUMPUR: Seorang pengarah syarikat pembangunan hartanah mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini terhadap pertuduhan membuat pernyataan palsu di dalam afidavitnya dalam satu kes, tahun lalu. »

Ramai penerima salah guna BR1M - Tengku Adnan

KUALA LUMPUR: Hasrat kerajaan untuk meringankan beban rakyat terutama golongan berpendapatan rendah melalui pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) tidak tercapai sepenuhnya. »

8 kedai, kereta musnah dalam kebakaran di Telupid

TELUPID: Sederet lapan kedai musnah dalam kebakaran di Simpang Jalan Buis Kiabau dekat sini, hari ini. »

FAM perlu tegas kesalahan tumbuk pengadil - Khairy

KUALA LUMPUR: Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) harus mengenakan hukuman berat terhadap bekas pengurus pasukan Johor Darul Ta'zim II (JDT II), On Jabar »

Krisis air Selangor perlu diselesai sebelum jejaskan lagi operasi syarikat

PETALING JAYA: Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed berharap krisis air di Selangor dapat diselesaikan dalam masa terdekat sebelum lebih menjejaskan operasi syarikat tempatan dan luar negara di negeri itu. »

Kerajaan Sarawak tanggung separuh bil rawatan ADUN Bukit Assek

PETRA JAYA: Kerajaan Sarawak akan menanggung separuh bil rawatan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Assek, Wong Ho Leng yang kini menerima rawatan rapi di Singapura. »

Seorang maut, 284 hilang tempat tinggal rumah panjang terbakar di Miri

MIRI: Seorang lelaki orang kelainan upaya (OKU) maut manakala 284 penduduk di Rumah Panjang Akai hilang tempat tinggal di sini akibat kebakaran malam semalam. »

Bos F1 dibicara atas tuduhan rasuah, pecah amanah

MUNICH: Supremo Formula Satu (F1), Bernie Ecclestone, dibicarakan hari ini atas tuduhan rasuah yang boleh mengakhiri kerjanya dalam sukan berprestij dunia itu selama 83 tahun. »

Polis jamin keselamatan semasa lawatan Presiden AS

KUALA LUMPUR: Polis Kuala Lumpur sudah melakukan persediaan rapi termasuk menyediakan pegawai dan anggota secukupnya untuk bertugas sepanjang Presiden Amerika Syarikat (AS) Barack Obama berada di ibu negara bermula Sabtu ini. »

KBS sasar 100,000 untuk belia ceburi bidang pertanian

KUALA LUMPUR: Kementerian Belia dan Sukan (KBS) mensasarkan 100,000 golongan belia menceburi bidang pertanian melalui program yang disediakannya. »

DAP bincang pilihan raya Bukit Gelugor

KUALA LUMPUR: Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP, badan pembuat keputusan tertinggi parti, akan membincangkan perkara berkaitan pilihan raya kecil Parlimen Bukit Gelugor pada 28 April, kata pemangku pengerusinya, Tan Kok Wai. »

BN tunggu kata putus MCA mengenai PRK Bukit Gelogor

KUALA LUMPUR: Barisan Nasional (BN) sedang menunggu kata putus daripada MCA sama ada parti komponen itu akan bertanding dalam pilihan raya kecil (PRK) Parlimen Bukit Gelugor, Pulau Pinang bulan depan atau sebaliknya. »

Anwar failkan petisyen rayuan di Mahkamah Persekutuan

PUTRAJAYA: Datuk Seri Anwar Ibrahim memfailkan petisyen rayuan di Pejabat Pendaftar Mahkamah Persekutuan dengan mengemukakan 35 alasan mengapa mahkamah perlu membebaskan beliau daripada tuduhan meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan. »

Masalah gear mendarat punca pesawat Firefly berpatah balik

KUALA LUMPUR: Pesawat Firefly membawa 64 penumpang dan empat anak kapal yang berlepas dari Pulau Pinang terpaksa berpatah balik pagi tadi selepas mengalami masalah gear mendarat. »

Institusi pondok diharap aktif beri teguran tanpa terikat sentimen politik - Najib

ALOR SETAR: Datuk Seri Najib Razak mahu institusi pondok bertindak aktif sebagai suara nasihat beraspirasikan ajaran agama yang murni tanpa terikat kepada sentimen politik kepartian. »

PRK Parlimen Bukit Gelugor ditetapkan 25 Mei, penamaan calon 12 Mei - SPR

VideoGaleri Foto

PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 12 Mei tarikh penamaan calon manakala 25 Mei hari mengundi untuk Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Bukit Gelugor. »

Keuntungan sebelum cukai suku pertama MAHB turun kepada RM178.977j

KUALA LUMPUR: Keuntungan sebelum cukai Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) bagi suku pertama yang berakhir pada 31 Mac 2014, turun kepada RM178.977 juta daripada RM186.062 juta dalam suku yang sama tahun lalu. »

Patuhi undang-undang berpersatuan - Wan Junaidi

KUALA LUMPUR: Sebanyak 49 persatuan diisytihar sebagai pertubuhan haram sehingga kini walaupun ada antaranya berdaftar dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM). »

Ringgit dalam arah aliran menyusut menjelang akhir tahun

KUALA LUMPUR: Ringgit dijangka diniagakan dalam arah aliran menyusut menjelang akhir tahun ini disebabkan oleh pengaliran keluar mata wang negara yang sedang berkembang pesat, termasuk unit tempatan, ke Amerika Syarikat dan Eropah berikutan pemulihan ekonomi di negara-negara itu, kata Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER). »

Kaedah penilaian bagi urusan pengambilan guru dipertingkat - Joseph

PUTRAJAYA: Kaedah penilaian bagi urusan pengambilan guru ditambah baik dan dipertingkat bagi memastikan hanya yang terbaik antara yang terbaik sahaja yang dilantik ke profesyen itu. »

Wan Junaidi sangkal dakwaan kegiatan subversif, sabotaj semakin ketara

KUALA LUMPUR: Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar hari ini menyangkal dakwaan kononnya kegiatan subversif dan sabotaj semakin menjadi-jadi di negara ini. »

Jalan Bukit Bintang di antara Chulan Square-Menara Worldwide ditutup

KUALA LUMPUR: Sebahagian Jalan Bukit Bintang di antara Chulan Square dan Menara Worldwide di sini ditutup kepada semua lalu lintas bermula hari ini. »

Lelaki tukar pengakuan selepas terkejut dengar hukuman

GEORGETOWN: Seorang lelaki menukar pengakuan kepada tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini terhadap pertuduhan merompak seorang penjaga pasar raya mini Mac lalu selepas terkejut bakal menghadapi hukuman penjara sehingga 14 tahun. »

Perdamaian Bangsamoro jana peluang ekonomi kepada pelabur Malaysia - Anifah

KUALA LUMPUR: Perjanjian Komprehensif mengenai Bangsamoro (CAB) yang dimeterai antara kerajaan Filipina dan Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF) akan memberi ruang kepada pelabur Malaysia meneroka peluang perniagaan di selatan negara itu. »

Gempa bumi kuat di Canada Region

KUALA LUMPUR: Gempa bumi kuat berukuran 6.4 pada skala Richter berlaku di Vancouver Island, Canada Region pada 11.10 pagi tadi. »

Kementerian ambil tindakan tegas atasi jenayah siber - Jailani

KUALA LUMPUR: Kementerian Komunikasi dan Multimedia mengakui sukar untuk mengesan pemilik akaun sosial palsu yang diguna untuk membuat pelbagai tohmahan dan fitnah terhadap individu lain. »

Lebih 16 peratus pasangan di Pahang pohon cerai pada 2013

KUANTAN: Persidangan Dewan Undangan Negeri Pahang hari ini diberitahu 16.22 peratus daripada 15,000 perkahwinan pasangan Islam yang didaftarkan di negeri itu sepanjang tahun lalu kini pada pelbagai peringkat proses penceraian. »

Niaga hadapan KLIBOR kekal tidak catat dagangan sehingga tengah hari

KUALA LUMPUR: Kontrak niaga hadapan tiga bulan Kadar Tawaran Antara Bank Kuala Lumpur (KLIBOR) terus tidak mencatatkan sebarang dagangan sehingga tengah hari ini. »

Kerjasama pemain industri dapat hapus amalan rasuah - SPRM

KUCHING: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berharap mendapat kerjasama lebih erat daripada pemain industri pembinaan dalam usaha menghapuskan amalan rasuah yang wujud dalam industri berkenaan. »

Pahang tidak bercadang bekal senjata api kepada penguat kuasa

KUANTAN: Kerajaan Pahang tidak bercadang membekalkan senjata api kepada pegawai penguat kuasa agensinya atau menempatkan mereka di kawasan perumahan khusus bagi melindungi mereka daripada ancaman keselamatan. »

Kerajaan Pusat tidak pernah tolak hudud - Najib

ALOR SETAR: Datuk Seri Najib Razak, menegaskan Kerajaan Pusat tidak pernah menolak hudud, namun mengakui masih banyak yang perlu diselesai dan diperhalusi sebelum undang-undang itu dapat dilaksanakan. »

Kerajaan lulus geran RM500,000 kepada Yayasan Pembangunan Pondok Malaysia

ALOR SETAR: Datuk Seri Najib Razak sebentar tadi meluluskan geran RM500,000 kepada Yayasan Pembangunan Pondok Malaysia (YPPM) untuk dimanfaat bagi tujuan mencari, memperoleh dan memulih kitab lama bagi tujuan rujukan. »

25 Mei dipilih selepas ambil kira beberapa faktor - SPR

PUTRAJAYA: Tarikh 25 Mei dipilih sebagai hari pengundian bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Bukit Gelugor, Pulau Pinang selepas mengambil kira beberapa faktor, kata Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof. »

Kerajaan belanja RM14.2 juta sediakan bekalan barangan komoditi - Muhyiddin

PUTRAJAYA: Kerajaan sudah membelanjakan sebanyak RM14.2 juta untuk menyediakan stok simpanan bagi barangan komoditi supaya produk agro makanan yang segar dapat dibekalkan secara berterusan serta dijual dengan harga berpatutan. »

Penerbangan Firefly dari Pulau Pinang ke Kota Bharu diarah berpatah balik

PETALING JAYA: Penerbangan Firefly dari Pulau Pinang ke Kota Bharu diarah berpatah balik selepas 15 minit berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang di Bayan Lepas pada jam 7 pagi tadi. »

Penternak rugi RM25,000, 11 lembu peliharaan mati dipanah petir

ALOR GAJAH: Seorang penternak kerugian hampir RM25,000 selepas 11 lembu peliharaannya mati akibat dipanah petir di Kampung Telok Berembang, Lubok Cina, di sini, petang semalam. »

Firefly gantung penerbangan Kota Bharu-Bangkok

KUALA LUMPUR: Firefly menggantung penerbangan dari Kota Bharu ke Bangkok buat sementara waktu berikutan keadaan politik di ibu negara itu yang semakin tegang. »

'Datuk' parah ditikam dua lelaki tidak dikenali di Ipoh

IPOH: Seorang Ahli Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) bergelar Datuk parah ditikam dengan senjata tajam oleh dua lelaki ketika mangsa baru sahaja keluar dari sebuah premis di Jalan Datuk Seri Ahmad Said, Greentown di sini, lewat petang semalam. »

Menara Kawalan Trafik Udara klia2 diiktiraf tertinggi di dunia - KP DCA

SEPANG: Menara Kawalan Trafik Udara klia2 diiktiraf oleh Guinness World Book of Records sebagai menara kawalan tertinggi di dunia dengan ketinggian 141.9 meter dari aras laut. »

Feri karam di Korea: Angka korban rasmi cecah 159, 143 masih hilang

JINDO: Usaha mencari mayat di dalam badan feri yang karam di Korea Selatan lebih seminggu lalu diteruskan pagi ini dengan angka korban rasmi mencecah 159, manakala lebih 140 lagi masih hilang sekali gus memberi tekanan kepada kerajaan untuk menamatkan operasi mencari itu. »

ADUN Pahang lawat kilang LYNAS

KUANTAN: Buat pertama kali kesemua 42 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pahang melawat dan meninjau operasi kilang pemprosesan nadir bumi Lynas Corporation Ltd (LYNAS) di Gebeng, dekat sini. »

Pengarah JPS P Pinang dilantik Pengurus PRK Bukit Gelugor - SPR

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) melantik Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran Pulau Pinang, Kapten (B) Anuar Yahya sebagai Pengurus Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Bukit Gelugor pada 25 Mei ini. »

PRK Bukit Gelugor babitkan kos RM1.9 juta - SPR

PUTRAJAYA: Sebanyak RM1.9 juta membabitkan 1,095 petugas diperuntukkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk menjalankan Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Bukit Gelugor pada 25 Mei ini. »

PRK Bukit Gelugor: 82,431 daftar pemilih layak mengundi

PUTRAJAYA: Seramai 82,431 pengundi layak mengundi bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Bukit Gelugor pada 25 Mei ini. »

IPU seluruh negara baik, 6 kawasan catat bacaan sederhana

KUALA LUMPUR: Kualiti udara seluruh negara bertambah baik manakala enam kawasan merekodkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) sederhana setakat 7 pagi ini. »

Najib mulakan lawatan sehari ke Kedah

ALOR SETAR: Datuk Seri Najib Razak memulakan lawatan seharinya ke Kedah hari ini dengan menghadiri taklimat pembangunan negeri di Wisma Darul Aman di sini. »

Objek terdampar di pantai Augusta bukan MH370 - JACC

CANBERRA: Selepas ujian dilakukan terhadap gambar objek yang terdampar di pantai Augusta di Australia Barat mendapati ia bukannya petunjuk baru terhadap pesawat MH370 yang hilang. »

Real Madrid menang tipis 1-0 ke atas Bayern

Galeri Foto

MADRID: Jaringan tunggal penyerang, Karim Benzema memberi kelebihan kepada Real Madrid untuk melangkah ke final pertama Liga Juara-Juara Eropah selepas 12 tahun apabila menang 1-0 ke atas Bayern Munich, awal pagi tadi. »

Keputusan Liga Juara-Juara

Keputusan Liga Juara-Juara »