Belalang Jalan Riong
Tahniah kepada semua calon yang menang, sama ada kerusi Parlimen atau Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13), 5 Mei lalu. Setelah dipilih menjadi calon dan menang, sekarang adalah masa untuk bekerja. Yang Berhormat (YB) hari ini bukan macam dulu. YB hari ini perlu bekerja keras kerana mereka akan diadili oleh pimpinan parti, sebelum khidmat mereka dinilai oleh pengundi dalam pilihan raya umum berikutnya. »
MCA, GERAKAN perlu raih kepercayaan masyarakat Cina
Tsunami politik Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) memberikan pelbagai kenangan kepada parti politik yang bertanding. Bagi Barisan Nasional (BN), keputusan 133 kerusi Parlimen, kemenangan majoriti mudah mampu diterjemahkan melalui pembentukan Kerajaan Pusat. Namun bagi pakatan pembangkang pula, pencapaian 87 kerusi Parlimen sekadar memenuhi tradisi sebagai pembangkang dalam negara. »
Semua dakwaan pembangkang terhadap SPR tidak berasas
Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) 5 Mei lalu mencatat sejarah tersendiri apabila diwarnai dengan pelbagai isu seperti peratusan mengundi paling tinggi, kontroversi berkaitan penggunaan dakwat kekal dan dakwaan kononnya terdapat puluhan ribu pengundi hantu dan bermacam-macam lagi, yang tidak pernah berlaku sebelum ini. Namun, banyak pihak menyifatkan pilihan raya kali ini paling bersih dan telus. »


