Nukilan penyair negara gah di pentas antarabangsa

Dr Anwar Ridhwan |

Ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada penyair Zurinah Hassan kerana pada tahun ini beliau memenangi Anugerah Antarabangsa Sunthorn Phu. Anugerah ini akan disampaikan di Bangkok pada 26 Jun ini. »

Sekolah satu aliran jamin survival bangsa

Manja Ismail |

Hakikat bahawa semakin banyak desakan termasuk dariapda kalangan cendikiawan Cina sendiri supaya sistem persekolahan satu aliran diperkenalkan, menunjukkan kebimbangan terhadap tahap perpecahan kaum di negara ini sekarang, dikongsi oleh majoriti rakyat. »

Gaya hidup berhutang mampu hancurkan ummah

Dr Asyraf Wajdi Dusuki |

Penulis benar-benar tersentak membaca kenyataan Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan yang mendedahkan hutang isi rumah kini mencecah RM800 bilion atau 89.2 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK). Menurut beliau hutang itu sebahagian besarnya disumbangkan hutang berpanjangan golongan berpendapatan bawah RM3,000 dan penjawat awam yang meminjam daripada institusi bukan bank seperti koperasi, sekali gus meningkatkan bebanan isi rumah. »

Menilai semula teori lapuk

Mior Kamarul Shahid |

Sarjana komunikasi mempunyai tugas berat dan mencabar berikutan pelbagai perubahan landskap dan persekitaran media hari ini. Mereka perlu melihat semula teori komunikasi, media dan kewartawanan yang dianggap sudah tidak lagi sesuai berikutan kemajuan teknologi yang begitu pesat. »

Politik pembangunan masih relevan di Kelantan

Dr Muhamad Razak Idris |

Walaupun wujud pola meluas daripada analisis Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) yang lalu mengenai dapatan berhubung sikap penerimaan sebahagian besar rakyat terhadap isu politik yang bersifat urban atau kebandaran seperti persoalan pembanterasan rasuah, keterbukaan media dan keseimbangan peluang penyertaan dalam bidang ekonomi, namun ia tidak bermakna isu politik pembangunan sudah tidak relevan. »

Melayu belum cukup mantap hadapi persaingan

Sidek Baba |

Tun Dr Mahathir Mohamad ketika menjadi Perdana Menteri pernah mengungkapkan bahawa 'Melayu mudah lupa'. Amat menarik sekiranya isu itu dipolemikkan dalam perspektif yang berbeza supaya pembetulan dapat dilakukan. Kedudukan Melayu dalam Perlembagaan dan makna Melayu dalam Islam adalah amat istimewa, tetapi keupayaan Melayu menterjemahkan kedudukannya dalam negara menerima kritikan yang banyak dalam kalangan orang Melayu dan juga bukan Melayu. »

Tak salah pahat berbunyi bila rumah dah siap

Kunta Kinte |

Pada 12 Jun, Kunta Kinte hadiri Malam Wartawan Malaysia anjuran Institut Akhbar Malaysia (IAM) dan ditaja oleh PETRONAS. »

Hati boleh tentukan perlakuan manusia

Dr Aziz Jamaludin Mhd Tahir |

Hampir dua dekad lalu, ada drama bersiri menarik yang disiarkan oleh RTM. Drama Sesat Dalam Cahaya mengisahkan bagaimana manusia boleh tersesat walaupun mereka sebenarnya dilahirkan sebagai orang Islam. Ia agak bertentangan dengan sifat Islam itu sendiri, kerana Islam adalah agama yang paling sempurna bagi memandu manusia daripada terus hidup dalam kesesatan dan kejahilan. »

Kerenah pembantu cerminan ketua

Abd Razak Hussin |

Pagi semalam penulis menerima panggilan telefon daripada pejabat seorang kenamaan negara. Suara Anis yang lembut memang penulis kenal kerana sering berurusan dengan pejabatnya. Anis adalah pembantu kesetiausahaan kepada seorang tokoh yang mempunyai kaitan rapat dengan UKM. Sepanjang berurusan dengannya, Anis sentiasa memaparkan khidmat profesionalnya. Bukan saja suara yang selesa didengar, tutur katanya juga sopan dan menghormati penulis atau pembantu yang sering menghubunginya. »

Teknologi: Jangan hancurkan ikatan keluarga

Johan Jaafar |

Adegan di mana-mana kedai makan di kota dan bandar utama dunia hari ini: Keluarga sedang makan. Si bapa sibuk menyemak khidmat pesanan ringkas (SMS), si ibu sedang ber-whatsapp dengan kawan, anak pertama sedang bermain Candy Crush Saga, seorang lain menghantar sesuatu melalui Facebook (FB), seorang lagi melayari laman web mencari muzik K-Pop terbaru. »

Jenayah siber cabaran baru sistem perundangan

Mohd Ayob Abd Razid |

Perkembangan kehidupan masyarakat pasca moden hari ini nampaknya banyak dipengaruhi media siber. Pada satu sisi, perkembangan ini dilihat sebagai positif kerana banyak kebaikannya. Antaranya, ia mendorong dan memperluas integrasi ekonomi pada peringkat global serta memperluas nilai demokrasi dan hak asasi manusia. »

Agenda dakwah mesti terus disemarakkan

Dr Asraf Wajdi Duzuki |

Rabu lalu, saya mula bertugas di tempat baru, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) setelah diberi kepercayaan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sebagai Yang Dipertua. Sesungguhnya kepercayaan yang diberikan ini amat besar tanggungjawabnya, apatah lagi untuk menerajui organisasi dakwah tertua yang diasaskan oleh ayahandanya, Tun Abdul Razak. »

Raja-Raja Melayu bukan simbol

Shamrahayu A Aziz |

Ketika menjadi panel pada satu forum isu semasa, seorang peserta bertanya mengenai pendapat yang menolak pembabitan Raja-Raja dalam semua hal berkaitan pentadbiran negara. Katanya, bagi negara yang mengamalkan demokrasi, Raja hanyalah simbol semata-mata tanpa tanggungjawab. Saya kongsi sebahagian jawapannya di sini. »

Menjadikan proses belajar lebih seronok

Mohamad Abdullah |

Ketika bertitah secara spontan dalam satu majlis meraikan Hari Keputeraan Ke-70, Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Syed Putra Jamalullail menzahirkan kebimbangan baginda terhadap tekanan yang dilalui oleh anak-anak sekarang ini dalam memenuhi harapan semua pihak untuk melihat mereka berjaya dalam akademik. »

Belalang Jalan Riong: Diskriminasi mutu

Mior Kamarul Shahid |

Minggu lalu, kolum ini menulis mengenai pembangunan di Bukit Bintang, sebuah kawasan paling sibuk di tengah-tengah bandar raya Kuala Lumpur. Bukit Bintang hanyalah salah satu contoh daripada ratusan kawasan bandar yang pesat maju sejajar dengan kemajuan ekonomi negara. »

Pelancong China 'tak bertamadun'

Kunta Kinte |

Dalam dunia ada macam-macam cerita dan ragam. Kunta Kinte tertarik dengan satu berita yang Kunta Kinte baca. Sekarang ni, Kunta Kinte baca berita dengan dua cara. Mula-mula Kunta Kinte baca melalui internet dan keesokan hari baca dalam surat khabar pula. Baca melalui internet pasal cepat dan baca dalam surat khabar sebab tabiat. »

Baik, buruk dan hodohnya media sosial

Dr Mohd Azizuddin Mohd Sani |

Sejak berakhirnya Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13), kelihatan banyak perdebatan dan perbincangan mengenai peranan media sosial atau dikenali sebagai Web 2.0 seperti Facebook, Twitter, YouTube dan blog. Peranannya juga sangat efektif, khususnya kepada generasi baru yang dikenali sebagai Generasi X dan Y yang celik teknologi maklumat. »

Penerapan nilai Islam citra baru politik Turki

Dr Muhamad Razak Idris |

Peneliti bidang pemikiran politik Islam kini menumpukan perhatian mereka terhadap perkembangan bantahan awam yang berlaku di Turki sejak seminggu lalu. Ia menjadi tumpuan kerana pengalaman politik yang berlaku di Turki sejak lebih sedekad lalu unik dalam konteks pembangunan pemikiran politik Islam masa kini. »

Nilai murni rakyat Jepun patut dicontohi

Jeniri Amir |

Ketika meminta seorang rakan untuk menguruskan permohonan visa ke Jepun sebulan lalu, dia membayangkan beberapa kesulitan yang bakal dihadapi. Jika hendak pergi ke negara 128 juta penduduk itu, anda perlu mengemukakan sijil pernikahan, selain pernyataan kewangan bank. »

Penghinaan terhadap Yang di-Pertuan Agong perbuatan subversif

Mohd Ayop Abd Razid |

Di negara kita, sistem pemerintahan Raja Berperlembagaan mula dilaksanakan sebaik saja negara mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957. Sistem ini adalah hasil cadangan Jawatankuasa Lord Reid yang bertanggungjawab menyediakan draf Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu yang merdeka. »

Pembangkang merakyatkan sikap biadab

Juhaidi Yean Abdullah |

Sekitar pertengahan 1980-an, Tun Musa Hitam menyaran orang Melayu menjadi sedikit kurang ajar dalam keberanian bertanya atau menyoal. Konteksnya ialah keperluan untuk merubah status quo atau membuat perubahan yang perlu bagi kebaikan. »

Umat Melayu cerminan Islam

Sidek Baba |

Di Malaysia, bangsa Melayu adalah bangsa majoriti. Apabila sebut Melayu, ia dikaitkan dengan Islam. Perlembagaan Malaysia memberikan takrif antara lain Melayu itu beragama Islam, berbahasa Melayu dan mengamalkan budaya Melayu. Menariknya dikaji mengenai Melayu dan Islam ini ialah bahasanya. »

Tiba masa Melayu bersuara tentang diskriminasi

Rejal Arbee |

Penemuan oleh dua pensyarah kanan dari Universiti Malaya, bahawa graduan Melayu didiskriminasi oleh syarikat Cina dan antarabangsa apabila memohon pekerjaan berbanding graduan Cina tidak menghairankan. Kalangan Melayu sudah pun mengetahui bahawa pemohon Melayu tidak diberikan pertimbangan saksama berbanding pemohon bangsa lain. »

Perangi perasuah: Pemberi dan penerima!

Johan Jaaffar |

Tidak ada satu perkara yang lebih dibenci oleh rakyat hari ini selain daripada rasuah. Rasuah menjadi modal bualan dan isu panas dalam pilihan raya. Persepsi bahawa pemimpin dan penjawat awam mengamalkan rasuah berleluasa di negara ini. Walaupun banyak tuduhan terhadap mereka itu tidak berasas dan berniat jahat tetapi di fikiran sebahagian besar rakyat, semuanya dianggap sahih. »

Demokrasi talian hayat PAS

Mohd Izani Mohd Zain |

Pandangan beberapa pemimpin parti pembangkang baru-baru ini menolak bentuk keganasan termasuk demonstrasi jalanan amat menarik untuk dikupas. Misalnya, kenyataan Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah yang tidak menyokong sebarang demonstrasi jalanan yang membawa lebih banyak keburukan kepada negara. »

Perkukuh undang-undang kesalahan siber

Mohd Ayop Abd Razid |

Sejak pelancaran Koridor Raya Multimedia (MSC) pada Ogos 1996 negara mengalami ledakan penggunaan internet secara drastik. MSC berjaya menggalakkan penggunaan dan pembangunan teknologi maklumat (ICT) secara meluas dalam semua sektor dan menjadikan kita sebagai masyarakat bermaklumat. »

Menguar-uar seni kepada pelancong

Dr Anwar Ridhwan |

Sebagai penduduk tempatan, kita tidak menaiki bas pelancong tempatan untuk tahu pelbagai perkara daripada pemandu pelancong, yang di Barat disebut sebagai tour director. Kita menganggap kita sudah tahu pelbagai perkara mengenai Malaysiana. Tetapi apakah yang sebenarnya diterangkan oleh pemandu pelancong kita kepada pelancong asing? »

Fahami isi Raja Berpelembagaan

Shamrahayu A Aziz |

Kita sudah maklum mengenai kedudukan Yang di-Pertuan Agong dalam sistem pemerintahan dan sistem perundangan negara. Paling utama, kita memahami bahawa kita mengamalkan sistem Raja Berperlembagaan. »

Buat duit di Bukit Bintang

Mior Kamarul Shahid |

Kawasan sekitar Pudu dalam kawasan Bukit Bintang sentiasa sibuk kerana ia antara pusat pelancongan dan komersial yang menerima kunjungan ramai manusia di bandar raya Kuala Lumpur. Di sini ada banyak pusat beli-belah terkemuka yang jarak antara satu dengan lain hanya dengan berjalan kaki, hotel mewah, sederhana dan murah serta restoran daripada pelbagai negara termasuk dari Asia Barat. »

Tak disiplin tak akan maju

Kunta Kinte |

Baru-baru ini Kunta Kinte baca dalam surat khabar kata, Kerajaan China nak gandakan pendapatan per kapita rakyat menjelang tahun 2020. »

'Red Bean Army' cuba cabar kesabaran polis

Rejal Arbee |

Keazaman Ketua Polis Negara yang baru, Tan Sri Khalid Abu Bakar untuk memerangi segala bentuk jenayah amat dinantikan kerana sebelum ini persepsi orang ramai ialah polis seolah-olah buntu untuk menanganinya. »

PAS, DAP dan PKR bakal ulangi episod 2004

Juhaidi Yean Abdullah |

Apabila ditanya mengenai perbalahan yang sering berlaku antara pemimpin dan aktivis parti pakatan pembangkang, Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu berkata mereka boleh terus hidup selagi dan selama mana PAS, DAP dan PKR tidak serang menyerang antara satu sama lain. »

Islam tuntut perpaduan, bukan perpecahan

Dr Mohamad Nazli Omar |

Pada asasnya, perpaduan yang dianjurkan oleh Islam merujuk kepada dua dimensi iaitu melalui ikatan di kalangan umat Islam dan ikatan sesama anggota masyarakat lain yang bukan Islam. Perpaduan yang dianjurkan perlu memenuhi kriteria kerukunan muafakat yang baik, selain kesatuan insaniah yang dapat dizahirkan melalui ikatan jiwa dan kerohanian. »

Kampus, asrama tempat terbaik wujud kesatuan nasional

Mohamad Abdullah |

Apabila Universiti Sains Malaysia (USM) ditubuhkan pada 1969, kepemimpinan universiti pada masa itu memilih konsep desasiswa untuk asrama yang menempatkan mahasiswanya. Desasiswa bermakna menetapkan nilai hidup desa dalam kalangan mahasiswa berteraskan konsep saling memahami, tinggal bersama dan bekerjasama dalam pelbagai aktiviti. »

Pendidikan asas kesejahteraan masyarakat

Mohd Ayop Abd Razid |

Kesejahteraan sosial adalah elemen utama dalam menentukan tahap pembangunan sesebuah negara. Pada asasnya kesejahteraan sosial ialah perkara berkaitan dengan apa yang ingin dicapai oleh sesebuah komuniti. Ia mempunyai hubungan dengan apa yang dirasai dan dinikmati oleh sesebuah komuniti itu. »

PAS wajar memperjuang Islam bersama UMNO

Dr Alias Mohamed |

Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob dalam Facebooknya menyatakan pihaknya berpegang teguh bahawa demokrasi adalah wadah terbaik untuk menukar kerajaan di negara ini. Beliau tidak setuju rusuhan jalanan seperti dilakukan beberapa pemimpin pembangkang sekarang. »

Pelantikan senator dalam Kabinet tiada kaitan politik

Shamrahayu A Aziz |

Kali ini saya masih mahu berkongsi mengenai isu sama yang saya bincangkan pada minggu lalu, iaitu kedudukan Dewan Negara dalam sistem Parlimen yang kita sedang amalkan. »

Ghairah jadi jaguh, lupa adat menegur pemerintah

Dr Aziz Jamaludin Mhd Tahir |

Islam menyaran umatnya menjauhi sikap khuruj iaitu melakukan pemberontakan, penderhakaan dan lain-lain cara penentangan dengan cara yang salah. Ini bermakna, sekiranya wujud kesilapan oleh pemerintah, kita tidak boleh sesuka hati menentang. Sebaliknya kita disyariatkan untuk menasihat dan menjelaskan kesilapan itu dengan cara-cara yang betul, sejajar dengan situasi yang dibenarkan agama. »

Jangan bakar kelambu

Johan Jaaffar |

Terdapat perbezaan jelas di antara parti yang berasaskan perkauman dan parti yang dasarnya perkauman. Memang UMNO bermula sebagai parti untuk orang Melayu, seperti juga MCA dan MIC untuk orang Cina dan India. Banyak parti lain yang menggunakan kaum sebagai terasnya – mewakili suku kaum Iban, Kadazan atau sebagainya. »

Bahasa Melayu alat penyatuan nasional

Teo Kok Seong |

Bahasa adalah entiti yang boleh digunakan untuk pelbagai tujuan. Ia boleh digunakan untuk mengungkapkan budaya dan menjadi alat untuk membentuk semangat kebangsaan. »

Kita adalah sebahagian pelancong politik

Dr Anwar Ridhwan |

Beberapa hari sebelum Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13), penyair Ridzuan Harun mendeklamasikan puisinya yang menarik dalam satu majlis. Penyair itu menyampaikan puisinya yang berjudul Kepada Pelancong Politik. »

Perjuangan hak Melayu tak abai bangsa lain

Dr Asyraf Wajdi Dusuki |

Dewasa ini makin ramai golongan profesional Melayu dalam bidang korporat yang semacam rasa bersalah atau apologetik apabila bercakap mengenai hak dan kepentingan Melayu sebagai mana yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan. »

Belalang Jalan Riong: Sekadar mencari kesalahan

Mior Kamarul Shahid |

Setelah Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) selesai, sepatutnya setiap pihak sama ada kerajaan atau pembangkang, menumpukan perhatian kepada soal pembangunan negara. Agak aneh, setelah rakyat membuat keputusan mutlak dan memilih kerajaan, masih ada pihak yang mempertikaikan keputusannya. Keputusan PRU-13 adalah keputusan rakyat. »

Kebebasan bersuara pembangkang acuan ala Barat

Abdul Latif Abu Bakar |

Di kebanyakan negara Eropah, seseorang boleh menyatakan apa saja. Semuanya kerana menjunjung prinsip dan falsafah kebebasan bersuara. Lantas mereka mengeluarkan kenyataan yang menghina Islam, tetapi dibenarkan dan pertahankan atas alasan prinsip itu. »

Tiada lagi amaran, hanya tindakan tegas

Juhaidi Yean Abdullah |

Pada 1978, bekas Perdana Menteri, Tun Hussein Onn berdepan dengan kumpulan pendesak perkauman yang mendakwa wujud dua kelas warga negara di Malaysia. Puak ini membuat bising kerana tidak gembira dengan Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang kononnya mendiskriminasi orang Cina dan menjadikan mereka warga negara kelas kedua. Menurut mereka, hak istimewa Melayu, yakni tonggak kontrak sosial yang turut mempertahan hak bukan Bumiputera, meletakkan orang Melayu sebagai warga negara kelas pertama. »

Henti perlekeh kebolehan Melayu

Rejal Arbee |

Penjelasan seorang bekas Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Mohd Noor Abdullah mengenai hak pelbagai kaum dalam negara ini mengikut Perlembagaan Persekutuan menimbulkan pelbagai reaksi yang sungguh tidak menyenangkan daripada sesetengah pihak. »

Jiwa anarkis rosakkan prinsip demokrasi

Dr Aziz Jamaludin Mhd Tahir |

Seorang anak muda berpekik: "Demokrasi sudah mati. Demokrasi tidak ada lagi. Yang ada hanyalah anarki". Pekikan itu mengingatkan saya kepada keadaan politik di Malaysia kerana parti yang kalah tidak boleh menerima kekalahannya. Parti yang kalah terus membuli rakyat, menyeret rakyat agar tidak menghormati keputusan dan aturan permainan dalam kamus demokrasi. »

Pluralisme dan pluraliti

Dr Sidek Baba |

Walaupun pluralisme dan pluraliti datang dari akar kata yang sama iaitu plural tetapi ia akan memberi konotasi atau makna yang berbeza apabila ia digunakan untuk maksud tertentu. Pluraliti membayangkan kepelbagaian atau kejenisan dan ia suatu fitrah. Dalam Surah al Hujurat (13) terdapat asas kepelbagaian ini dengan anjuran supaya proses litaarafu atau kekenalan berlaku. Daripadanya manusia memiliki sifat mempelajari, saling melengkapi, berkongsi supaya nilai interaktif dapat dikongsi. »

Cukup-cukuplah kegiatan pembalakan

Johan Jaafar |

Saya ingin mengalungkan tahniah kepada Menteri Besar Kedah yang baharu, Datuk Mukhriz Mahathir yang mengarahkan dihentikan sementara semua kegiatan pembalakan di negeri itu. Saya juga mengucapkan syabas kerana Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri G. Palanivel, yang akan bekerjasama dengan kerajaan Negeri Pahang bagi menangani soal kerosakan alam sekitar di Cameron Highlands. »

Rakyat Kelantan rela dieksploitasi janji kosong PAS

Dr Alias Muhamed |

Kita harap pimpinan baru PAS di Kelantan mengubah dasar pembangunan bagi faedah rakyat. Zaman sudah berubah dan pemimpin PAS perlu sedar Kelantan wajar berubah. Dulu pemimpin PAS bersikap acuh tak acuh apabila berhadapan dengan pembangunan ekonomi negeri. Sementelah pula ‘mullah’ PAS tidak ada kemahiran dan pengalaman dalam bidang ekonomi. »

Najib dan pasca PRU-13

Mior Kamarul Shahid |

Orang Melayu melihat keputusan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) dari sudut pemikiran dan kepentingan orang Melayu manakala masyarakat Cina pula melihatnya dari sudut pandangan mereka. Jika ini dianggap sebagai polarisasi kaum, ia adalah perkara yang sangat nyata. »

Post-mortem bagi yang mati saja

Kunta Kinte |

Lepas pilihan raya umum ni biasalah bagi parti-parti politik dan pihak berminat buat post-mortem. Kunta Kinte tak ada masalah. Cuma Kunta Kinte rasa kita tak boleh buat post-mortem kalau tak mati. Bukan saja tak masuk akal tapi salah dari segi undang-undang. »

Penyatuan nasional menerusi pendekatan dialog

Muhamad Razak Idris |

Keutamaan asasi barisan kepemimpinan negara yang baru dilantik ialah menjayakan agenda penyatuan nasional. Keutamaan agenda itu disuarakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan harus didukung semua pihak. Sesungguhnya, ia amat mustahak dijayakan dengan kadar segera memandangkan kesan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) kelihatan masih belum reda walaupun sudah beberapa minggu ia berlalu. »

Kaum Cina perlu bertanggungjawab

Teo Kok Seong |

Tidak dapat dinafikan bahawa keputusan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) memperlihat polarisasi politik, dengan pola pengundian kaum Cina yang kuat menyokong pihak pembangkang khususnya DAP. Dianggarkan sekitar 90 peratus undi kaum Cina memihak kepada pembangkang. Bagaimanapun, itu hak mereka dan perlu dihormati dalam sistem demokrasi. »

Media sosial mengalahkan BN

Johan Jaaffar |

Beberapa hari setelah Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) saya bertemu dengan sekumpulan pelajar yang sedang mengikuti program persiapan untuk dihantar ke luar negara. Mereka merupakan pelajar Melayu tajaan kerajaan. Dalam perbualan itu mereka menanyakan tentang apa yang sebenarnya berlaku dalam PRU-13. Mereka bertanya apakah benar terdapat 40,000 pengundi dari Bengladesh, wujudnya pengundi hantu dan lampu padam sewaktu proses pengiraan. »

Politik perkauman ancam demokrasi mesti dibanteras

Dr Anwar Ridhwan |

Sebagai penulis yang menggunakan bahasa Melayu, mata saya begitu sensitif apabila membaca apa jua bahan visual kempen Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) yang menggunakan bahasa Melayu. Bahan-bahan tersebut tersebar dengan begitu luas dan bebas. Saya, seperti juga anda, melihat dan membaca sebahagian bahan visual tersebut, yang sesetengahnya amat provokatif dan sensitif. »

Ke arah pengangkutan awam lebih cekap, berkesan

Mohd Ayop Abd Razid |

Sistem pengangkutan adalah kemudahan infrastruktur yang sangat penting bagi setiap negara dalam pelbagai segi. Ia membolehkan pergerakan manusia dan barangan, mencorak penggunaan tanah dan paten pembangunan sesuatu negara itu, menghasilkan pertumbuhan ekonomi serta penjanaan pekerjaan, menyokong dasar awam yang berkaitan dengan penggunaan tenaga, kualiti udara dan seterusnya pengeluaran karbon. »

Provokasi cabar keputusan PRU-13 gugat demokrasi

Shamrahayu A Aziz |

Demokrasi yang diamalkan di negara ini seperti juga di negara lain satu proses yang tidak berpenghujung. Ia adalah proses yang tidak akan menemui titik noktah. »

Mempertahan kuasa, hak Melayu

Dr Asyraf Wajdi Dusuki |

Kelmarin, UMNO meraikan ulang tahun ke-67. Pada usia hampir menjangkau tujuh dekad ini, kalau bagi seseorang manusia biasanya dianggap cukup matang terutama selepas menempuh pelbagai peristiwa suka duka dan pahit getir kehidupan. Namun pada usia sebegini juga sering kali manusia boleh tergelincir kiranya masih bernostalgia dengan pengalaman lalu tanpa mahu mendepani realiti zaman lebih mencabar. »

Pemimpin UMNO tak boleh lagi teruskan ‘orde lama’

Manja Ismail |

Sepanjang seminggu lalu, pelbagai analisis dan kesimpulan dibuat terhadap keputusan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13), yang menyaksikan Barisan Nasional (BN) terus memerintah negara serta mengekalkan penguasaan peringkat negeri kecuali Pulau Pinang, Selangor dan Kelantan. »

MCA, GERAKAN perlu raih kepercayaan masyarakat Cina

Muhammad Anwar Fahmi Abdullah |

Tsunami politik Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) memberikan pelbagai kenangan kepada parti politik yang bertanding. Bagi Barisan Nasional (BN), keputusan 133 kerusi Parlimen, kemenangan majoriti mudah mampu diterjemahkan melalui pembentukan Kerajaan Pusat. Namun bagi pakatan pembangkang pula, pencapaian 87 kerusi Parlimen sekadar memenuhi tradisi sebagai pembangkang dalam negara. »

'Pengundi hantu' saluran satu

Kunta Kinte original |

Sebenarnya Kunta Kinte teringin juga nak cerita pasal pilihan raya umum 5 Mei lepas. Tapi pasal orang lain dah banyak yang tulis jadi kalau Kunta Kinte nak tulis pun, Kunta Kinte tak mahulah tulis yang serius-serius. Kunta Kinte nak tulis yang ringan-ringan saja. »

Nilai baru politik mula terbentuk

Dr Muhamad Razak Idris |

Analisis keputusan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) oleh ahli akademik wajar diberi perhatian. Dalam penelitian mereka, proses urbanisasi memberi kesan besar terhadap pola pemilihan pengundi kali ini. Berasaskan data pengundian, politik Malaysia kini secara jelas sedang membentuk struktur baru. »

Masa terbaik bersatu jaya misi nasional

|

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mempunyai alasan kukuh untuk menyatakan pengundi Cina sudah diperdaya oleh pembangkang kononnya undi mereka boleh menumbangkan Barisan Nasional (BN) dan menukar kerajaan. »

Pengundi Cina masuk jerat DAP

Rejal Arbee |

Banyak sudah diperkatakan mengenai corak pengundian pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) ini Ahad lalu apabila majoriti pengundi Cina menolak Barisan Nasional (BN). »

Strategi lima tahun BN mesti tepat

Mohd Ayop Abd Razid |

Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) sudah pun berlalu. PRU kali ini mencatatkan rekod keluar mengundi yang besar, iaitu 80 peratus daripada lebih 13 juta pengundi. »

Kurang interaksi kubur politik Husam di Putrajaya

Juhaidi Yean Abdullah |

Kekalahan Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa di Putrajaya masih diperkatakan kerana penyokong pakatan pembangkang, khususnya PAS yakin beliau boleh membuat kejutan. Ramai menjangkakan pertandingan dengan Datuk Tengku Adnan Tengku Mansor adalah sengit, namun realitinya Husam kalah teruk, hanya meraih 4,402 undi berbanding 9,943 undi yang diperoleh penyandang kerusi itu. »

Yang rugi Melayu, Islam

Johan Jaafar |

Rakyat telah membuat keputusan. Setiap lima tahun sekali, rakyat memilih wakil mereka. Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) yang dianggap paling sengit dan mendebarkan sudah pun selesai. Semua pihak harus menghormati keputusan itu. »

Pihak cetus kekacauan mesti dihukum

Ibrahim Yahaya |

Sikap pihak tertentu untuk mewujudkan prasangka dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) adalah perbuatan tidak bertanggungjawab yang boleh merugikan negara dalam jangka panjang. »

Analisis: Pengundi Cina teruja mantera 'ubah'

Mohd Ayob Abd Razid |

Barisan Nasional (BN) sekali lagi diberi mandat membentuk kerajaan, kali ini dengan majoriti mudah 133 kerusi Parlimen. Harapan pembangkang untuk menawan Putrajaya pada Pilihan Raya Umum Ke-13 gagal, sekali gus membenamkan hasrat Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menjadi perdana menteri. Namun, dengan 89 kerusi Parlimen yang dimenangi menjadikan mereka kekal sebagai barisan pembangkang yang agak besar di Parlimen. Anwar dijangka terus kekal menjadi Ketua Pembangkang. »

Transformasi pengajian tinggi ubah landskap pendidikan negara

Dr Daing Nasir Ibrahim |

Pada awal 1991, Perdana Menteri keempat, Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad (Tun) mengumumkan Wawasan 2020, iaitu satu perancangan jangka panjang menjadikan Malaysia sebuah negara maju. Wawasan itu menyatakan dengan jelas hasrat negara agar menjelang 2020, Malaysia boleh menjadi negara yang bersatu dengan masyarakat Malaysia yang yakin, mempunyai nilai moral dan etika yang kukuh. »

Keputusan rakyat perlu dihormati

Minda Pengarang |

Rakyat berasa lega kerana Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) berakhir dengan lancar dan aman semalam. Syabas diucapkan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan pasukan keselamatan kerana berjaya memastikan proses pengundian berjalan tanpa kekacauan besar. »

Pembangkang desperado, cipta pembohongan baru

Minda Pengarang |

Walaupun berjaya menafikan majoriti dua pertiga Barisan Nasional (BN) di Parlimen dan menang lima negeri dalam Pilihan Raya Umum Ke-12 (PRU-12) pada 2008, pakatan pembangkang tetap menyatakan pilihan raya di Malaysia tidak bersih. »

Tentera siber kian menggila

Belalang Jalan Riong |

Sepanjang kempen pilihan raya, tentera siber atau cyber trooper betul-betul menggila. Mereka menyerang siapa saja yang menggunakan alam maya khasnya mereka yang memihak kepada kerajaan. Jika ada saja berita atau maklumat mengenai sesuatu perkara, tentera siber ini akan memintas dan menyatakan apa saja mengikut suka hati mereka. Mereka bukan saja mengherdik dengan kata nista tapi juga maki hamun dengan kata-kata yang tak sepatut. Jika seseorang menyatakan sokongan atau memuji kerajaan, mereka akan diserang bertubi-tubi. »

Buat pilihan tepat

Mior Kamarul Shahid |

Hari ini, 5 Mei 2013, adalah hari mengundi bagi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) di Malaysia. Sebanyak 222 kerusi Parlimen di Semenanjung, Sabah dan Sarawak serta 505 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN), kecuali Sarawak, dipertandingkan. »

Tolak pihak gadai keselamatan, kedaulatan negara

Minda Pengarang |

Pilihan Raya Umum (PRU) adalah wadah untuk rakyat melaksanakan tanggungjawab demokrasi. Menerusi PRU, rakyat memilih wakil yang akan mewakili mereka ke Dewan Undangan Negeri dan Dewan Rakyat, juga membentuk kerajaan untuk mentadbir negeri dan negara. Justeru, tanggungjawab pengundi adalah amat penting. »

Anak muda kini lebih matang, rasional tangani isu

Mohamad Abdullah |

Dua minggu sebelum Parlimen dibubarkan, seorang pelajar sebuah universiti yang digantung pengajiannya kerana tindakan disiplin oleh universitinya, mengunjungi kampus USM untuk memberikan ceramah dan forum bersama mahasiswa di Pulau Pinang. »

Bila ikut telunjuk hantu raya luar

Mat Lutu |

Banyaklah kononnya NGO dalam dunia ni yang nak perjuangkan demokrasi. Nama saja NGO. Tapi ada dalang dan hantu raya di belakangnya. Hantu raya ni banyak duit. Mereka tabur duit gitu saja, macam air. »

Bulan purnama gerhana di Kelantan

Lanang |

Tok Najib ke Kelantan lagi semalam. Dia bawa cahaya selepas 23 tahun orang Kelantan kegelapan di bawah permainan ulama dan lebai yang jumud. »

Fahaman berbeza takkan mampu tadbir negara

Dr Sidek Baba |

Dua hari lagi rakyat Malaysia akan membuat pilihan. Pilihan bijak harus dilakukan dan ia suatu amanah bagi menentukan kerajaan yang terbaik untuk negara Malaysia. Dua faktor penting yang perlu diambil kira dalam memilih iaitu faktor kesinambungan dan faktor trek-rekod. »

Belajar daripada kesilapan lalu

Kunta Kinte |

Dalam kita sibuk bercakap dan bersedia nak undi dalam pilihan raya, Kunta Kinte teringat cerita zaman dulu apabila Tunku Abdul Rahman Putra, masa jadi Perdana Menteri, beliau perli parti yang Tun Dr Lim Chong Eu tubuh. »

Calon Bebas tiada tempat di Sarawak

Jeniri Amir |

Seorang calon Bebas di Sarawak bertanding atas alasan mahu membuktikan bahawa dia dapat meraih lebih banyak undi berbanding Pilihan Raya Umum (PRU) 2008. Pada PRU-12 itu, dia kalah teruk dan hilang wang pertaruhan. »

Tsunami politik 2008 tidak mungkin berulang

Rejal Arbee |

Tempoh kempen selama 15 hari untuk Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) hanya berbaki dua hari saja lagi. Semua 579 calon yang bertanding untuk 222 kerusi Dewan Rakyat dan 1,320 calon untuk 505 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) tentunya sudah menemui pengundi di kawasan masing-masing bagi merayu undi. »

Orang roket kata jangan undi PAS

Mat Lutu |

Padan muka tuk guru, tuk lebai dan tukang gendang dalam parti bulan bintang. Orang yang mereka anggap geng kongsi politik lepaskan bom hancing, ‘Jangan undi Pas.’ Terperanjat beruk semua. Kelam kabut orang parti bulan bintang. »

Pakar akademik kita diiktiraf antarabangsa

Dr Zaini Ujang |

Mungkin ramai yang sudah menyedari bahawa Malaysia merupakan salah sebuah negara utama destinasi pengajian tinggi dunia ketika ini, selain Amerika Syarikat, Britain, Australia, Jerman, Perancis, China, Jepun dan Kanada. »

Pengiktirafan global letak Malaysia tahap membanggakan

Dr Zakri Abd Hamid |

Tahun lalu, Malaysia digolongkan dalam 13 peratus teratas atau kedudukan ke-20 daripada 158 negara yang paling aman di dunia dalam kajian yang dijalankan oleh Institute for Economics and Peace di bawah projek Indeks Keamanan Global (GPI). »

Wanita elak jadi mangsa janji palsu

Shamrahayu A Aziz |

Pembabitan wanita dalam politik di negara ini sememangnya tidak asing lagi. Sejarah menunjukkan dengan jelas mengenai pembabitan dan peranan yang dimainkan wanita dalam hal berkaitan politik dan kepemimpinan. Mereka menjadi sebahagian daripada komponen parti politik kerana semua parti politik mempunyai sayap wanita. Kepentingan wanita ini diperakui dalam semua perkara oleh semua pihak termasuk politik. »

Hukum hudud PAS makan tuan, pakatan

Manja Ismail |

Ketika kami tiba di depan Balai Polis Batu Rakit, Terengganu pada malam Rabu lalu, Presiden PAS, Datuk Seri Hadi Awang sedang berucap. Kebiasaannya, jika lambat menghadiri ceramah PAS, apa lagi oleh Hadi, pengunjung terpaksa meletak kenderaan agak jauh sehingga ada yang terpaksa berjalan sejauh setengah kilometer. »

Politik kebencian boleh hancurkan negara, ummah

Dr Asyraf Wajdi Dusuki |

Beberapa insiden letupan bom dan kebakaran pos parti akibat balingan bom petrol yang turut mencederakan orang ramai sepanjang kempen pilihan raya umum kali ini benar-benar mendukacitakan kita semua. Tidak pernah terlintas dalam pemikiran kita insiden seumpama ini boleh berlaku di tanah air yang aman dan makmur selama ini. »

PR jadi Pakatan Ranap

Mior Kamarul Shahid |

Mengapa DAP, PAS dan PKR berbalah sewaktu pilihan raya? Adakah ia strategi pembangkang atau sememangnya mereka sememangnya tidak pernah bersetuju sesama mereka tidak kira masa? Soalan begini sering bermain di fikiran kebanyakan orang khasnya mereka yang mengikuti perkembangan politik tanah air. »

Elak politik macam 'Arab Spring'

Kunta Kinte original |

Politik penting. Tapi politik dalam keadaan apa sekalipun boleh sebabkan pecah-belah. Yang berbeza hanyalah seburuk mana pecah-belah itu dan sama ada jadi mudarat atau tidak. »

Memahami pola kecenderungan pengundian

Dr Muhamad Razak Idris |

Penganalisis politik menemui tiga pola utama kecenderungan pengundian rakyat Malaysia pada setiap musim pilihan raya umum. »

Perjuangan PAS menyeleweng, sesatkan ummah

Juhaidi Yean Abdullah |

Dalam satu ceramahnya, Mohamad Sabu atau lebih dikenali Mat Sabu meramalkan UMNO akan hilang kuasa apabila ramai penyokongnya yang tua meninggal dunia. »

Pengajaran politik dalam sastera Melayu

Johan Jaaffar |

Musim pilihan raya menjadikan manusia resah, marah-marah dan ada kalanya ganas. Nilai murni selalu dilupakan. Persahabatan ditinggalkan. Manusia menjadi rakus, lupa diri dan angkuh. Dalam politik yang penting kemenangan. Selalunya yang memang menjadi abu yang kalah menjadi arang. »

Hormati etika, jaga integriti berkempen

Shamrahayu A Aziz |

Hari penamaan calon pada 20 April lalu, berlangsung dalam keadaan aman dan harmoni. Sekarang sudah memasuki tempoh berkempen. Setiap kali pilihan raya, tempoh berkempen adalah masa yang begitu genting. Inilah tempoh yang perlu digunakan sebaik mungkin kerana ia berupaya mempengaruhi keputusan undi. »

Pakatan pembangkang tidak sepakat

Manja Ismail |

Kalau sebelum ini ketidaksepakatan antara PAS, PKR dan DAP hanya dikesan dari segi ideologi dan pendirian berhubung isu tertentu, rapuhnya pakatan tiga parti itu lebih terserlah pada hari penamaan calon kelmarin. »

Jumlah pengundi tentukan nasib calon

Jeniri Amir |

Pada Pilihan Raya Umum 2008, hanya 76 peratus daripada 10.7 juta pengundi di negara ini turun mengundi. Peratusan undian tertinggi ialah Terengganu sebanyak 85 peratus. »

Muslihat, gimik DAP tumpang lambang PAS

Juhaidi Yean Abdullah |

Apabila Datuk Seri (kini Tun) Dr Mahathir Mohamad mengumumkan di Johor Bahru pada 17 April 1992 bahawa Kerajaan Pusat tidak akan menghalang hasrat kerajaan PAS mahu melaksanakan hukum hudud di Kelantan, DAP terpinga-pinga. »

Tak betul pembangkang lemah

Kunta Kinte |

Kunta Kinte lega dan seronok pasal sekarang ini tambah banyak orang akui yang negara kita Malaysia amalkan demokrasi. Dulu banyak orang, tak kira dari dalam negara atau luar, tuduh negara kita tak amalkan demokrasi sebab kononnya pembangkang tak kuat dan parti kerajaan selalu menang besar. »

Jangan taksub sangat dengan politik parti

Kunta Kinte |

Dulu, masa orang kita tak gila guna istilah bahasa Inggeris, kita kata ramalan. Sekarang dah jarang sangat orang guna istilah ramalan. Kebanyakan lebih suka guna spekulasi daripada bahasa Inggeris ‘speculation’. Sekarang musim spekulasi. Mula-mula spekulasi bila Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak akan bubar Parlimen. Dia dah umum Parlimen bubar pada 3 April lalu. »