Gambar `black out' hari mengundi fitnah dan lakonan: SPR
KUALA LUMPUR: Siasatan awal Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menunjukkan sekeping gambar dimuatkan di internet menunjukkan kononnya berlaku insiden lampu padam semasa pengiraan undi pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) 5 Mei lalu adalah fitnah dan lakonan itu dirakamkan sebelum PRU13 lagi. »
Satelit Ecuador bertembung dengan sampah angkasa lepas
QUITO: Satelit kecil Ecuador yang bertembung dengan serpihan roket Kesatuan Soviet di angkasa lepas terselamat daripada terhempas, bagaimanapun mengalami kerosakan dan yang berfungsi untuk menyalurkan isyarat ketika ini, demikian menurut agensi angkasa lkepas Quito di sini, hari ini. »
Seorang maut, kebakaran gudang bahan api di Brazil
RIO DE JANEIRO: Seorang maut dalam kebakaran di gudang menyimpan petroleum di utara Rio de Janeiro dan merebak ke kediaman berdekatan, kata pegawai hari ini. »
Ketua IMF beri keterangan dalam kes penipuan
PARIS: Ketua Tabung Mata Wang Antarabangsa (IMF), Christine Lagarde berdepan soal jawab berjam-jam pada sidang mahkamah khas di sini berikutan peranannya dalam pembayaran sebanyak 400 juta euro kepada seorang ahli perniagaan kontroversi ketika beliau memegang jawatan menteri kewangan Perancis. »
Dua gempa bumi gegar dekat Tonga
GOLDEN (Colorado): Dua gempa bumi dalam tempoh beberapa jam menggegar negara kepulauan Pasifik pada awal pagi tadi, Tonga, kata Kajian Geologi Amerika Syarikat, hari ini. »


