Agensi KDN bebas bertindak
Kuala Lumpur: Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memberi jaminan semua jabatan dan agensi di bawah Kementerian Dalam Negeri (KDN), termasuk polis bebas membuat keputusan dan mengambil tindakan berlandaskan undang-undang tanpa campur tangan politik. »
'Teroka hutan Pos Terisu ikut undang-undang'
Kuantan: Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob menjelaskan penerokaan tanah seluas 24 hektar di Pos Terisu, Cameron Highlands adalah mengikut undang-undang. »
SPRM tawar khidmat nasihat
Johor Bahru: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menawarkan khidmat nasihat kepada agensi, syarikat atau pertubuhan bukan kerajaan (NGO) untuk menutup ruang rasuah dalam organisasi mereka. »
Caj internet lebih murah
Putrajaya: Mengembangkan infrastruktur komunikasi dan caj internet lebih murah, antara fokus utama Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek bagi memastikan pendemokrasian komunikasi dalam kalangan rakyat. »
Geografi, politik punca pendatang naik mendadak
Kota Kinabalu: Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi pendatang tanpa izin di Sabah semalam diberitahu faktor geografi dan politik menyebabkan populasi pendatang asing di negeri itu meningkat drastik sejak 1963 sehingga 2012. »
SIAP gagal laksana tugas berkesan
Putrajaya: Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasa (SIAP) ditegur kerana gagal laksanakan tugas dengan berkesan walaupun kerajaan memperuntukkan RM7 juta setahun sejak 2011 bagi menampung kos pentadbiran dan operasi. »
Malaysia perlu 50 peratus tenaga mahir
Kuching: Malaysia perlu mempunyai 50 peratus pekerja mahir, ke arah menjadi negara berpendapatan tinggi menjelang 2020, berbanding 28 peratus sekarang. »
Penduduk setempat jadi ahli PBT dikaji
Seremban: Pemilihan sebahagian ahli majlis pihak berkuasa tempatan (PBT) daripada kalangan penduduk tempatan adalah antara perkara yang sedang kerajaan kaji untuk mempertingkatkan penyertaan orang ramai dalam pengurusan dan pembangunan di PBT. »
Panel khas satukan kaum
Kuantan: Kerajaan Pahang mewujudkan Jawatankuasa Khas Perpaduan khusus untuk mengukuh dan merapatkan semangat integrasi kaum di negeri ini, sekali gus menolak persepsi BN meminggirkan masyarakat Cina yang tidak memberi sokongan padu pada PRU-13. »
Rumah pam SYABAS beroperasi
Kuala Lumpur: Gangguan bekalan air tidak berjadual ekoran pengurangan operasi Rumah Pam Wangsa Maju yang menyebabkan lebih 13,500 pengguna sekitar Kuala Lumpur dan Gombak terputus bekalan air sejak Sabtu lalu, selesai dibaiki dan mula beroperasi, semalam. »
Penceramah perhimpunan haram dicari
Ipoh: Polis sedang mengesan penceramah yang turut serta dalam dua perhimpunan haram di Perak termasuk Perhimpunan Bantah 505 untuk diambil keterangan bagi membantu siasatan. »


