Penyatuan nasional menerusi pendekatan dialog
Keutamaan asasi barisan kepemimpinan negara yang baru dilantik ialah menjayakan agenda penyatuan nasional. Keutamaan agenda itu disuarakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan harus didukung semua pihak. Sesungguhnya, ia amat mustahak dijayakan dengan kadar segera memandangkan kesan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) kelihatan masih belum reda walaupun sudah beberapa minggu ia berlalu. »
Nilai baru politik mula terbentuk
Analisis keputusan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) oleh ahli akademik wajar diberi perhatian. Dalam penelitian mereka, proses urbanisasi memberi kesan besar terhadap pola pemilihan pengundi kali ini. Berasaskan data pengundian, politik Malaysia kini secara jelas sedang membentuk struktur baru. »
Pembangkang desperado, cipta pembohongan baru
Walaupun berjaya menafikan majoriti dua pertiga Barisan Nasional (BN) di Parlimen dan menang lima negeri dalam Pilihan Raya Umum Ke-12 (PRU-12) pada 2008, pakatan pembangkang tetap menyatakan pilihan raya di Malaysia tidak bersih. »
Memahami pola kecenderungan pengundian
Penganalisis politik menemui tiga pola utama kecenderungan pengundian rakyat Malaysia pada setiap musim pilihan raya umum. »
Barisan muda penuhi aspirasi pengundi baru
Tempoh berkempen secara rasmi sudah bermula. Selepas penamaan calon disahkan, calon dan parti yang mereka wakili diberikan hak demokratik untuk berkempen bagi meyakinkan pengundi mengenai kewajaran pemilihan mereka. Amalan berkempen ini adalah sebahagian daripada rukun sistem demokrasi. Ia wajar diambil kesempatan sepenuhnya oleh semua pihak yang terbabit dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13), terutama rakyat. »
Ugutan DAP guna simbol PAS, PKR hanya sandiwara
Walaupun dibenarkan bertanding dan menggunakan simbol sendiri pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13), DAP masih mencanangkan semua calonnya akan menggunakan simbol PAS di Semenanjung dan PKR di Sabah serta Sarawak jika simbol roket ditolak semasa pencalonan hari ini. Malah, DAP sudah mendapatkan surat tauliah daripada PAS dan PKR untuk semua calonnya. »


