login|daftar
BH Facebook Komuniti ↓
WAKTU SOLAT Kuala Lumpur
SUBUH
ZUHUR
ASAR
MAGHRIB
ISYAK
 
SMS waktu solat
... kawasan lain
Sabtu , 19 April 2014
bullet Set BH sebagai Laman Utama bullet Arkib Berita : Seminggu | Sejak 1991
PILIHAN ENJIN CARIAN
BH TwitterBH Facebook
Arkib Seminggu

| Isnin | Selasa | Rabu | Khamis | Jumaat | Sabtu | Ahad |


Sabtu:   » MukaDepan » Wilayah » Nasional » Sukan » Hip » Agama » Sastera » Ekonomi » Pendidikan » Ratu » Surat » Dunia

Rencana


Bersusahlah bersama rakyat
Kunta Kinte nak kata, kesilapan paling besar mana-mana pihak adalah anggap orang ramai tak peduli atau tak tahu. Sekarang bukan macam dulu lagi.
Lagi..

Ahli sayap UMNO mesti bijak buat pilihan tepat
Hari ini kira-kira 100,000 perwakilan Wanita UMNO, hampir 80,000 perwakilan Pemuda dan 60,000 perwakilan Puteri akan memilih ketua, naib ketua dan EXCO sayap masing-masing di peringkat Pusat dan bahagian.
Lagi..

Masalah tikus buatan kita
Jangan salahkan tikus kalau tikus serang dan takluki hospital Universiti Sains Malaysia di Kubang Kerian, Kelantan atau di mana-mana juga berlaku masalah tikus.
Lagi..

Azam bantu tingkat ekonomi luar bandar
Ketua Puteri UMNO Beluran, Julie Sabran, 35, yang menawarkan diri untuk menduduki kerusi Jawatankuasa Puteri berkecimpung dalam politik menerusi UMNO sejak usianya 18 tahun sebaik tamat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
Lagi..

Cari formula tarik profesional muda
Berfikiran positif dan mengambil pendekatan bersangka baik terhadap apa juga yang berlaku dalam karier politiknya, Ketua Puteri UMNO Tawau, Nazliah Ali, mahu berkongsi kelebihan dimiliki terutama dari segi pengalaman dalam memperkasakan sayap termuda parti UMNO.
Lagi..

Nyahkan pemimpin angkuh, kaki temberang
Kisah benar - seorang wanita menghulurkan RM100 kepada beberapa orang tetamunya di sebuah restoran. Mereka duduk di meja panjang dan masing-masing tersengih apabila menerima wang itu.
Lagi..

Motto calon nombor 1 EXCO Pemuda UMNO
Beliau memegang nombor satu dalam senarai 77 calon bertanding merebut jawatan EXCO Pemuda UMNO dalam pemilihan parti kali ini. Ia mungkin nombor bertuah bagi Ibdilillah Ishak, yang kali pertama bertanding pada pemilihan UMNO.
Lagi..

Pilih orang berpengalaman: Datuk Jamelah Bakar
Penyandang EXCO Wanita UMNO, Datuk Jamelah Bakar mempertahankan jawatannya kerana mahu bekerja sebagai satu pasukan yang kuat. Malah, dia sudah lima tahun tidak memasuki pejabat syarikatnya kerana memberi tumpuan kepada Wanita UMNO, katanya kepada wartawan BH, Hasliza Hassan.
Lagi..

Tun Faisal bergerak pantas promosi diri
Apabila nama beliau digugurkan daripada senarai calon yang layak bertanding jawatan ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Tun Faisal Ismail Aziz tidak patah semangat walaupun amat kecewa.
Lagi..

Jainab mahu buktikan Wanita versatil
Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Sabah, Datuk Jainab Ahmad mengakui dunia politik disertainya sekarang tidak pernah wujud dalam diari hidupnya sewaktu mula-mula memasuki alam pekerjaan pada awal 1980-an.
Lagi..

Syamsul sedia realisasi misi, visi Ketua Pemuda
Sebagai Ketua Pemuda UMNO Bahagian Ipoh Barat, Syamsul Baharin Putra Ahmad Shibi mengakui Ketua Pemuda UMNO sedia ada mempunyai misi yang jelas.
Lagi..

Maju dan saksama asas wawasan
Dalam kita memasuki tahun baharu 2014, ada banyak hal yang elok kita ingat dan cuba faham. Satu adalah prospek kenaikan kos sara hidup akibat dasar kerajaan kurangkan atau hapuskan subsidi.
Lagi..

PAS kena sekeh DAP lagi
Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat, pernah berkata antara sebab partinya berkawan dengan DAP adalah untuk mentarbiyahkan pemimpin dan ahli parti rasis dan cauvinis itu. PAS berharap pemimpin DAP akan lebih memahami agama Islam dan akhirnya menerima dasar perjuangannya.
Lagi..

PAS 'kekal dalam merudum'
Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau yang berlangsung pada 4 November lalu, menunjukkan perubahan pola pengundian khususnya kalangan masyarakat Melayu. PRK DUN Sungai Limau berbeza dengan PRK DUN Kuala Besut, Terengganu kerana ia berlangsung di kubu kuat PAS di mana wakil rakyat sebelum ini, Allahyarham Tan Sri Azizan Abdul Razak berjaya mengekalkan kemenangan PAS selama 18 tahun.
Lagi..

Subsidi baik dan buruknya
Bila cakap hal subsidi, Kunta Kinte serba salah. Nak kata tak sokong tak boleh pasal ada kesan baik. Nak kata sokong seratus peratus pun tak kena juga sebab ada kesan tak baik.
Lagi..

Padah abai pesanan tok nenek
Kunta Kinte yakin kalau kita tak abai nasihat tok nenek kita, banyak musibah yang kita hadapi sekarang boleh kita elak atau kita kurangkan. Maaf cakaplah kalau Kunta Kinte kata, Kunta Kinte tak berapa simpati dengan orang dewasa yang belajar tinggi tapi tak peduli nak ambil tahu dunia keliling mereka.
Lagi..

Patuhi etika pemilihan UMNO kekang politik wang
Larangan dan peraturan baru yang dikuat kuasa sepanjang tempoh pemilihan UMNO 2013 dilihat sebagai usaha bersungguh-sungguh parti itu membanteras amalan politik wang oleh calon yang bertanding.
Lagi..

PCA mesti diperluas ke Sabah, Sarawak
Sarawak seperti negeri lain turut berdepan masalah jenayah. Seramai 1,662 individu diperiksa atas pelbagai kesalahan dalam Ops Cantas Kenyalang selama sebulan baru-baru ini. Daripada jumlah itu, seramai 236 individu ditahan atas pelbagai kesalahan. Sebanyak 237 individu yang disyaki sebagai penjenayah ditahan di bawah Ordinan Darurat dari 2007 hingga 2011 di Sarawak. Indeks jenayah di Sabah menurun 305 kes kepada 3,131 kes dalam tempoh Januari hingga 23 Julai tahun ini, berbanding 3,436 kes dalam tempoh sama tahun lalu.
Lagi..

Memahami sikap prejudis Cina terhadap Melayu
Sampai hari ini, sesetengah orang Cina masih menggunakan istilah menghina terhadap orang Melayu. Dalam dialek tertentu, orang Melayu dipanggil dengan nama yang bermakna ‘orang hutan’ atau ‘orang liar’. Maknanya, bangsa yang tidak bertamadun.
Lagi..

Calon wajar buka mata kesungguhan transformasi UMNO
Bolehkah semua calon bertanding menjelang pemilihan UMNO kali ini ‘bertahan’ tanpa kempen ala pilihan raya umum (PRU)? Mampukah mereka mengawal diri daripada menjaja modal setiap kali bertemu ahli atau wartawan yang sama-sama dahagakan maklumat?
Lagi..

Jangan abaikan tragedi Rohingya
Maaf cakaplah kalau Kunta Kinte kata peranan kita dalam hal-hal berkenaan Islam dan umat Islam antarabangsa sekarang tak begitu menyerlah.
Lagi..

Madinah kota contoh masyarakat majmuk
Pentadbiran Madinah menjadi contoh terbaik untuk mengembangkan lagi model masyarakat madani dalam realiti kini yang sifatnya pelbagai dan majmuk. Asas yang sangat penting dikembangkan dalam konteks masyarakat madani ialah wujudnya kepelbagaian, hadirnya kepemimpinan yang dihormati oleh semua pihak, adilnya kepemimpinan yang ada dan rasa selamat warganya.
Lagi..

Gerakan licik agungkan bahasa Mandarin
Menjelang perayaan ulang tahun kemerdekaan ke-56 pada 31 Ogos ini banyak sudah diperkatakan mengenai sikap patriotisme rakyat terhadap negara mereka.
Lagi..

Politik sosialis ditolak rakyat Malaysia
Punca utama Datuk Nik Aziz Nik Mat menolak Syed Husin Ali sebagai calon kerusi Parlimen Kota Bharu dalam pilihan raya umum, 10 tahun lalu ialah kerana Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu berfahaman sosialis. Walaupun pencalonan Syed Husin dicadangkan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim, Menteri Besar Kelantan ketika itu tetap menolak kerana menganggap sosialis ‘adik komunis’.
Lagi..

Politik rantau Arab amat merumitkan
Nampaknya angka kematian daripada keganasan terbaru di Mesir begitu cepat menuju ke angka 1,000. Ketegangan susulan penyingkiran Presiden Mohamed Morsi seakan-akan tiada jalan penghujung. Sebenarnya banyak sangat puak terbabit secara langsung atau tidak langsung dalam krisis terbaru di Mesir ini.
Lagi..

Fahami ekonomi untuk selamat
Masa Kunta Kinte budak-budak dulu, orang tak sebut ekonomi. Banyak tak tahu apa ekonomi. Mereka kata cari makan. Betul. Memang kegiatan ekonomi tujuannya untuk cari makan.
Lagi..

Hurai ekstremisme agama guna kematangan ilmu
Masih terngiang-ngiang lagi perbualan penulis dengan seorang pesara kerajaan di sebuah masjid minggu lalu. Beliau kesal kerana jemaah masjid di mukim beliau mula berpecah kepada dua selepas sekelompok pemuda keras mempersoalkan bacaan doa selepas solat, qunut dan pelbagai amalan tradisi masyarakat yang disifatkan sebagai bidaah.
Lagi..

NOTA ciri baharu mengundi
Kunta Kinte nak cerita sikit pasal dua pilihan raya umum (PRU) dua buah negara yang besar di dunia. Satu yang selalu disebut sebagai negara demokrasi paling besar di dunia dan satu lagi demokrasi baru. Nombor satu India dan nombor dua Indonesia.
Lagi..

Pelampau agama ancam keharmonian
Selasa lalu kita sambut Hari Raya Korban. Tapi bukan satu dunia raya hari yang sama. Ada yang sama zon waktu pun raya hari berlainan.
Lagi..

Diplomasi multilateral tangani konflik global
Amalan diplomasi multilateral bagi menangani konflik global harus diraikan oleh semua. Sebagai pendekatan dalam perhubungan antarabangsa, diplomasi multilateral bermaksud penyertaan dan pembabitan dua atau lebih perkumpulan komuniti atau negara secara saksama menerusi pelbagai kaedah kerjasama bertujuan mencari penyelesaian terhadap sebarang bentuk pertikaian dan perselisihan yang wujud antara kelompok masyarakat di peringkat tempatan, serantau atau global.
Lagi..

Sambut tetamu Tahun Melawat Malaysia 2014
Ketika memasuki atau keluar dari sesebuah negara sebagai pelancong, satu daripada detik yang mendebarkan adalah apabila melalui pemeriksaan imigresen. Di pintu imigresen pelbagai perkara boleh berlaku.
Lagi..

Janji PAS, kokok ayam dan burung yang terbang
Pengakuan kerajaan PAS Kelantan bahawa ia belum bersedia melaksanakan hukum hudud sangat signifikan. Ini mengesahkan pandangan majoriti rakyat yang sangsi dengan kemampuan PAS dan niatnya yang sebenar walaupun parti itu berdegar-degar seolah-olah mahu melaksanakannya secepat mungkin.
Lagi..



Untuk sebarang pertanyaan mengenai iklan teks, hubungi muzainy@mediaprima.com.my untuk maklumat lanjut.

Peta Laman

Hak Cipta Terpelihara 2012 - Berita Harian - The New Straits Times Press (Malaysia) Berhad Emel kami sebarang maklumbalas.
Resolusi paparan terbaik untuk laman web ini adalah 1024 x 768 tracker

Kembali ke atas