PUTRAJAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkata 10 syarikat masing-masing lima di bawah Kumpulan Permodalan Nasional Berhad (PNB) dan Khazanah Nasional Bhd akan dilupuskan untuk diserah milik kepada syarikat Bumiputera lain menerusi tender terbuka.
Perdana Menteri berkata, PNB dan Khazanah melupuskan perniagaan bukan teras untuk memberi peluang kepada syarikat Bumiputera yang berpotensi dan terbukti mempunyai kemampuan untuk mengambil alih dan memajukannya lagi.
Pada mesyuarat itu, Perdana Menteri berkata, keputusan turut dicapai untuk menambah 50 lagi syarikat teras Bumiputera yang menjadikan keseluruhan 130 syarikat Bumiputera berprestasi tinggi.
“Mesyuarat juga dimaklumkan bahawa beberapa syarikat yang tersenarai berjaya menjadi sebagai syarikat utama dalam bidang masing-masing,” katanya.
Sebagai contoh, syarikat AZRB yang memperoleh kontrak besar daripada program MRT, selanjutnya menawarkan kontrak pembekalan bernilai RM500 juta dalam jangka masa dua tahun kepada syarikat-syarikat Bumiputera. – BERNAMA




Senarai Komen