SANTIAGO: Sekurang-kurangnya 11 terbunuh apabila sebuah trak merempuh bas di selatan Chile, pagi tadi.

Pegawai berkata, trak itu tergelincir di atas jalan basah dan kargo yang dibawa terhumban serta kemudiannya merempuh bas berkenaan.
Dua daripada mereka yang maut ialah kanak-kanak dan 15 lagi mengalami kecederaan. - AP