Beliau berkata, ia berikutan terdapat permintaan yang tinggi untuk tenaga profesional dalam bidang itu khususnya di rantau Asia Tenggara.
"Dengan ini lebih banyak peluang pekerjaan khusus untuk para graduan dalam bidang ini bakal tersedia pada masa akan datang," katanya semasa berucap merasmikan Kolej Sains Perubatan Antarabangsa Pusrawi (Picoms) di sini, hari ini.
Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata, beliau yakin dan percaya Malaysia mampu untuk mengambil peranan utama dalam memenuhi permintaan tenaga kerja profesional bidang sains kesihatan. - BERNAMA



