16 pekerja terperangkap dalam lombong arang batu China2012/07/05BEIJING: Seramai 16 orang terperangkap dalam lombong arang batu yang dinaiki air di tengah China hari ini.
Media tempatan berkata, kejadian itu adalah yang terbaru dalam industri yang meragut beribu-ribu nyawa setiap tahun. Lombong arang batu di wilayah Hunan itu dinaiki air sejak petang semalam dan sehingga pagi tadi tiada seorang pun daripada 16 pekerja diselamatkan. Operasi menyelamat masih diteruskan dan punca banjir belum dapat dipastikan. - AFP |