header

170,000 tak perlu bayar cukai

Kuala Lumpur: Kira-kira 170,000 individu tidak perlu lagi membayar cukai pendapatan berikutan penurunan satu peratus kadar cukai mulai tahun depan.

Penurunan kadar cukai itu akan menguntungkan kumpulan dengan pendapatan bercukai tahunan melebihi RM2,500 hingga RM50,000.

Langkah itu akan turut memberi manfaat kepada pembayar cukai sedia ada untuk menikmati penjimatan bayaran cukai mereka. Sebagai contoh, golongan profesional muda yang belum berkahwin dengan pendapatan bulanan RM5,000 akan menikmati penjimatan cukai pendapatan sehingga RM425 seorang.

20 jenis pelepasan

Sebelum ini, kerajaan menyediakan sebanyak 20 jenis pelepasan cukai individu dan dua rebat cukai yang menjadikan hanya 1.7 juta orang yang perlu membayar cukai berbanding keseluruhan guna tenaga iaitu seramai 12 juta orang.

Pada masa ini, kadar cukai pendapatan individu pemastautin adalah progresif iaitu antara kosong peratus hingga 12 peratus ke atas pendapatan bercukai RM2,500 hingga RM50,000.
Cukai koperasi turun

Kerajaan turut mencadangkan penurunan kadar cukai pendapatan koperasi antara satu hingga tujuh mata peratusan pada semua kumpulan pendapatan bercukai.

Dengan itu, seramai tujuh juta ahli koperasi akan menikmati manfaat sebagai galakan untuk meningkatkan keupayaan keusahawanan dalam bidang perniagaan.
SERTAI KAMI DI FACEBOOK
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak memperkatakan sesuatu kepada timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika hadir bagi membentangkan Bajet 2013 di Dewan Rakyat, hari ini. - Foto Mohd Yusni Ariffin
Sep 28, 2012 6:26 pm
Pelajar Institut Kemahiran Ikhtisas Pahang (IKIP) menonton pembentangan Bajet 2013 melalui internet (streaming) secara langsung di Kolej kediaman mereka. - Foto Afif Abd Halim
Sep 28, 2012 6:18 pm
Anggota polis Pasukan Gerakan Am (PGA) mendengar pembentangan Bajet 2013 di ruang legar Dewan Rakyat, hari ini. - Foto Mohd Yusni Ariffin
Sep 28, 2012 6:06 pm
Zulkifli Yaakob (kiri) bersama rakannya, Ismail Musa, 42, mendengar pembentangan Bajet 2013 menerusi siaran radio semasa menjalankan kerja-kerja membajak sawah di Kampung Tok Pulau, Mukim Padang Hang, Alor Setar, hari ini. - Foto BERNAMA
Sep 28, 2012 6:02 pm
Salinan ucapan Bajet 2013 oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mula diedarkan kepada media sebentar tadi.
Sep 28, 2012 5:33 pm
Petugas media dibenarkan mengambil ucapan pembentangan Bajet 2013 di Bangunan Parlimen pada jam 5 petang tadi.
Sep 28, 2012 5:24 pm
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak membentangkan Bajet 2013 di Parlimen, Kuala Lumpur, hari ini. - Foto Aizuddin Saad
Sep 28, 2012 5:07 pm
Petugas media mendengar dan meneliti ucapan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di lobi Parlimen pada hari Pembentangan Bajet 2013, hari ini. - Foto Farizul Hafiz Awang
Sep 28, 2012 5:05 pm
PERDANA Menteri, Datuk Seri Najib Razak membentangkan Bajet 2013 di Parlimen, hari ini. - Foto Effendy Rashid
Sep 28, 2012 4:56 pm
Pelawat berpeluang mengikuti siaran langsung Pembentangan Bajet 2013 oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di kafe Parlimen.
Sep 28, 2012 4:43 pm

Bajet 2014: Nilai BR1M ditingkatkan, bonus buat penjawat awam
Berita Harian:
Google: