Beribu-ribu penduduk terpaksa bermalam di luar rumah mereka selepas gempa bumi melanda kawasan mereka, semalam.
Ketua Jawatankuasa Bencana Alam tempatan, Khalil Saei berkata, pusat gempa ialah di antara bandar Ahar dan Haris kira-kira 500 kilometer barat laut Tehran.
Sementara itu, gempa bumi kedua berukuran 6.3 magnitud berlaku pada 11 minit kemudian dengan pusat gempa 48 kilometer di timur laut Tabriz pada kedalaman 9.8 kilometer.
Gempa bumi berkenaan melanda bandar Ahar, Haris dan Varzaqan di wilayah Timur Azerbaijan. Sekurang-kurangnya enam perkampungan musnah dan 60 lagi mengalami kerosakan teruk antara 50 dan 80 peratus. - AP



