Pada majlis tilawah anjuran Biro Dakwah DMDI dengan kerjasama Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) yang berlangsung di Masjid al-Azim itu, 10 qari dan sembilan qariah dengan 13 daripadanya peserta luar negara memperdengarkan bacaan mereka.
Bacaan diteruskan oleh qari dan qariah dari Timor Leste, iaitu Ali Ghozali dan Marcelina Da Conceicao dengan masing-masing membacakan surah an-Nur bermula ayat satu dan al-Hashr ayat lapan.
Peserta luar lain yang turut memperdengarkan bacaan adalah qariah Kemboja, Kong Ty Kak, Darwin Hasibuan (Sumatera Utara, Indonesia), Husna Khairany Mohd Husni (Singapura), Syamsul Bahri (Sumatera Selatan, Indonesia) dan Nurjannah Shi (Sumatera Utara, Indonesia).
Selain itu, peserta Kabupaten Meranti, Amrillah Adam turut memperdengarkan bacaannya sebelum Zhou Zicai dari China Utara, Samiha Talok Ding (Patani, Thailand) dan Khoiruman Sholihin (Bengkulu, Indonesia).
Peserta tempatan yang turut memperdengarkan bacaan termasuk qari dan qariah Johor, Zunaidi Tarpani dan Nor Azrah Ayub selain qariah Selangor, Nor Faizah Panut, qari Sarawak, Mohd Safwan Mahli, qari Perlis, Khalil Khusairi Zainol dan qariah Perak, Puteri Kalimatul Azzua Hamid.
Johan tilawah bakal membawa pulang hadiah wang tunai bernilai RM10,000 berserta piala, sijil penyertaan dan hadiah iringan, manakala naib johan dan tempat ketiga, masing-masing menerima RM7,000 dan RM5,000. Peserta di tempat keempat ke atas menerima saguhati RM1,000.
