header

Penduduk Gua Musang mahu pembangunan lebih pesat

GUA MUSANG: Peniaga di sekitar Gua Musang mahukan bandar itu lebih maju sehingga menjadi sebuah bandar raya bagi memastikan pembangunannya akan berkekalan seperti yang diusahakan oleh Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah.

Bagi peniaga kedai elektronik, Wan Zaini Abdullah, 46, beliau menceburi bidang perniagaan itu sejak 30 tahun lalu bagi merubah kehidupan keluarganya kerana kawasan Gua Musang itu dilihat strategik.

"Pada ketika itu kawasan ini masih dianggap pedalaman dan mula dibangunkan dalam era 70-an oleh Tengku Razaleigh yang pada waktu itu menteri kewangan. "Banyak infrastruktur dibawa sehingga menjadikan Gua Musang laluan alternatif bagi Kuala Lumpur ke Kelantan dan ia juga menghubungkan Kelantan dengan Cameron Highlands serta Perak. Jadi tempat ini membangun cepat," katanya.

Beliau berkata, penduduk di sini banyak terhutang budi kepada Tengku Razaleigh dalam memajukan bandar Gua Musang selain memberi peluang kepada golongan miskin mencari pekerjaan melalui Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (KESEDAR), iaitu agensi pusat yang bertanggungjawab membangunkan kawasan pedalaman Kelantan.

Wan Zaini berkata, sejak era BN pada 80-an pembangunan bandar Gua Musang berada di tahap membanggakan kerana banyak kemudahan infrastruktur seperti kawasan perumahan dan lokasi perniagaan diwujudkan pada waktu itu.

"Keuntungan kedai saya peroleh ketika itu boleh mencecah dua kali ganda untung bersih kerana tiada saingan," katanya.
Namun, menurut Wan Zaini, bermula era pemerintahan PAS pada 1990, tidak ada lagi projek perumahan untuk menempatkan penduduk serta rancangan pembangunan yang lebih agresif dilaksanakan.

"Kalau tengok sekarang, kemajuan di bandar ini adalah hasil Tengku Razaleigh sebab itu kita panggil dia Bapa Pembangunan Gua Musang dan sebab itu dia tidak akan kalah.

Pemandu teksi, Napi Harun, 40, berkata Gua Musang terkenal dengan kehijauan hutan tropikanya kerana mempunyai keindahan Taman Negara selain menawarkan pakej percutian homestay di kawasan pedalaman.

"Kita juga banyak kawasan menarik seperti Gua Pintu dan air terjun, dan saya pelancong akan naik teksi saya untuk pergi ke tempat-tempat berkenaan. Dulu memang tempat itu menarik. Sekarang ini disebabkan kurangnya peruntukan kerajaan negeri untuk menjaga selia kawasan itu menjadikan kawasan tumpuan pelancong itu tidak dimajukan.

"Sekarang ini tempat itu masih menjadi tumpuan tetapi jika kerajaan negeri majukan tempat itu seperti yang dilaksanakan di Pantai Barat macam Melaka, saya rasa makin bertambah rezeki rakyat," katanya.

Pemilik restoran makanan tradisi Kelantan, Zaharah Abu Bakar, 63, berkata walaupun kemajuan bandar dan kawasan pedalaman di Gua Musang semuanya usaha Tengku Razaleigh tetapi yang dipaparkan di sempadan Kelantan-Pahang adalah simbol PAS seperti bendera parti dan poster muka pemimpinnya. - BERNAMA
AHLI Dewan Undangan Negeri (ADUN) Galas daripada Barisan Nasional (BN) yang baru, Ab Aziz Yusoff mengangkat sumpah dihadapan speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) selepas memenangi kerusi DUN Galas di Sidang DUN di Kota Darul Naim Kota Bharu pada 11 November 2010. - Foto Syamsi Suhaimi
Nov 15, 2010 2:52 pm
PEGAWAI Pengurus Suruhanjaya Pilihanraya, Wan Mustapha Abdul Hamid mengisthiharkan kemenangan kepada Adun baru Galas, Ab Aziz Yusoff di Pusat Penjumlahan Undi di Dewan Sivik Gua Musang, semalam. - Foto Fathil Asri
Nov 15, 2010 2:51 pm
DATUK Mustapa Mohamed meninjau di pondok panas penyokong Barisan Nasional, di tempat peti undi di Kampung Pulai, di SRJK (C), Gua Musang, hari ini. Foto Izhari Ariffin
Nov 4, 2010 11:51 am
ORANG asli Pos Hendrop mula keluar menunaikan tanggungjawab mereka mengundi di Sekolah Kebangsaan Pos Hendrop. - Foto Zaman Huri Isa
Nov 4, 2010 11:45 am
ORANG asli Pos Hendrop membuat semakan nama mereka untuk mengundi di Sekolah Kebangsaan Pos Hendrop. - Foto Zaman Huri Isa
Nov 4, 2010 11:43 am
PENGUNDI membuat semakan di kaunter SPR, di tempat peti undi di Kampung Pulai, di SRJK (C), Gua Musang pada pilihan raya kecil Dun Galas, hari ini. - Foto Izhari Ariffin
Nov 4, 2010 11:31 am
ALIRAN trafik berhampiran Pekan Baru Gua Musang kelihatan sesak sempena berlangsungnya Proses Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Galas, hari ini. - Foto Yazit Razali
Nov 4, 2010 11:25 am
PENGUNDI awal pagi beratur di tempat peti undi di Kampung Pulai, di SRJK (C), Gua Musang pada pilihan raya kecil Dun Galas, hari ini. - Foto Izhari Ariffin
Nov 4, 2010 11:20 am
PRESIDEN KAFA, Tan Sri Annuar Musa (tengah) bersama Calon Barisan Nasional (BN) DUN Galas, Ab Aziz Yusoff (kiri) meraikan kejayaan pasukan bola sepak Kelantan memenangi Piala Malaysia bersama peminat dan rakyat Gua Musang di Dataran Kesedar, Gua Musang, Kelantan, tengahari tadi. - BH Online
Nov 1, 2010 6:14 pm
KETUA Puteri Bahagian Tumpat, Nik Fatimah Nik Salleh (depan) bersama petugas puteri UMNO Tumpat dan masyarakat orang asli ketika berkempen di Kampung Sangwai, Lojing, Gua Musang, hari ini. - Foto Ahmad Irham Mohd Noor
Oct 30, 2010 11:44 pm

Bela golongan muda, Orang Asli: Ku Li

Pautan Berkaitan