Laman Utama » MutakhirSarawak

Pemimpin komponen BN Sarawak akan pertahan kerusi

Share |


2011/04/03
KUCHING: Keempat-empat pemimpin parti komponen Barisan Nasional (BN) Sarawak akan mempertahankan kerusi masing-masing pada pilihan raya negeri Sarawak kali ke-10 pada 16 April ini.
Mengetuai parti pemerintah ialah Ketua Menteri Tan Sri Abdul Taib Mahmud, yang juga Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), yang akan mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Balingian di Mukah.
Taib, 74, menang tanpa bertanding dalam pilihan raya kecil kerusi DUN Sebandi pada Mac 1981. Beliau menjadi wakil rakyat Sebandi, kini dikenali Asajaya, sebelum berpindah ke Balingian pada pilihan raya negeri 2001. Bagi Presiden Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Tan Sri Dr George Chan, 74, yang juga Timbalan Ketua Menteri akan mempertahankan kerusi DUN Piasau bagi penggal keenam. Chan, pertama kali menang tanpa bertanding pada pilihan raya negeri 1983 di Piasau, yang sebelum ini dikenali sebagai Miri. Presiden Parti Rakyat Sarawak (PRS) Datuk Seri Dr James Masing, akan mempertahankan kerusi DUN Baleh di Hulu Rajang untuk penggal ketujuh, yang dimenanginya sejak 1983.
Presiden Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP) Datuk Seri William Mawan, akan mempertahankan kerusi DUN Pakan di Julau, yang dimenanginya enam kali berturut-turut sejak 1983. - BERNAMA
Artikel Lain