login|daftar
BH Facebook Komuniti ↓
WAKTU SOLAT Kuala Lumpur
SUBUH
ZUHUR
ASAR
MAGHRIB
ISYAK
6:10
13:29
16:47
19:29
20:39
SMS waktu solat
... kawasan lain
Khamis , 23 Februari 2012
bullet Set BH sebagai Laman Utama bullet Arkib Berita : Seminggu | Sejak 1991
PILIHAN ENJIN CARIAN
BH TwitterBH Facebook
Dunia
Cetak Artikel Cetak . E-mel Rakan Emel Rakan .

‘Servis penghantar susu ibu’


2012/01/19

SEORANG pekerja, Lenny Rukiya Tampubolon (kanan) menyerahkan susunya kepada kakitangan penghantaran sebelum diserahkan kepada bayinya di Jakarta, semalam.
SEORANG pekerja, Lenny Rukiya Tampubolon (kanan) menyerahkan susunya kepada kakitangan penghantaran sebelum diserahkan kepada bayinya di Jakarta, semalam.
Syarikat sedia khidmat penghantaran pastikan bayi dapat khasiat terbaik

JAKARTA: Febby Kemala Dewi kembali bekerja di firma perakaunan Jakarta selepas tiga bulan menghabiskan cuti bersalin tetapi seperti ramai ibu baru, dia terpaksa mengimbangi kehidupan bekerja dan rumah terutama memastikan bayinya terus menyusu badan.
Enggan menghentikan penyusuan badan selain tidak mampu mengepam secukupnya untuk sepanjang hari dari pagi sebelum ke tempat kerja dan sangsi memberikan bayinya selain susu segar, beliau mendapatkan perkhidmatan yang unik di Jakarta, penghantaran susu ibu menggunakan motosikal.
“Saya perlu bekerja tetapi pada masa sama saya perlu menyusukan anak,” kata Dewi ibu kepada Ashalina Putri, lapan bulan.

Perunding teknologi maklumat berusia 29 tahun itu mengepam susu badannya di pejabat di tengah Jakarta dan penghantar mengambil botol susu ketika waktu makan tengahari.

Susu dimasukkan ke dalam beg tahan kedap udara dan diletakkan di dalam beg sandang sebelum penghantar menghantar susu itu dalam tempoh 45 minit hingga sejam melalui kesesakan Jakarta untuk menghantar susu kepada ibu Dewi yang mengasuh bayinya.

Ekonomi Indonesia berkembang pesat di Asia selain China dan India, dengan jumlah wanita bekerja mencecah 40 juta orang pada 2009, menurut Kementerian Pembangunan Wanita.
Ini turut meningkatkan jumlah ibu bekerja. Perkhidmatan itu dilancarkan pada 2010 oleh Fikri Nauval.

Pemilik perniagaan dokumen perkapalan dan kargo yang mendapat ilham daripada isterinya selepas menggunakan khidmat penghantar untuk menghantar susu badan ke rumah selepas kembali bekerja.

Dia mengenakan 30,000 hingga 40,000 rupiah (RM10.25 hingga RM13.70) satu penghantaran, sambil mengesan keadaan kesesakan lalu lintas dan laluan terbaik untuk pemandu motosikal mengguna peta GPS dalam komputer.

“Saya mahu membantu negara ini membina generasi lebih baik dengan membantu ibu bekerja menghantar susu badan untuk bayi di rumah,” kata Nauval, 40, yang percaya khasiat susu ibu tidak dapat digantikan dengan susu tepung.

Jumlah wanita yang berbuat demikian jatuh kepada 38 peratus pada 2007, kata pakar kanak-kanak yang juga perunding susu ibu, Yulianto Santoso Kuniawan.

Kebanyakan ibu menerima maklumat mempromosikan susu formula atau sampel ketika masih berada di hospital selepas bersalin tetapi Kurniawan berkata, hospital perlu mempromosi susu badan terutama bagi meningkatkan daya tahan badan bayi secara semula jadi. – Reuters

SERTAI KAMI DI FACEBOOK
iklan iklan
iklan

Peta Laman

Hak Cipta Terpelihara 2012 - Berita Harian - The New Straits Times Press (Malaysia) Berhad Emel kami sebarang maklumbalas.
Resolusi paparan terbaik untuk laman web ini adalah 1024 x 768 tracker