Kim Cheng dan Normi mendukung bayi mereka yang mengalami masalah saluran jantung sempit. - Foto Ramdzan Masiam
Georgetown: Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul.
Suami saya lumpuh sebelah kanan badan hanya mampu bekerja sebagai pembantu kedai dengan gaji RM450 sebulan” - Normi Ibrahim, Ibu
Lahir tak cukup bulan
Mereka lahir tidak cukup bulan hingga mengakibatkan jangkitan kuman sebelum disahkan doktor mengalami penyakit berkenaan. Zafira memerlukan RM30,000 bagi membiayai kos pembedahan dan rawatannya, manakala kos untuk Gau Cing pula RM45,000.
Ibu Zafira, Normi Ibrahim, 34, berkata anaknya itu yang kini seberat 2.9 kilogram disahkan menghidap penyakit berkenaan selepas dua bulan ditempatkan dalam inkubator, tetapi kembarnya, Nur Syifaa Zahira sihat.
"Saya membawa anak membuat pemeriksaan di Hospital Seberang Jaya apabila mendapati dia tidak sihat sebelum dipindahkan ke Hospital Pulau Pinang (HPP). Saya pasrah dan berharap masyarakat dapat membantu.
“Apatah lagi, suami saya, Md Shukri Ibrahim, 42, orang kurang upaya (OKU), lumpuh sebelah kanan badan serta hanya mampu bekerja sebagai pembantu kedai dengan pendapatan RM450 sebulan," katanya pada sidang media di Pusat Rawatan Gleneagles, di sini.
Sementara itu, bapa Gau Cing, Leow Yong Sheng, 29, berkata dia dapat mengumpul kira-kira RM15,000 bagi menampung kos pembedahan anaknya itu yang juga dilahirkan kembar bersama pasangannya, Justin.
“Bagaimanapun, wang yang dikumpul hasil pendapatan menjual ikan dan simpanan sendiri, masih tidak mencukupi,” katanya.
Orang ramai boleh menyampaikan sumbangan dengan menulis nama bayi di belakang cek dan dihantar kepada Tabung Kebajikan The New Straits Times Press (M) Bhd (NSTP), Bahagian Kewangan/Unit Kebajikan, NSTP, Balai Berita, 31 Jalan Riong, 59100, Kuala Lumpur.