AKSI Chong Wei ketika menentang P Kashyap di suku akhir, awal pagi tadi. - Foto REUTERS
London: Jaguh perseorangan negara, Lee Chong Wei dan bintang muda China, Chen Long akan membuat perhitungan di separuh akhir selepas menepati ramalan menundukkan lawan masing-masing di suku akhir badminton Sukan Olimpik di Wembley Arena awal pagi tadi.
Pemain nombor dua dunia itu mengambil masa 47 minit untuk mengetepikan lawannya sekali gus melegakan seluruh Malaysia yang menanti penuh debar keputusan perlawanan berkenaan.
Chong Wei akan bertemu Chen Long yang mana turut layak ke separuh akhir selepas menumpaskan Peter Gade dari Denmark 21-16, 21,13 dalam masa 55 minit.
Terdahulu, pasangan emas Koo Kien Keat-Tan Boon Heong turut melangkah ke separuh akhir selepas menewaskan Isara Bodin-Maneepong Jongjit dari Thailand di suku akhir, 21-16, 21-18.
Beregu negara akan berdepan rintangan besar menjinakkan pilihan pertama dari China, Cai Yun-Fu Haifeng yang juga pemenang perak Beijing 2008.
Senarai Komen
ada faham???
kilauan emas pasti milik kta..
kami rakyat m'sia sentiasa mendoakn kejayaan kalian semua..BERSATU PASTI M'SIA BOLEH..
kilauan emas pasti milik kta..
kami rakyat m'sia sentiasa mendoakn kejayaan kalian semua..BERSATU PASTI M'SIA BOLEH..