Taufan yang kini menghala ke pantai timur Amerika Syarikat turut mengorbankan 11 orang di Cuba dan seorang di Jamaica.
Di barat negara itu, lima orang dalam satu keluarga maut apabila rumah mereka di Bandar Grand-Goave, kira-kira 50 kilometer dari Port-au-Prince, ranap ditimpa tanah runtuh.
Empat lagi penduduk masih dilaporkan hilang di Haiti, demikian menurut Jabatan Pertahanan Awam.
Beberapa kawasan masih di tahap risiko dengan talian komunikasi terputus terutama di kawasan terpencil.
Lebih 17,000 penduduk Haiti dipindahkan dan ribuan rumah musnah atau rosak teruk akibat hujan lebat dan ribut itu. - AFP
