KUALA LUMPUR: Harga getah Malaysia meneruskan kenaikannya hari ini dirangsang oleh momentum belian berterusan berikutan keyakinan terhadap permintaan global, kata peniaga.

Seorang peniaga berkata prestasi kukuh itu adalah juga disebabkan kekukuhan ringgit berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) ditambah dengan pembukaan tinggi harga di Bursa Komoditi Tokyo yang naik berikutan kelemahan yen berbanding dolar AS.
Pada tengah hari, harga fizikal rasmi Lembaga Getah Malaysia bagi gred tayar SMR 20 naik lima sen kepada 760.5 sen sekilogram dan susu getah pukal menambah 1.5 sen kepada 594.5 sen sekilogram.

Sementara itu, harga penutup tidak rasmi bagi gred tayar SMR 20 meningkat satu sen kepada 759.5 sen sekilogram dan susu getah pukal menokok dua sen kepada 596 sen sekilogram. - BERNAMA