Kajian syarikat permulaan teknologi, aplikasi web dan strategi sosial yang berpangkalan di Asia itu mendapati Berita Harian Online meraih sokongan 252, 391 peminat setia.
Bagi segmen rangkaian sosial berita, tempat kedua diduduki akhbar di bawah naungan kumpulan The New Straits Times Press (M) Bhd, Harian Metro dan diikuti Harakahdaily yang masing-masing menduduki tangga ke-11 dan ke-21 secara keseluruhan.
Berdasarkan statistik terkini Facebook, Berita Harian Online yang diwujudkan pada 25 November 2009, peminat rangkaian sosial itu sudah mencecah 252, 391.
Peminat mengikut negara yang mendaftarkan diri bersama Facebook itu pula adalah dari Malaysia, Amerika Syarikat, Kanada, Singapura dan Indonesia.
Kadar keaktifan peminat Facebook, Berita Harian Online berinteraksi sepanjang minggu ini mencecah 12,260 dengan jumlah komen yang diterima 5,397 daripada pembaca laman web dan pengunjung rangkaian sosial itu.
Layari www.bharian.com.my dan sertai Berita Harian Online di Facebook dan BH Twitter bagi mendapatkan maklumat terkini.
Senarai Komen