MukaDepan
255 dapat A+
Oleh Sazarina Shahrim
sazarina@bharian.com.my
2010/03/12
HABIBAH Hanan Mat Yusoff dari Sekolah Menengah Agama Maahad Muhammadi (P), Kota Bharu dijulang rakan selepas mendapat 15A dalam SPM 2009. Beliau adalah pelajar terbaik sekolah itu selepas Nik Nur Madihah memperoleh 20A pada 2008.
Pencapaian SPM 2009 membanggakan, 7,987 peroleh gred cemerlang
PUTRAJAYA: Seramai 7,987 atau 1.99 peratus calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2009 memperoleh gred cemerlang (A+, A dan A-) bagi semua mata pelajaran yang diambil, berbanding 6,277 atau 1.6 peratus pada tahun sebelumnya.
Daripada jumlah itu, 214 calon Kementerian Pelajaran serta 41 calon persendirian, swasta dan tajaan agensi, mendapat gred cemerlang tertinggi A+ mengikut penggredan baru yang mula diperkenalkan tahun lalu.
Menerusi penggredan baru itu, pelajar diberikan gred berdasarkan kecemerlangan peperiksaan dengan kategori A+, A, A-, B+, B, C+, C, D, E dan G.
Dalam keputusan SPM yang diumumkan Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Alimuddin Mohd Dom, semalam dua calon mendapat keputusan A+ bagi semua 15 subjek, satu calon (14 subjek), tiga calon (13 subjek), 19 calon (12 subjek), 59 calon (11 subjek), 79 calon (10 subjek) dan 51 calon (sembilan subjek).
Sambil menyifatkan pencapaian keseluruhan tahun ini membanggakan, Alimuddin berkata, 364,046 calon mendapat sijil SPM kali ini, berbanding 347,443 pada 2008.
Beliau berkata, walaupun peratusan bagi 2009 dan 2008 adalah sama, iaitu 90.8 peratus, ada pertambahan calon seramai 16,603 yang berjaya mendapat sijil SPM kali ini.
Katanya, Gred Purata Nasional (GPN) SPM menunjukkan pencapaian lebih baik, iaitu 5.34 berbanding 5.51 tahun sebelumnya.
Beliau berkata, 68,131 atau 17 peratus calon sekolah Kementerian Pelajaran mendapat sekurang-kurangnya gred C bagi semua mata pelajaran yang diduduki, berbanding 60,902 atau 15.9 peratus pada 2008.
Bagaimanapun, katanya, bilangan calon yang gagal atau memperoleh gred G turut meningkat, iaitu 4,626 atau 1.15 peratus berbanding 2,589 atau 0.67 peratus pada tahun sebelumnya.
Alimuddin turut mengumumkan Gladys Tan Yee Kim dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Green Road, Kuching, Sarawak, sebagai pelajar terbaik SPM 2009 dan Sekolah Menengah Sains Seremban, Negeri Sembilan sebagai sekolah terbaik.
Sembilan pelajar terbaik lain ialah Grace Kiew Sze-Ern (SMK (P) Sri Aman, Petaling Jaya, Selangor); Khadijah Ahmad Jais (SM Agama Persekutuan Labu, Negeri Sembilan); Akmal Hidayat Sabri (SMK Derma, Kangar, Perlis); Syamilah Mahali (Kolej Tunku Kurshiah Seremban, Negeri Sembilan); Amelia Lee Wei Ling (SMK Taman Melawati, Selangor); Nur Syuhadah Muhamad (SM Sains Tengku Muhammad Faris Petra, Kota Bharu, Kelantan); Lai Yin Kwin (SMK Tinggi Melaka, Melaka); Corinne Gunn Huey Min (SMK Taman Melawati, Selangor) dan Hu May Khei (SMK Convent, Taiping, Perak).
Sembilan lagi sekolah terbaik pula ialah Kolej Islam Sultan Alam Shah, Klang, Selangor; Sekolah Berasrama Penuh Integrasi (SBPI) Gombak, Kuala Lumpur; Sekolah Tun Fatimah, Johor; Sekolah Menengah Sains Alam Shah, Kuala Lumpur; SBPI Rawang, Selangor; Sekolah Menengah Sains Muar, Johor; SBPI Temerloh, Pahang; SMK Infant Jesus Convent, Johor Bahru, Johor dan Kolej Tunku Kurshiah Seremban, Negeri Sembilan.
Tahun lalu, 465,853 pelajar menduduki SPM membabitkan 406,420 atau 87.2 peratus calon Kementerian Pelajaran; calon persendirian perseorangan (32,561/tujuh peratus), calon Sekolah Menengah Agama Rakyat dan sekolah swasta (11,036/2.4 peratus); sekolah menengah agama negeri (8,765/1.9 peratus), manakala Maktab Rendah Sains Mara dan sekolah Kementerian Pertahanan (7,071/1.5 peratus).
Alimuddin juga berkata, 258 daripada 538 calon istimewa atau 51.9 peratus berjaya mendapat sijil SPM berbanding 208 atau 47.8 peratus tahun lalu.
Beliau berkata, seorang calon rabun penglihatan berjaya mendapat keputusan cemerlang 4 A+, 3 A, 4A- daripada 11 mata pelajaran yang diambil, manakala seorang lagi mendapat 4A+, 3A, 3A- daripada 10 mata pelajaran.
Mengenai pencapaian sekolah, beliau berkata, 66 sekolah dikategorikan cemerlang, 278 baik, 1,654 pada tahap memuaskan dan 143 berpotensi.
Beliau berkata, calon yang mendapat gred cemerlang dalam mata pelajaran Bahasa Melayu turut menunjukkan peningkatan daripada 25.4 peratus pada 2008 kepada 31.3 peratus tahun lalu, manakala Bahasa Inggeris meningkat kepada 75.6 peratus berbanding 73.9 peratus pada tahun sebelumnya.
Seramai 97,341 atau 24.3 peratus calon memperoleh sijil GCE O-Level untuk Bahasa Inggeris 1119 berbanding 87,383 atau 22.9 peratus pada tahun sebelumnya.
Daripada jumlah itu, 15,289 atau 3.8 peratus calon berjaya memperoleh gred 1A atau 2A berbanding 12,645 atau 3.3 peratus sebelum ini.
Mengenai Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM), Alimuddin berkata, 3,138 calon berjaya memperoleh sijil itu berbanding 3,098 pada tahun sebelumnya.
Daripada jumlah itu, 422 memperoleh keputusan Mumtaz (cemerlang) berbanding 562 pada tahun sebelumnya.
Komen Anda
Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersial. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.
Senarai komen
MUHAMMAD AMIR DHIYAUDDIN BIN ZULKEPLI
spm yang mantap....sekolah sultan alam shah terbaik...tahniah
akulah aku
apakah kriteria bagi membolehkan seseorang itu dipilih sebagai calon terbaik? kenapa ada yang dapat 11A+ dan ada yang lebih daripada itu sehingga 15A pun ada, tetapi kenapa Gladys Tan Yee Kim yang dapat 10A+ itu dipilih? saya kira ramai lagi yang dapat keputusan seperti beliau seperti di sm sains,mrsm
effa
tahnih kepada calon spm maahad muhammadi perempuan 2009 di atas kejayaan yang anda. maahad gemilang!!!!!!!!!!!!!!
Wan Maziah
Tahniah kpd pelajar2 dan guru2 SASER yg sentiasa bertungkus lumus utk mengekalkan SASER teratas. Saya ibu bekas pelajar SASER SPM tahun 2006/ Nik Akmal Hareez, turut berasa bangga.
Zolkpli Mohd Dom
Tahniah pada pelajar2 SMAP Labu di atas kejayaan dan kecemerlangan anda.
ainraudhah
tahnih kpd calon spm 2009 yg dpt result yg gempak.moga trus sukses.kpd yg snasib dgn sye,jgn ptus asa.perjlanan kta msih jauh.x semestinya kta krang berjaya pd msa ini kta tdak bley berjaya pd mse dpn. ingtlah,org yg berjya iala org yg bgn semula slps jatuh. kpd SASER, tahniah krn mengekalkn title 2. tp InsyaAllah, kmi akn bersaing hbis-hbisan utk merampasnya dprd anda.
md nur azam
Tahniah kepada yang berjaya dalam SPM 2009,semoga kejayaan anda menjadi pendorong kepada kejayaan seterusnya untuk diri,keluarga,masyarakat dan negara.
aku
Berita harian. Tahniah.. new Bharian website looking great. tapi masih ada bugs.. bila klik certain link throw error..
fisha kktm r
tahniah sume...xpecially,tuk budak2 teknik kangar spm 2010....amin budak automobil
abu zarin
sains seremban!namamu teratas.terbaik spm2010 malaysia.banggebangge!
JAFRI
Tahniah kepada sekolah Maahad Muhammadi Lelaki, Maahad Muhammadi Perempuan dan Maahad Tahfiz Sains yayasan Islam Kelantan atas kejayaan pelajar SPM 2009. tahniah juga kepada guru sekolah berkenaan.
tracy chy
congratz kpd yg pelajar lepasan SPM yg dpt result cemerlang..syukur sbb adik saya dpt result 9A..
SNB
tahniah utk semua.. mg terus berjaya selari dgn akhlak yg mulia
add deen
tahniah kpd semua...terima kasih kpd guru2 yg x pernah kenal erti penat...hanya Allah yg dpat mmbalas...Ameen
ijam_sungai sudah
tahniah kpd calon spm 2009, selamat menempuh ke alam baru...
amin
alhadulillah..tahniah kepada semua calon SPM semoga terus berjaya untuk masa hadapan
sarah
congrats pada yg berjaya....teruskan usaha...
abhalim
tahniah kepada semua calon spm2009 termasuk anak saya ahmad zahin ab.halim sm tg mahmud1, besut yang mendapat 4A+,3A dan 2A-.Tahniah untuk semua guru dan teristimewa pengetua smtm1. Saya bagi pihak ibubapa terhutang budi diatas kesungguhan cikgu semua.tq wassalam
azlan
syabas..ini baru permulaan sinar hidup anda..buat pilihan yang tepat untuk masuk ke aliran mana pula selepas ini..
Maisarah
Haha..cpt mse brlalu..m0ge terus sukses!
nora
alhamduliillah.. hrp2 adala anak didikku pula yg dapat best student utk thn2 ke hdpan.. Amin!!!
auos
tahniah kpd calon SPM 2009, tahniah jugak kpd guru2 yg bnyak memberi tunjuk ajar kpd pelajar...
adrianna
tanniah kepada semua..teruskan pejuangan anda untuk mencapai cita-cita yang diidamkan..kerana anda semua adalah pelapis yang bakal menerajui negara kita...
mohamad supian
Tahniah kepada pelajar smkm kerana anda telah mengharumkan nama sekolah kita dan kepada semua calon spm 2009.
Mohd Soud
Kurangnya pelajar lelaki yg cemerlang harus diambil tindakkan yg wajar. Pendekatan yg sistematik, tegas dan membina harus dilakukan dgn lebih efektif. Ini bukan kerana pelajar perempuan terlalu ramai tp perlunya keseimbangan supaya tahap pembangunan negara pada generasi akan datang dapat digarap bersama. Anyway tahniah pada yg cemerlang dan pada yg kurang berusaha lagi masa utk anda belum terlambat yg penting kemahuan.
Yatihanna Mrodi
thniah kpd semua yg brjya..yg kurag, teruskn usaha anda..jauh lg pjlnn anda..moga kjyaan akn brterusan..kggalan pule bkn penamat sglanya..
Zatul Iffah
Tahniah kpd semua calon2 SPM 2009!!! Keputusan amat membanggakan!Kpd yg kurang bjaya teruskan usaha anda. Semoga anda terus berjaya d masa akan dtg dlm apa jua bidang yg diceburi. Keep in touch to all of you and good luck!!
cahcha
tahniah kepasa semua yang cemerlang :))
shabby
tahniah kepad asemua calon spm 2009, tahniah juga kepada pelajar MMP
norliza binti mohamad yunus
tahniah pada yg telah berjaya...yg kurang berjaya....jgn berputus asa...mgkin masa kini tidak menampakkan hasil..kita tidak tahu pada masa akan datang mcm mana..bak kata pepatah"tuah ayam nampak di taji, tuah manusia siapa yg tahu'..
zulcar9
tahniah..buktikan pada negara, sekolah di luar bandar juga mampu..xperlu sekolah2 elit ni..
jymaster
Wow!!!!!...terlalu ramai cerdik pandai kat malaysia ni...tapi berapakah bilangan calon pelajar lelaki yang cemerlang?
diyana
saya merasa bangga dengan pencapaian SPM tahun ini tetapi berasa sedih dengan keputusan SPM adik saya,tidak memuaskan kerana dia tidak mahu belajar bersungguh-sungguh.oleh itu saya mengucapkan tahniah kepada adik-adik yang berjaya dan teruskan belajar hingga ke menara gading serta mengubah nasib keluarga kamu serta membanggakan kedua ibubapa kamu.semoga berjaya.
wan
semoga anak-anak pintar ini menjadi pelapis negara yang cemerlang dunia dan akhirat.