KUALA LUMPUR: Tiga kawasan mencatat bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat sehingga jam 11 pagi tadi.

Kawasan yang mencatat IPU tertinggi ialah Pelabuhan Klang (117), Alor Setar 108 dan Kangar 103.
Sebanyak 28 kawasan di seluruh negara pula mencatat bacaan IPU sederhana dari 51 buah stesen pengawasan kualiti udara Jabatan Alam Sekitar (JAS) manakala 18 lagi kawasan mencatat bacaan IPU baik.