YEKATERINBURG/CHELYABINSK: Kira-kira 400 penduduk mengalami kecederaan apabila tahi bintang luruh dari angkasa di tengah Russia hari ini menyebabkan bola api
menimpa bumi dan memecahkan tingkap serta mematikan sistem penggera kereta.

Dalam kejadian jam 9.20 pagi waktu tempatan Moscow itu, penduduk yang dalam perjalanan ke tempat kerja di Chelyabinsk terdengar bunyi seperti letupan, ternampak cahaya cerah dan kemudiannya terasa gelombang.Tahi bintang itu menyeberangi ufuk menyebabkan laluan putih panjang yang boleh dilihat kira-kira 200 kilometer di Yekaterinburg.


Penggera kereta mati, tingkap pecah dan talian telefon bimbit hanya berfungsi sekejap-sekejap.

Pihak berkuasa bandar Chelyabinsk berkata, kira-kira 400 orang mendapatkan rawatan terutama kecederaan ringan akibat terkena serpihan kaca yang berterbangan. - Reuters.