Pengurus Besar Perhubungan Awam KWSP, Nik Affendi Jaafar, berkata ia membuktikan keazaman KWSP dalam melindungi simpanan persaraan pencarumnya.
Bagi tempoh sama, 160 majikan yang tidak mencarum didenda RM155,400 oleh mahkamah mengikut Seksyen 43(2) Akta KWSP 1991.
Kenyataan itu berkata 255 saman sivil dan 892 kes jenayah difailkan di mahkamah terhadap majikan yang tidak membayar caruman bulanan KWSP pekerja mereka.
"Pencarum perlu memainkan peranan dengan kerap menyemak akaun KWSP mereka dan memastikan majikan membayar caruman pada masa yang ditetapkan," katanya. - BERNAMA

Senarai Komen