Pengerusinya, Datuk Ismail Mohamad Ismail Said berkata, pengecualian terbabit membabitkan peruntukan RM116.230 juta.
Dalam perkembangan lain, Ismail berkata, kira-kira 70 peratus pelajar membayar balik pinjaman berikutan beberapa pendekatan dilakukan PTPTN, antaranya bersedia bertolak ansur dan menerima bayaran sekurang-kurangnya RM50 sebulan atau menjadual semula bayaran balik pelajar yang bermasalah.
Katanya, pembukaan beberapa cawangan baru PTPTN seperti di Pahang, Melaka, Kelantan dan Pulau Pinang turut membantu meningkatkan bayaran balik pinjaman terbabit kerana pelajar mudah berurusan berbanding sebelum ini di mana mereka hanya berurusan di ibu pejabat PTPTN sahaja. - BERNAMA
