MANILA: Tiga pelancong Jerman dan pemandu pelancong rakyat tempatan mereka terbunuh apabila Gunung Mayon meletus, hari ini.

Lebih 20 warga asing dan pemandu pelancong masing-masing berada di sekitar lurah gunung berapi berkenaan yang memuntahkan debu tebal dan lahar tanpa amaran.
Pasukan penyelamat dengan dibantu helikopter dikerah ke lokasi bagi mencari dan menyelamatkan mangsa yang terperangkap.

“Batu panas terhambur macam hujan," kata operator pemandu pelancong tempatan, Marti Calleja.

“Batu yang terpelanting semula bersaiz sebenar meja makan," katanya.

Jurucakap polis wilayah, Superintendan Renato Bataller mengesahkan mengenai empat nyawa yang terkorban itu dengan tujuh lagi cedera termasuk empat warga Thai. - AFP