Cisse Moise, Uba Chimezie Stanley, Ahamefule Ugonna Lucky, Chigozirim Akakem Bem yang berumur antara 25 hingga 32 tahun, didakwa dengan niat bersama mengedar dadah itu di rumah Blok W4-04-11, Goodyear Court 9, USJ 14 Persiaran Mulia, Subang Jaya, pada jam 11.30 malam, 9 Julai lepas.
Tiada pengakuan direkodkan dari kesemua pelajar itu sebaik pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Surya Wati Shawal.
Surya Wati menetapkan 3 Sept depan untuk sebutan kes itu.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Siti Fatimah Yahya manakala keempat-empat tertuduh tidak diwakili peguam. - BERNAMA
