SEREMBAN: Empat rentung dalam nahas membabitkan sebuah pacuan empat roda dan lori tangki membawa diesel di Kilometer 37, Jalan Bahau-Keratong, dekat Bahau, jam 4.40 petang tadi.