BOGOTA: Lima orang kontraktor dari syarikat petroleum milik kerajaan, Ecopetrol maut selepas dipercayai diserang pemberontak berhaluan kiri dalam kejadian di selatan negara berkenaan.

Ecopetrol dalam kenyataan berkata, penyerang itu menggunakan senjata automatik ketika kejadian awal pagi tadi di Puerto Caicedo, wilayah Putumayo, bersempadan dengan Ecuador.
Seramai lima pekerja mati dan tiga lagi mengalami kecederaan. - AP