CULIACAN (Mexico): Tujuh pegawai polis dan empat lelaki bersenjata terbunuh hari ini dalam kejadian berbalas tembakan di barat laut wilayah Sinaloa Mexico, kubu utama geng dadah kejam di negara ini.
Pegawai polis tempatan berkata, sekumpulan pegawai diserang hendap dan berbalas tembakan serta berjaya membunuh kesemua empat suspek itu.
Dua ejen turut cedera dalam insiden itu, yang berlaku berhampiran kawasan pelancongan dikenali sebagai El Fuerte.
“Pasukan keselamatan melancarkan misi memburu penjenayah berkenaan dengan dibantu helikopter polis,” katanya. - AFP