KUALA LUMPUR: Seramai 81,950 orang melepaskan taraf kewarganegaraan Malaysia sejak 20 tahun lalu bagi tempoh 1992 hingga Ogos lalu, kata Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein.

Bagaimanapun, beliau tidak menyatakan negara mana dan jumlah yang melepaskan taraf kewarganegaraan mengikut negara mereka berhijrah.
Hishamuddin berkata demikian dalam jawapan bertulis kepada soalan Karpal Singh (DAP-Bukit Gelugor) pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Karpal ingin tahu berapa banyak warganegara Malaysia telah melepaskan kewarganegaraan mereka dalam tempoh 20 tahun yang lalu. - BERNAMA