Polis berkata, kumpulan pendaki itu berada pada ketinggian 8,156 meter di Manaslu, salah satu puncak paling berbahaya di dunia apabila dirempuh runtuhan salji ketika sedang tidur sejak kelmarin dan diikuti semalam.
Pendaki lain yang terbunuh adalah rakyat Itali, Jerman, dan sekurang-kurangnya seorang pendaki Sepanyol serta seorang pemandu arah tempatan.
"Tujuh pendaki masih hilang. Usaha mencari tergendala akibat cuaca buruk semalam. Mereka akan meneruskan operasi mencari pagi ini," kata jurucakap kesatuan itu. - AFP
