AYER KEROH: Sekurang-kurangnya sembilan muka baru diketengahkan BN Melaka pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).

Pengerusi BN Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam, berkata semua senarai calon baru itu akan diumumkannya di Seri Bendahara, jam 10 pagi esok.
Bagaimanapun, beluam tidak menyatakan sama ada sembilan muka baru itu akan bertanding merebut kerusi Parlimen atau Dewan Undangan Negeri (DUN).